10 << queen, on face >>

14.4K 902 77
                                    

komen lah bebanyak. saya suka hehe. PASTU VOTE! ni lazy update so moga terhibur nnti ada lah tu isu penting jangan risau ;)


Hannah memegang buku di tangan rapat ke muka. Kemudian, perlahan-lahan direndahkan dan matanya sahaja yang kelihatan mengintai si Cassiel di sana. Yang sedang duduk berpeluk tubuh di kerusi, dengan mata itu berkerut memandang skrin MacBook. Lelaki itu sedang meeting, melalui video conference, dengan hanya berbaju tee biasa. Tiada kemeja, tiada jacket.

"Did yew check i' yarhself?"

Hannah mendengar. Tidak berapa faham. Hanya faham yang simple sahaja dari lidah belut British si lelaki itu.

"Now. I said i' won't work. Do it properly."

Hannah turut mengikut di sebalik buku yang menutup dari bawah mata sehingga lehernya. 'Now?' No, kan? 'Wont' work' dah bunyi wonwork. 'Do it properly'. Dorang memang cakap macam tak sentuh lidah eh?

"I did menshun i' 'elsewhere', also 'as well'... and 'not there'. I 'lready gave yew guys the solushun to resoulve this issue. I' is a bit different an i's not werking."

Perghh... smooooothh.

"Choose the right vershun an' the right driver. Runs the opshuns. Done i' wherever yew like, navigate it. Me done."

Terus Hannah menarik buku ke atas, menutup keseluruhan mukanya. Tiada lagi matanya keluar mengintai. Terbulat pula matanya apabila Cassiel tiba-tiba muncul di sebelah, berbaring dan terus memeluk pinggangnya. Kepala lelaki itu selamba didaratkan di abdomennya yang sedang berbaring separuh bersandar di kepala katil.

"Mmmm, dapnya."

Hidung Hannah berkerut. Diletakkan buku di tangan ke meja lampu sisi. Dipandang kepala Cassiel yang bergerak-gerak menggosok muka sendiri pada abdomennya. Hannah ketawa. Kedua tangannya pun sama bergerak, mengusap dan memicit kepala Cassiel.

"Emm, lega pale saya."

"Awak marah ke tadi?"

"Tak. Just motivate je sikit."

Kening Hannah berkerut. "Macam tu cara awak motivate orang? Tinggal dorang macam tu je?"

Cassiel bergerak sikit menyelesakan kepalanya di abdomen Hannah. Dipeluk pinggang Hannah erat-erat dan rapat-rapat. Hannah membiarkan saja dan masih juga memicit kepala Cassiel.

"Dorang pandang saya bukan macam dorang pandang daddy."

"Maksudnya?"

"They looked at me as a spoil."

"Sebab... saya ke?"

Cassiel tersenyum dengan mata pejam. "Bukan. Sebab saya tolak Fayra. Saya pilih awak takdek kena mengena dengan 'me labelled with spoil'."

Mulut Hannah terbentuk 'o'.

"Daddy dah buktikan pada whole Zill Group macam mana dia educate a commoner. So pasal a commoner, not so much a commoner lah, cause we all 're just a mere commoner under His liege... benda tu memang sesiapa tak berani nak bunyikan dah. Memang tak berani, memang tak boleh. Saya tak tahu details on how daddy backed up and confront mummy ter di (to the) world, tapi pasal kami kahwin dengan orang biasa or anak Lord, memang daddy tegaskan 'none of your damn business' pada semua press."

Hannah diam mendengar. Kepalanya berfikir.

"Saya berterima kasih sangat-sangat pada daddy. Sebab tak jadi macam daddy kawan-kawan saya yang lain. Yang masih terikat dengan perikatan janji pasaran wang dan negara apa semua."

Kak Long vs GayboyWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu