13 << on cloud >>

14K 830 78
                                    

this is lazy update, harap maklum. nevertheless, VOTE!


"Saya akui, Hannah. Miyuki did give me something. Tapi tengok apa jadi pada saya dan Aldric. Dan bila awak muncul tiba-tiba, terus semua tu saya lupa. Jadi, saya tak cintakan dia. Saya cintakan awak. You're the one I want and need. Only one."

Sudah bermalam-malam kejadian itu. Empat malas lepas rasanya di mana Cassiel menceritakan semua. Tetapi perasaan malu Hannah masih tidak hilang. Masih gedik teruja, makin tidak sabar mahu hidup berdua.

Kerana Cassiel mengaku kepadanya. Miyuki memang something. Tapi cinta, kasih, need, want... semua Hannah Haisa.

Eeiiiii.

Hannah menutup muka dengan mug di tangan. Apabila terasa panas mencucuk pada pipi, terus dia menjauhkan mug daripada muka sehingga tertumpah sedikit hot chocolate di dalamnya.

Ya Allah, Hannah. Angau kau teruk lah. Ish. Hannah mengomel dan mencapai tisu untuk mengesat tumpahan di lantai. Tika itu juga, ada seorang housekeeper yang menegur.

"Eh, Mrs. Zill. Takpe, takpe. Biar saya buat."

Hannah tidak jadi untuk mencapai tisu yang lain. Dalam keadaan dia agak bersimpuh di lantai, kepalanya angkat memandang housekeeper yang sudah memegang kain di tangan.

"Eh, takpe. Sikit je ni."

Housekeeper itu senyum dan tunduk membongkok kepada Hannah. Kemudian dia kembali tegak dan bersuara, "Takpe, Mrs. Zill. Dah tugas saya. Mrs. Zill duduk lah, saya buatkan."

Hannah tersengih tidak tentu dan hanya bergerak bangun. Matanya memandang housekeeper itu yang bergerak sekali lap saja, dan terus segala kekotoran itu hilang. Mungkin dia taknak aku habiskan tisu tu banyak-banyak kot.

Hannah senyum kepada housekeeper itu yang tunduk kepadanya. Hannah turut tunduk menjadikan housekeeper itu kembali tegak menyuruh dia supaya berdiri tegak saja, jangan tunduk. Jadi, Hannah kembali tersengih semakin tidak tentu dan hanya berdiri memandang housekeeper itu menyudahkan tugasnya; tunduk dan bergerak keluar.

Hannah mengurut dada sendiri. "Aduh, macam mana lah aku nak sesuaikan diri. Sesuaikan diri, Hannah. Kalau kau boleh jadi Santa Claus dekat budak-budak charity tu, takkan jadi Mrs. Zill tak boleh? Kan? Kan?"

Hannah melepaskan nafas dan kembali duduk. Mahu menghabiskan hot chocolate sambil berangan.

"Eshan tak tahu?"

Hannah tersenyum lagi. Itu pertanyaannya, mahu Cassiel menceritakan lagi selepas round 2 pada malam itu. Kembali ditutup muka kerana malu tetapi bukan lagi dengan mug, dengan bantal gebu di pelukan.

"Kalau Aldric tak tahu, Eshan lagi lah tak tahu."

"Bukan awak dengan Eshan lovers ke? Aldric cakap macam tu dekat saya."

Cassiel ketawa sambil mengelus pinggul Hannah. Cantiknya bentuk jemari aku dekat sini. "Eshan memang ada tapi saya macam mabuk kepayang sangat masa tu. Lagipun Eshan tengah handle research besar masa tu. Saya serabut pasal Miyuki, Eshan serabut pasal Phaedo."

"Siapa tu?"

"Male prostitute. Student Socrates. Dia punya research project."

Emmm. "Awak dengan Fayra punya artikel masa 17-18. Lepas tu, awak dengan Miyuki masa 23. Dan sekarang, 27, baru awak baik dengan Aldric."

Kak Long vs GayboyWhere stories live. Discover now