31 << lucky charm >>

7.5K 607 61
                                    

saya dah topup gula dengan meminum beer float anw hoho


Pintu dibuka. Bulat terus matanya sebaik terpandang siapakah gerangan yang menekan loceng kediamannya. Not at café? But at this house??? Wanita itu tersenyum biasa sambil menanggalkan kaca mata hitam sebelum menolak ke atas kepala yang indah berselendang satin. Walaupun gesture itu kelihatan kecil saja, tetapi senyuman dan pergerakan jemari itu sudah memberi amaran supaya dia bersedia dengan apa jua situasi yang mendatang.

"May I come in?"

Air liur terasa kesat di kerongkong. "Yes, Hannah—"

"I prefer Mrs. Zill."

Segala rasa gugup tadi hilang serta merta. Badannya terasa tegap dan bangkit untuk sama-sama serius dan profesional di dalam pertemuan ini. Maka dia mengangguk selari nafas yang dilepaskan perlahan. "Yes, please come in, Mrs. Zill."

Hannah senyum dan melangkah masuk dahulu. Diikuti oleh Mat di belakangnya. Miyuki yang tunduk hormat kepada dia dan Mat, langsung dia tidak hirau. Matanya memandang sekeliling, bukan untuk mencari cela tetapi mahu mencari keberadaan siapa lagi di sini.

"You alone?"

"Ya. Saya seorang."

Kening Hannah terjungkit. "Saya taktahu awak boleh cakap Melayu." Jemarinya menguis hidungnya sedikit. "Or... maybe Cassiel forgot to mention that."

Miyuki ketawa kecil. "Ya. Banyak yang perlu difikirkan, kan?"

Riak Hannah berubah lagi. Senyumannya terbentuk sinis. "Indeed." Sebelum sempat Miyuki bersuara, dia melabuhkan duduk di satu single seat yang dimaksudkan Miyuki. "I've got tight schedule today, so... can I cut it short?" Dia nampak kerutan dan garisan resah di wajah Miyuki. Bahasa badan perempuan itu juga terang-teranng menunjukkan tidak senang.

"Yes, of course."

Hannah memandang pergerakan Miyuki yang seperti dipaksa duduk. Dengan kehadiran Mad yang setia berdiri di belakangnya, sudah tentu Miyuki agak merasa gentar. Dengan Cassiel, maybe perempuan itu boleh buat main kerana Cassiel tidak menunjukkan darjat sepanjang mereka berdua di Westminster. Pendek kata, Cassiel tidak membawa protokol dan profesionalisme sebagai pewaris tunggal Zill Family di dalam pergaulan harian. Betul kata mummy. Cassiel agak marhaen sepanjang dia belajar di London. Jika bukan kerana artikel mengenai Zill Cassiel dan Fayra Nuha, atau individu-individu yang mengambil tahu mengenai dunia korporat, majoriti di mata mereka semua yang pertama kali bertemu Zill Cassiel memang akan mengagak lelaki itu hanya lah golongan berada yang berkesempatan belajar di sekolah peribadi itu semata-mata.

That's why Cassiel needs me; Mrs. Zill.

"You like my husband?"

Miyuki terbulat mata. Hannah setia menunggu sambil berpeluk tubuh di dalam duduknya yang bersilang kaki menampakkan ketajaman heels yang dipakai.

"No. Of course not."

"Don't tempt me, Miyuki."

Miyuki terdiam.

"The involvement of your parents..."

Miyuki diam.

"Your words or their words? On what base?"

Miyuki diam.

"I need oral answer. Not silence read my mind all those... craps."

Kak Long vs GayboyWhere stories live. Discover now