27 << great deal >>

6.8K 543 54
                                    

join telegram channel saya: apersontimetable. just seach and baca deksripsi channel. malas nak taip panjang2. 


Yazid menonton TV sambil memeluk Makayla. Matanya mengerling Ah Long yang setia berdiri tegak di sisi sofa yang mereka duduki ini, dengan muka stoic dan bahasa badan yang begitu kaku umpama Terminator. Yazid pandang pula Makayla di dalam dakapannya. Drama queen ni syok pulak tengok movie nya. Aduh.

Makayla mendongak memandang Yazid apabila terasa rayapan jemari Yazid di pinggangnya agak lain macam. Yazid tersengih kepadanya. Dia pun sengih sajalah. Matanya mengintai sisi wajah Ah Long. Cina tu tumpeng tengok movie rupanya patutlah tegak je. Tiba-tiba matanya bulat dan terus dia perlahan menampar lengan Yazid supaya Chinese Terminator itu tidak perasan.

Yazid memandang Makayla dengan mata yang berbunyi: Alah nak geli-geli.

Makayla menjegilkan mata: Ah Long ada tu!

Yazid muncung. Dia mengerling Ah Long. Chinese Terminator itu masih stoic dan kaku tegak sahaja. Kemudian, laju dia berbisik kepada Makayla. "Provoke. Biar dia berambus."

Kening Makayla berkerut. "Provoke apa?"

"Kita make up je biar dia tak tahan tengok. Dia blah lah."

Terus Makayla duduk tegak dan menampar lengan Yazid. Ah Long tersedar daripada kekhusyukan filem Lancang Kuning maka segera lah dia tiba di hadapan mereka berdua. "Young Miss? Anything?"

"Kami nak kissie winchie with tongue boleh tak?" Yazid bersuara tanpa berfikir langsung-langsung.

Ah Long terdiam tetapi mereka nampak kedua pipinya mula naik merah.

Makayla semakin mendebik-debik dada Yazid. "Apa gelojoh sangat awak ni?!!!"

Terkejut Yazid memandang Makayla. "'Awak'? Ni abang lah."

Makayla semakin berasap. "Tak malu cakap macam tu!!! Ei! Ei! Ei! Tongue lah apa lah! Ei! Ei! Ei!"

Yazid cuba mengelak.

Ah Long yang melihat turut sama masuk membantu menghalang menggunakan lengannya. "Young Miss, please calm down."

"Ha ni semua sebab kau lah! Sebab ikut arahan Chairman tu lah sampai Kayla jadi hangin macam ni!"

Makayla bulat mata memandang Yazid yang sudah berdiri. Dia turut sama bangun berdiri dan kembali menampar, mendebik dan membidas lengan juga dada Yazid. "Daddy tu first love saya!!! BERANI AWAK CAKAP DIA MACAM TU!!!!"

Yazid memandang Makayla yang diam memandangnya garang. Ah Long yang berada di antara mereka turut diam tidak tahu mahu mencelah dan menenangkan bagaimana. Hampir seminit diam, tiba-tiba Makayla kembali bertenaga memukul Yazid. "Awak tak jadi daddy lagi!!! Mana awak tahu rasa ada anak perempuan!!!! JANGAN—CAKAP—DADDY—SAYA—MACAM—TU!!! I HATE YOU!!!"

Pergh.

Yazid baru ingin membuka mulut, tiba-tiba pula dilintas oleh suara Cassiel.

"Hannah. Eh Hannah. Sabar lah. Bagi saya explain."

Yazid dan Makayla terus terlupa akan pertelingkahan sendiri kerana pertelingkahan di hadapan mata mereka sekarang ini lagi epic. Hannah menyeret baggage besar kot. Bukan gaya nak bercuti seperti daddy mummy di dua hari lepas. Ini dah macam nak lari rumah!

"Saya bodoh sebab ingat awak dah move on dari Miyuki tu! Bodoh!"

Hannah terus berlalu. Yazid dan Makayla kaget memandang Cassiel yang terkocoh-kocoh mengejar Hannah yang sedang geram melangkah ke ruang tamu. Baggage tu pula baggage murah. Bapak la kuat bunyi rodanya.

Kak Long vs GayboyWhere stories live. Discover now