1 << first night >>

34.6K 1.2K 144
                                    

HOHO tajuk dia KAHKAHKAHKAH


"Pengantin baruuuuu!"

Hannah hanya diam, kepala makin menunduk. Kalau boleh, nak je masukkan kepala ke dalam singki ni.

"Woi, ngah! Apak ngan mak mertua kau dah nak balik ni! Beradab la sikit woi!"

Hannah rasa nak saja dia bom kepala alongnya, si Danial kasi bersepai.

"Eh eh la budak ni. Apa pekak nya telinga tu?"

Hannah masih juga diam tidak endah. Apabila bahunya disentuh, baru dia mengangkat kepala. Dipandang wajah mama yang sudah berangin memandang dia.

"Pergi cepat. Mommy kamu tunggu dekat depan tu. Dorang nak gi hotel lagi, nak rehat lagi. Daddy kamu tu esok dah nak fly Shanghai. Cepat, cepat, cepat."

Hannah cuma diam dan membiarkan saja kedua tangannya ditarik mama dan terus dilap oleh mama menggunakan tuala.

"Cassiel mana?" Hannah berbisik tanya.

Puan Nisa menjawab biasa, "Tadi ada dengan daddy kamu la. Bincang fasal kerja. Pastu along tarik dia ke mana tah, cakap fasal projek."

Hannah diam dan hanya mengangguk-angguk.

"Hii, tak berkenan betul mama. Sorang sibuk fasal projek million-million, sorang sibuk entah hape-hape lah dekat dapur. Tahu tak malu gila muka mama tadi bila semua kawan-kawan datang nak tengok pengantin, tapi sorang ke hulu, sorang ke hilir. Apa korang ni. Hish."

Hannah cuma diam saja, tidak seperti kebiasaannya di mana mulut murai menjadi tingkah lidahnya. Kalau mama membebel, memang dia lah yang menjadi nombor 1 dalam melawan balik atau terus kasi Sellotape je mulut mama tu. Tapi kali ini, tidak. Hatinya begitu sejuk, apatah lagi kulit tubuhnya.

Dup dap dup dap.

Hannah hanya tunduk sepanjang Puan Nisa menariknya ke ruang hadapan. Adik-beradiknya yang lain, sudah terang tang-tang mentertawakan dia.

Yelah. Dia Kak Long besar okay. Dan sekarang.... dia ber-kah-win di usia 32. Dengan si lelaki yang berusia 27.

Ya Allah Ya Tuhanku....

Jika pada wanita lain itu perkara normal dalam berpasangan dengan lelaki yang lebih muda, because that is literally the "in" thing okay.... tapi tidak dia. Kerana lelaki tu... bukan calang-calang orang.

Lelaki tu, bukan je bachelor of Zill Family. Tapi lelaki tu, lelaki tu, lelaki tu... yang... yang.... MasyaAllah... hatiku sungguh gagap begitu juga dengan lidahku!

Tolong!!!

"Woi Mek Nah, apa malu-malu ngat ni? Sakit mata pulak aku tengok."

Hannah tidak kisah akan kutukan Yazid.

"Kihkihkih. Kak Long seantero dunia bila dah berlaki, tengok ah tu."

Itu suara Adam.

"Kak Ngah ku sayaaaaanggg~~~~~~~~~~~~~~ tidur malam ni elok-elok taaaaaauuu ahak ahak ahak."

Itu hilaian seorang Delisha.

Yazdan dan Naura yang turut menyumbangkan siulan tikus dan "auk, auk" serigala, langsung-langsung dia pekakkan telinga saja.

Dasar hanjeng punya adik-adik. Tengok la esok aku letak julap dalam breakfast hangpa semua.

"Hannah."

Hannah terus angkat muka apabila suara daddy yang berbunyi dulu. Err... chairman of Zill.

Hannah sengih separuh senyum membalas senyuman si tua yang masih kacak bergaya ini. Sungguh kacak bergaya. Cassiel bila tua nanti akan gagah dan kacak bergaya gini jugak ke? Terus Hannah menggeleng kepalanya laju-laju.

Kak Long vs GayboyHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin