37 << doppelgänger >>

9.3K 647 87
                                    

mmmm for those yang request fatherhood of zill cassiel and his son heheheheh.

VOTE!



"Qays."

"Daddy!"

Cassiel ketawa. "Siapa yang Qays peluk?"

Qays ternganga. Dia memandang atas ke wajah daddy nya yang tersengih. Kemudian, dia pandang pula daddy di sana yang berdiri ketawa memandangnya. Mulutnya ternganga luas. "Daddy! Two daddies!"

Aldric dan Cassiel sama-sama pecah ketawa.

"Ni Uncle Ald lah, Qays. Daddy dekat sana."

Qays mendongak dengan mulut nganga memandang daddy yang ini. Uncle? Dengan tidak semena-mena dia berkerut garang sebelum menggigit kaki uncle dan terus laju dia berlari mencari daddy yang sebenar.

Zill dan Aaliya yang melihat sama-sama pecah ketawa. Zill Qays itu daripada dulu asyik tersalah 'daddy'. Mana tidaknya, Aldric lah yang pandai-pandai membuatkan kepala budak itu pening sedari bayi.

Sebaik saja Qays sudah celik melihat sekitar, Aldric asyik memakai sepersalinan sama yang dipakai Cassiel. Qays sedang tenang di dalam kelekan Cassiel, Aldric pergi mengambil dan mengagah-agah sehingga Qays itu kelihatan bengong sebelum menangis berteriak-teriak apabila dia melihat ada seorang jasad lain yang menyerupai daddy nya. Riak Qays memang sama; pening, bengong dan takut sebelum meraung sekuat-kuatnya sebaik ternampak benar-benar ada dua daddies di hadapan mata! Keadaan itu kekal lah sehingga sekarang. Yang lainnya, sekarang dia sudah tidak menangis kecuali berubah menjadi garang seperti Jack-Jack of The Incredible Family. Tengok lah tadi. Habis digigitnya kaki Aldric semampu mana giginya mampu menggigit. Entah bila lah Qays baru boleh menerima bahawasanya daddy nya mempunyai kembar, bukannya jelmaan.

Cassiel mendukung Qays yang mendakapnya rapat sebelum melabuhkan duduk di hadapan Zill dan Aaliya. Mata Qays masih bulat memandang Aldric yang ketawa berdekah-dekah di sana sebelum menemani Damiaa dan Raisha menikmati Llao Llao. Cassiel ketawa dengan raut muka Qays. "Hei, not done yet?"

Qays menggeleng dan mendakap daddy betul-nya ini rapat-rapat.

Zill dan Aaliya kembali tertawa.

Suasana ceria dan harmoni itu dikejutkan oleh satu letupan.

"Apa pulak tu?"

Aaliya menggeleng sahaja. "Alvian dengan Ardhani tu. Dorang main bom getah."

Zill ternganga. "The nonsense is that?"

Aaliya memandang suaminya dan memberitahu saja. "Yazid bawak dari kampung."

Zill terdiam. Kemudian mukanya terus hilang di dalam telapak tangan kanannya manakala kepalanya pula menggeleng-geleng saja lah yang mampu. Aaliya dan Cassiel sama-sama memandang dengan senyuman yang disembunyikan mendengar ngomelan Zill yang tersekat-sekat. Nampak sangat seorang Zill Qayyim begitu menahan sabar.

"Chairmen. Tuan Haiqal dan Puan Nisa dah sampai."

Aaliya baru mahu membalas tetapi Zill pula sudah lepas keluar ke ruang depan. Cassiel segera bangun. Aaliya turut terkocoh-kocoh mengikut. Zill Qayyim ni bila dah tua jangan dibuat main. Bukan baran dia yang patut dijaga bila dah tua ni, tapi antics dia tu... luar alam sangat! Hish! Hati Aaliya berbunyi resah.

"Haiqal!"

Haiqal yang sedang memimpin Ardhani dan Alvian yang berlari menyambutnya, terus memandang Zill yang sudah bercekak pinggang di hujung sana.

Kak Long vs GayboyWhere stories live. Discover now