22 << clover >>

13.7K 836 78
                                    

VOTE!


"Ha kau! Ada dapat mana-mana minah Barat nak buat bini?"

"Hei, hei, hei. Ada kena sekor ni kang."

Cassiel terus ketawa dengan selaan Hannah dan gaya Eshan yang membalas dengan hadiah bayi di tangannya.

"Kau didik bini kau, Cass. Dalam pantang pun mulut tak padan. Qays besar ikut gaya cakap Hannah, ha habis la kau. Pong pang pong pang tak berhenti."

Hannah mula mengetap gigi. Qays yang sudah lena di kelekan mula laju dia goyangkan. Kembali berteriak lah si bayi itu yang baru saja kekenyangan.

"Ha tengok! Goncang anak pun macam goncang dunia!"

"Ha! Keluar!"

"Nak susu ke? Nak tengok!"

"Cassiel!"

"MasyaAllah! Jom, jom borak luar."

Eshan membuat muka. Hannah kembali membuat muka.

Apabila dua ekor itu sudah hilang daripada mata, terus dia selak baju untuk Qays kembali menyusu. Budak ni dah kenyang tadi. Ah, takpe. Dia rasa susu mesti dia tidur balik. Tuala di kepala juga, turut laju dia campak ke bawah katil. Hah, lega!

Hannah diam memandang Qays di kelekannya. Kelihatan mulut itu muncung menghisap susu. Kenapa muka kau comel ya? Kalau mummy tambah misai macam Naruto, mesti lagi comel kan? Mata dah biru dah. Rambut je kita kasi dye jadi blonde. Hannah tersengih sendiri.

Kemudian, mulut Hannah muncung. Lahir-lahir je, dah photostat muka daddy awak si gayboy tu. Nanti naik setahun, tukar muka ikut muka mummy tau. Baru awak jadi gangster, haaaa.

"Hannah!"

"Ha?!"

Hannah diam memandang mummy yang sebenar-benarnya mummy sudah bercekak pinggang. Matanya terkebil-kebil tidak mengerti. Aku ada langgar pantang ke?

"Kenapa rambut buat lazy bun macam tu? Kena ikat biar kening sekali tertarik!" Aaliya sudah melangkah laju mendekati katil yang diduduki Hannah.

Kening Hannah berkerut. Mulutnya laju mahu melawan. "Mummy, doktor semua cakap pantang tak berapa penting. Minah-minah saleh semua telan je apa-apa, takdek pun pantang beria. Sampai kena ikat rambut macam nak tercabut kepala, mana ada!"

Aaliya sudah menjegilkan mata. Kedua tangan sudah bergerak laju mengemaskan rambut Hannah. Tidak diendahkan kepala Hannah yang agak terteleng dikerjakan dia. "Tu minah saleh! Kita ni wanita melayu terakhir. Ish. Memang lah pantang tak berapa penting sebab kesihatan yang utama. Tapi yang penting zaman sekarang ni, cara nak ikat suami! Jadi, kena lah pantang!"

"Au!" Dengan Qays kembali diam di kelekan kanannya, tangan kiri terus naik menyentuh rambut sendiri. Memang licin habis. Disentuh sanggul. Memang tinggi habis. MasyaAllah.

Aaliya diam memandang Hannah dengan kening berkerut. "Pantang kena jaga semua. Jadi wanita lemah gemalai. Biar Cass rasa kamu nanti, rasa macam malam pertama semula!"

Terus Hannah terbelahak tanpa terkeluar isi perut.

Aaliya menjeling. "Buat lah, buat gitu. Kamu tu tua 5 tahun dari dia, kena maintain!"

Hannah terus muncung. Matanya diam saja memandang pergerakan mummy yang mengemaskan letak duduk kakinya supaya kepit, jangan sesekali kangkang! Mummy membaiki pula letak duduk stokingnya, supaya pakai benar-benar ketat jangan longgar-longgar! Mulutnya makin muncung apabila mummy selamba meraba bengkung di perutnya.

Kak Long vs GayboyWhere stories live. Discover now