30 << palatao >>

7.1K 597 27
                                    

saya typing sambil tengok citer transformers hehehhee

VOTE!


"Hannah duduk dalam ladang sawit ke?"

"Aku pun taktahu lah. Ikut je lah GPS."

"Aku ikut lah ni. Cer kau call bini kau tu."

Cassiel menjeling, mencebik tetapi menurut juga. Tidak sampai tiga deringan, panggilan disambut dengan suara mengah Hannah. Terus berkerut keningnya. "What 're you doin'? Where 're you?"

"Saya tengah kemas barang lah. Tunggu awak datang."

Betapa 'olo-olo'nya suara Hannah ketika ini. Malas mahu berlama kata, dia berbunyi saja. "Kitorang dah sampai tapi tak nampak langsung kelibat awak ni. Can duk pusing-pusing daripada tadi."

"Ei, yang bagi dia drive tu kenapa. Dia kan bodoh."

Loudspeaker mode on.

"AMBOI MULUT AKU CILI KANG."

Hannah terdiam. Niatnya hanya ingin bergurau saja tetapi salah masa. Sudah lah panas, penat mengawal stereng berpusing sana sini pula tu. Mereka mesti membawa kereta off grand dengan tanah sawitnya lagi. Hmm. Hati perempuannya mula lembik umpama tisu 30 sen dijirus air.

"Saya jalan kaki ni ke tepi jalan. Suruh la Eshan tu pusing-pusing lagi. Belah kanan tau. Ada papan tanda DILARANG BUAT MAKSIAT TU."

"Ha part buat maksiat tu, Can."

Eshan tidak menjawab hanya menurut saja. "Ha tu dia bini kau!"

Cassiel mengalih pandang. Aduh, betapa rindunya. Matanya memandang muka cemberut Hannah yang menutup depan kepalanya dengan tangan menahan kepanasan. Bibirnya tergarit senyuman mengejek. Gedik lari sampai ke ladang dah kenapa. Tadek pula hantu ke apa kacau kakak ni.

"Hannah tu lebih daripada hantu, Cass. Hantu pun takut nak kacau."

Mata Cassiel memandang Eshan dengan amaran. "Stop talking. Baru nak baik ni."

Eshan mengangkat kedua tangannya daripada stereng kereta. "Not my problem."

Cassiel merengus dan melangkah keluar segera menghampiri Hannah. "Mana bagasi semua?"

Hannah memandang wajah suaminya dengan kebil-kebil mata. Sungguh mahu melompat memeluk sehingga tergolek di rumput panjang degil ladang sawit ini tetapi— Ekor matanya mengerling Eshan yang sedang menggeliat menghilangkan regang badan. Pura-pura je tu padahal dia ngintai aku dengan Cass nak buat bahan ei kenapa bawak dia kenapa bukan Fath je? Aldric ke?!!! Matanya terkebil-kebil lagi sebelum menjawab senada. "Semua beg dekat rumah Cik Umi."

Kening Cassiel berkerut. "Siapa pulak?"

"Adik beradik tiri mama."

"Bukan semua tu dekat Terengganu ke?"

Hannah menguis-nguis tanah. "Sorang tu duduk sini dekat rumah arwah atuk peneroka tu."

Cassiel ternganga. Bagaimana dari sana boleh ke sini? Ah family affair dorang lah tu. "Kenapa tak bagitau? Yang elok barang kat rumah sana, awak gi bermalam sini dah kenapa?"

Hannah mendengus tanpa niat. "Alah malas lah. Jom lah masuk kereta. Panas."

Cassiel menggeleng-gelengkan kepala. "Sini handbag."

Hannah menghulurkan saja dan berlenggang ke seat belakang. Matanya terus tertancap pada pandangan Eshan dari cermin rear. "Apa tengok-tengok?"

Kak Long vs GayboyWhere stories live. Discover now