39 << names >>

9.3K 583 81
                                    

this is 4.6k words. hope puas hati tau! and tak minta banyak just vote je hehehehhee


Eshal berlari masuk ke dalam Zill House. Ibu dan ayah di belakangnya ditinggalkan saja. Mikesch turut sama berlari di sisinya; sama-sama tidak sabar mahu berjumpa semua makhluk yang berada di dalam rumah besar ini.

"Shal! I've got photos! Come see these with me!"

Matanya terus membulat sebaik ternampak Tristan yang menjerit memanggilnya sambil menjulang sesuatu di atas kepala. Tidak menunggu lama, terus dia mengikuti Tristan besama-sama lari ke luar rumah. Mikesch si abangnya yang merupakan seekor kucing terus berlari ke sana ruang berjumpa si Comel, Jonnah dan Senah; tiga ekor kekasih hati.

"Mummy!"

Hannah mengangkat kepala. Bibirnya tersenyum memandang Tristan dan Eshal yang berdiri sebelah menyebelah dengan album sebesar alam di dalam pelukan anaknya itu. "What is it, honey?" Tangan kanannya menutup dahi cuba menghalang sinar mentari daripada menyilaukan pandangan.

"Can I sit here with Shal?"

Hannah ketawa kecil dan mengangguk saja. Sebelum dia kembali menyambung langkahan kecilnya, suara Eshal si anak angkatnya itu pula yang memecah sunyi.

"Why mummy walking in the sunlight? You're a vampire?"

Hannah menekan perut besarnya cuba menahan rasa senak mahu ketawa. Aduh lah anak sorang ni. Kepalanya menggeleng sebelum menjawab sahaja. "Nooo. Mummy exercise. These..." Tangannya mengusap perut besarnya. "... I want these to out sooner and smoothly so mummy exercise la."

Kening Eshal berkerut sambil melabuhkan duduk di sisi Tristan yang tidak sabar-sabar sudah mahu membuka halaman depan album di tangan. Matanya masih memerhati langkah mummy yang tertatih-tatih. Matanya memandang pula Grandma Siti yang menemani di sisi mummy dengan kadang kala grandma itu memimpin tangan mummy dan kadangkala membiarkan mummy berjalan perlahan sendiri. Ada sesuatu di fikirannya yang mahu keluar berbunyi maka dia membunyikan saja lah. "Mummy! Ayah said just exercise together, get roomy so lagi senang adik semua tu keluar, mummy."

Hannah hampir tersadung. Segera Grandma Siti memegang kemas lengan Hannah. Hannah memandang Grandma Siti dengan riak ternganga. "What did she just say?" Grandma Siti menggeleng-geleng sebelum pecah ketawa. "Aku tak faham lah apa jenis didikan Eshan bagi ke anak-anak dia ni belaka." Hannah turut sama ketawa sebelum memandang Eshal yang sudah sama-sama ralit menelek satu persatu gambar yang Tristan tunjukkan.

"Kerja keras, bruva?"

Cassiel memandang Eshan yang menegur. Masuk je rumah dah nampak muka malaun ni. Ni rumah aku ke rumah dia? Aku dah lah penat dari Berlin apa semua ada pula malaun ni sini hish. Dia malas mahu menjawab jadi dia mengangkat tangan saja sebelum berlalu ke hujung sana.

"Woi sombong!"

"Aku nak bini aku taknak kau!"

Eshan terkekeh ketawa. "Sejak Hannah bawak kembar ni terus dia sedar alam sebenar dia."

Aldric dan Aryan sama-sama pecah ketawa.

"Kau juga untung. Takpayah dengar rengekan pelik-pelik dia dah." Aldric berbunyi sambil meratah peach cobbler.

"Kena suruh Hannah bawak kembar selalu ah."

"Ada jatuh labuh nanti. Baik jangan." Aryan menyambung.

Eshan dan Aldric tersedak terus. Aldric memandang Aryan dengan jegil mata. "Lately ni pasal anatomi bukan main kau asah ek? Jadi betul ke dengan doktor tu?"

Kak Long vs GayboyWhere stories live. Discover now