28 << chini >>

6.8K 576 60
                                    

ceprais. buwerk. vote.


"Wah cantik juga Chini ni eh?"

"Boleh lah."

(reality: Chini tak membangun langsung. Since saya umur 7 tahun, sekarang dah nak 27 dah next year, macam tu la juga takde perubahan)

Eshan (babi) mengerling Cassiel yang diam saja memandu. "Asal diam je?"

"Berfikir."

Sambil memandung deretan sawit, Eshan bertanya lagi. "Yazid apa cer?"

Cassiel ketawa kecil. "Kayl dah handle."

Fikiran Cassiel teralih seketika daripada perihal Hannah, dibawa ke adegan dua hari lepas sebelum dia kelam-kabut menuju ke Chini.

Dia tidak jadi melangkah keluar diikuti oleh Aldric dan Bad. Ketiga-tiga mereka terkedu dan terdiam memandang Yazid yang kelam-kabut berlari melepasi mereka menuju ke luar di atas padang rumput yang luas terbentang. Tak pernah hayat kami masa kecil-kecil menapak di situ kerana di situ satu kawasan larangan yakni rumput-rumput di situ amatlah dijaga untuk pameran. Dan sekarang... tapak kaki pertama di padang itu terlakar sudah oleh Yazid Haisa.

"Haisa semua memang loklak." Aldric membunyikan.

Dia hanya mampu terdiam memandang sebelum kepala mereka bertiga lipat maut memandang Makayla yang mengejar dengan penyapu lidi. Penyapu lidi itu digunakan Auntie Siti untuk membuang kotoran degil. Dan sekarang tidak sah lagi... kotoran degil itu ialah Yazid Haisa.

"Mana dia??!!!"

Ketiga-tiga jari telunjuk mereka menujuk ke luar; out of reflex like in cartoon.

Dan terus, derapan kaki Makayla kedengaran umpama ladam kuda menendang permukaan panel wood berlari keluar. Sungguh lah kuat sehingga bergegar tapak kaki mereka yang kemas berada di dalam cengkaman Oxford. Bayangkan... betapa kuatnya hentakan momentum yang Makayla beri kepada kakinya untuk mengejar langkah kaki Yazid yang semakin mengecil di hujung sana.

"Binocular."

Bad menghulurkan seperti mengeluarkan satu objek daripada poket Doraemon.

Aldric yang meminta, jadi dia lah yang meneropong.

Dan dia... masih hanya berdiri memandang kejauhan akan dua jasad itu yang sudah ke hulu hilir dengan penyapu lidi diangkat tinggi di udara.

"Nyesal awak cakap?"

Sipi-sipi mereka terdengar laungan Makayla.

"Cuba.... CEO??!!!"

"... HANDLE.... HA??!!!!"

Aldric menurunkan binocular. "Pergh cair tahi telinga kalau kita ada sana."

Laungan dan jeritan Makayla kedengaran semakin tidak jelas kerana bayang adiknya itu dan si Yazid pun sudah sekejap ada dan sekejap tiada.

"Can you lip-sync, Bad?" Aldric menghulurkan binocular di tangan kepada Bad.

Pengawal peribadi mereka itu mengerjakan seperti yang disuruh, maka terhasillah suara garau Bad mengulang kembali apa yang Makayla jeritkan.

"Abang Cass saya tu dah banyak tahan semua. Awak tahu apa?! Takat hadap badan manusia ingat penat sangat lah dalam dunia?! Cuba awak hadap perangai manusia, nombor yang dah macam tulisan Sanskrit, press sana sini, mulut orang. You think you can do more excellent than him?"

Kak Long vs GayboyWhere stories live. Discover now