26 << welcome >>

7.1K 543 80
                                    

harap terhibur kerana saya rasa terhibur hahahahahahah


"Monyet."

Yazid memandang Makayla dengan kening berkerut. "Tukar lah. Monyet ni dah jadi suami you, tau?"

Makayla sengih sebelum memandang belakang. Hanya mereka berdua di meja makan agam ini. Apabila mata dan telinganya cukup pasti tiada maids ataupun adik-beradik yang riuh umpama warga hutan itu, baru lah wajahnya kembali menghadap si monyet kesayangannya ini.

"I panggil you... 'abang'? Boleh?"

Yazid tersenyum lucu sambil menghirup kopi. "Kenapa 'abang'? Bukan you dah ada dua abang ke?"

Makayla mula menghentak kaki. "Aaaaa... tu 'abang' lain. Bukan ada incest essence ke apa ke. You jangan la fikir lain! I memang nak panggil you 'abang'. Mummy panggil daddy 'abang'. Mama panggil papa pun 'abang.' I nak panggil you 'abang' juga. Lagipun you tua dari I. Lagipun comel apa I panggil you 'abang'." Kemudian dia diam. "Jangan cakap you tak suka??! I tumbuk nanti!!!"

Yazid ketawa terkekek-kekek. "Orang tanya je pun. Beria!"

Makayla muncung.

Yazid mencapai kuih bakar dan sambil mengunyah, dia memandang Makayla dan bersuara selamba. "Okay, practice. Panggil I 'abang'."

Makayla senyum lebar dan luas bagaikan mendapat gula-gula.

Dan pada Yazid, sungguh dia rasa mahu menggigit pipi Makayla yang naik macam tu. Ei gewam kita tau! Bibirnya turut sama tersenyum memandang gelagat Makayla dengan kuih bakar masih tidak ditelan.

"Abang."

Yazid angguk biasa saja dengan matanya memandang aneka sarapan yang lain pula. "Iya."

Kepala Makayla senget. "Abang yang gorgeous."

"Iya." Yazid angguk lagi sambil mencedok mi goreng ke dalam pinggan.

Makayla sengih pula. "Abang yang seksi."

Yazid mula naik senyum dan mengangguk saja lagi. "Iya."

Makayla mula memeluk lengan Yazid. "Abang hebat ni kepunyaan Makayla."

Yazid ketawa lucu. "Iya, sayang."

Mata Makayla bulat. Tidak dapat ditanggung lagi letupan bunga api dan pus di dalam tubuh, maka terus dia memeluk lengan Yazid laju-laju berserta kaki yang dihentak-hentak. Sehinggakan sudu yang dipegang Yazid, terjatuh kembali ke dalam pinggan.

"Makayla sayang abang."

Yazid senyum dan menyentuh kepala Makayla di lengannya sebelum dia mencium kepala berambut coklat ini. "Abang pun sayang Makayla. Makayla seksi ni abang punya. Malam ni abang nak lagi. Petang ni ke bila takde orang. Haaa."

Makayla angkat muka dan sengih tidak malu. "Tapi best lah. Saya dengar ramai cakap sakit lah apa lah masa first night, tapi semalam abang buat tak sakit pun."

Yazid senyum mastermind. "Tu orang tak pandai, memang sakit lah. Kalau lelaki yang pandai, dia tahu macam mana nak elak sakit."

Makayla angguk-angguk sambil mencapai kuih bakar dan 'ngap' masuk mulut. "Rasa sedap gila, abang. Rasa best. Tak sakit. Dia ada rasa lain. Tapi bapak gila best."

Yazid ketawa besar.

"Nak melantak mi ke nak melantak each other?"

Yazid dan Makayla mengangkat muka memandang Aldric. Kedua-duanya mencebik tidak endah saja.

Kak Long vs GayboyWhere stories live. Discover now