25 << melayu >>

8.1K 538 57
                                    

Saya menaip ini sambil mengumpul rasa nak berak (ketahui lah bahawa aperson seorang yang tidak senonoh)



"Meriahnya."

Hannah tersengih memandang Cassiel di sebelah. Dia memandang Qays yang sudah tertidur di atas car seat nya. Dan kemudian, pandangannya kembali kepada si suami yang masih terkebil-kebil memandang suasana di halaman rumah yang baru mereka tiba ini. "Sekali sekala je ni. Sebab susah nak kumpul ramai-ramai. Ni, semua pakat cuti, semua pakat naik gaji, budak-budak pun semua pakat nak makan durian... maka di sini lah kita."

Cassiel masih diam.

Hannah memandang. "Dah kenapa beria sangat macam kena sampuk?"

Cassiel memandang Hannah. Keningnya berkerut. "You didn't tell me that all your ipar duais, segala nenek moyang 're gonna be here? Tak nampak ke? Ramai tahu tak? Macam nak buat kenduri."

Hannah kembangkan hidungnya biasa saja. "Ni kira sikit je lah. Takat kenduri doa selamat. Buuu... budak mata biru first time masuk kampung." Dan terus dia melangkah keluar.

Cassiel turut keluar dan membuka pintu belakang mengambil Qays yang kini terlentok di bahunya. Dia bersuara kepada Hannah yang sibuk mengambil segala juadah dan cenderamata yang dia beli sepanjang di dalam perjalanan tadi. "Sedara awak semua tak penah jejak KL ke sampai beria awak borong macam melancong kat Europe?"

Hannah terus menjeling Cassiel. "Biar ah!"

Cassiel masih hanya mendukung sambil menepuk-nepuk buntut Qays di atas lengannya. Dia memandang hadapan kembali. Dan terus dia menelan liur sebaik saja perhatian semua menuju ke arahnya dan Hannah. Dia hanya tersengih-sengih sambil perlahan-lahan mendekati isterinya yang masih tidak habis memunggah barang.

"Kitorang punya gathering dekat kampung mummy takde lah sampai ramai macam ni, awak. Ni... kenapa macam satu kampung awak punya sedara ni?"

Hannah mengeluh sebelum memandang Cassiel. "Korang punya sedara mara siapa je? Adik-beradik je, kan? Mana ada makcik-makcik apa semua, kan?"

Cassiel diam dan hanya memandang Hannah yang bertungkus-lumus memegang plastic bags yang bermacam-macam warna. "Hannah, jangan tinggalkan saya sorang-sorang untuk deals dengan dorang semua tau?"

Hannah memandang Cassiel dengan kening dan dahi berkerut.

"Dorang tengok saya macam saya ni diperbuat daripada emas."

Kening Hannah terjungkit sebelum ketawanya lepas berdekah-dekah.

Cassiel kelam-kabut menyiku-nyiku lengan Hannah kerana semakin ramai yang memandang mereka sekarang ini. Dah lah kepala semua sanak-saudara Hannah itu terjengul serupa beribu-ribu kepala meerkat di tengah gurun sahara. "Diam lah. Dorang tengok lah."

Hannah memandang semua yang ada sambil mengangkat tangan memanggil entah siapa-siapa. "Woi yeop. Tengok apa? Meh sini tolong!"

Dan barulah mata mereka semua yang serupa terpukau memandang Cassiel tadi, menerima pencahayaan yang baru ke dunia sekeliling.

Cassiel memandang seorang makcik yang kelihatan gagah perkasa memegang satu besen yang kelihatan berat dengan entah apa juadah, dengan sebelah tangan saja tu! menepuk belakang badan budak yang dipanggil Hannah tadi. "Meleleh air liur apa? Pergi tolong Kak Hannah tu!"

Bukan seorang budak yang menghampiri, malahan tiga, empat. Cassiel hanya memandang. Seusia dengan Julian agaknya semua ni.

"Bagi-bagi lah dengan semua. Magnet tu letak kat peti. Strawberry tu jangan sentuh! Tu akak punya. Ni barang-barang Abang Yazid korang ni, tolong simpankan. Ni barang tokngah pakngah (NisaHaiqal). Baby ada berapa orang hari ni? Akak amik je 10 pasang. Pandai-pandai lah korang."

Kak Long vs GayboyWhere stories live. Discover now