2) The Narrator

432 31 5
                                    

Natalie berpendapat bahawa kehidupannya sedikit berbeza daripada kehidupan orang lain.

Well, sangat berbeza sebenarnya.

Dia mendapati kehidupannya mempunyai narrator yang akan bercerita tentang setiap perbuatannya seperti di dalam buku cerita.

Sebagai contoh, setiap kali Natalie bangun pagi, dia akan mendengar suara narrator bercerita.

"Natalie yang baru bangun tidur sedang menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya"

"Natalie sedang memberus giginya sebelum keluar bekerja"

"Natalie sedang menyiapkan sarapan dan bekalannya sebelum berangkat ke tempat kerja"

Bukan sahaja dia mendengar suara narrator itu, malah dia juga dapat melihat narrator itu.

Narrator itu adalah seorang lelaki bertopi yang berpakaian kemas dan sentiasa berada di mana sahaja Natalie berada. Sungguhpun begitu, Natalie tidak pernah melihat wajah mahupun bercakap dengan narrator itu.

Keadaan yang menakutkan ini tidak lah begitu menakutkan bagi Natalie kerana dia sendiri sudah terbiasa dengannya. Dia sendiri sudah menerima kenyataan yang dia akan hidup sambil aktiviti hariannya diceritakan oleh narrator itu.

Dia sendiri sudah mengalami keadaan ini selama 25 tahun. Ketika dia mula mendengar dan melihat narrator itu, dia ada bertanya kepada rakan rakannya.

"Adakah awak dengar suara itu? Suara yang sedang bercerita itu?" tanya Natalie kepada rakannya.

"Suara apa? Mana ada orang yang bercakap" balas rakannya.

"Itu. Awak nampak tak lelaki bertopi di situ? Betul betul di kerusi itu. Nampak tak?" tanya Natalie lagi yang keliru.

"Tak, Natalie. Tak ada orang pun di kerusi tu. Awak ok tak?" balas rakannya yang mula takut dengan tingkah lalu Natalie.

Melihat reaksi rakannya yang berubah, Natalie pun berhenti bertanya. Walaupun dia takut, tapi dia lebih takut jika tiada orang yang mahu berkawan dengannya sekiranya dia asyik bercakap tentang ini dan menakutkan mereka.

Jadi dia mula menerima kenyataan yang suara itu hanya mainan fikirannya dan meneruskan kehidupannya sehingga ke hari ini.

Dia yakin tiada apa yang patut dirisaukan kerana narrator itu hanya bercerita tentang setiap perbuatan saban hari.

Tetapi keadaan mula berubah apabila narrator itu mula bercerita perkara yang aneh. Sebagai contoh ketika dia sedang menyiapkan makanan.

"Natalie akan memotong sayur untuk dimasukkan ke dalam supnya"

"Natalie meletakkan banyak sayur kerana dia amat menggemari sayur"

"Tetapi Natalie tidak mengetahui yang dia akan memotong jarinya sendiri"

Sebaik sahaja narrator selesai bercerita, Natalie benar benar terpotong sedikit jarinya. Dia amat terkejut dengan keadaan itu tetapi dia masih cuba untuk berfikiran positif.

'Bad things happen, Natalie. Tak ada apa yang perlu ditakutkan' bisik hati Natalie.

Hari hari berikutnya pun berlalu seperti biasa. Membosankan, tetapi tiada apa yang perlu ditakutkan.

Tetapi, pada suatu malam keadaan aneh itu berlaku lagi. Ianya berlaku ketika Natalie sedang mencuci muka.

"Natalie sedang mencuci mukanya sebelum tidur"

"Tetapi Natalie tidak mengetahui bahawa ketika dia memejamkan mata sewaktu mencuci muka, ada yang sedang memerhatikannya"

Natalie terkejut. Dia membuka matanya dan melihat sekeliling dengan cemas.

"Apa awak cakap?" soal Natalie cemas.

Tiada jawapan.

Natalie mula cemas memerhatikan keadaan sekelilingnya. Adakah benar ada yang memerhatikannya? Siapa yang sedang memerhatikannya?

Keadaan berlanjutan sehingga Natalie menjadi seorang yang paranoid. Malah, narrator itu juga mula bercerita sesuatu yang lebih buruk seperti :

"Natalie sedang mengemas rumahnya tanpa menyedari bahawa dia akan mati tidak lama lagi"

Sejak daripada itu, narrator itu sentiasa mengingatkan Natalie tentang kematiannya sendiri. Namun narrator itu tidak pernah menjawab soalan Natalie biarpun nyawa Natalie dalam bahaya.

Pada suatu malam, seperti kebiasaanya Natalie akan mencuci mukanya sebelum tidur. Natalie mendengar narrator bercerita.

"Natalie sedang mencuci wajahnya. Tanpa dia mengetahui, itu adalah kali terakhirnya mencuci wajah"

Natalie terkejut. Dia sangat cemas. Paranoidnya juga memburukkan lagi keadaan. Dia segera menuju ke dapur dan mengambil pisau terbesar yang dia ada.

Matanya meliar melihat setiap sudut di dalam rumah untuk memastikan tiada sesiapa yang menanti untuk membunuhnya pada malam itu.

Namun tiada sesiapa. Hanya dia dan narrator yang berada di rumah itu. Jadi dia mengambil keputusan untuk berjaga pada malam itu just in case ada sesuatu yang akan terjadi.

Dia tunggu dan tunggu. Dia sendiri tidak tahu apa yang dia sedang tunggu. Tapi dia tak mahu sesuatu yang buruk terjadi kepadanya.

Semakin masa berlalu, Natalie juga semakin mengantuk. Dia terlelap beberapa kali namun tetap memaksa diri untuk bersiap sedia.

Namun, pada jam 4 pagi, dia mendengar ketukan di pintu rumahnya. Natalie cuba memberanikan diri untuk menghampiri pintu itu dan melihat melalui peep hole.

Dia mendapati narrator itu berada di depan pintu rumahnya dengan keadaan membelakangi pintu. Dia memerhatikan keadaan sekeliling, kenapa narrator berada di luat rumah? Bukankah narrator selalu berada berdekatan dengannya?

Dan dia mendengar narrator itu sedang mengira dari 2000 dengan suara yang sangat perlahan tidak seperti selalu.

"Apa yang dia kira?" soal Natalie keliru.

"Apa yang awak kira? Bagitahu lah saya. Tolonglah cakap sesuatu. Tolong lah bagitahu sesuatu. Saya merayu" kata Natalie dengan suara yang hampir menangis.

Tiba tiba, narrator itu berkata

"Natalie sedang menuju ke arah kematiannya"

-

Disebabkan ketakutan yang menyelubungi diri, Natalie mengambil keputusan untuk menamatkan ketakutannya ini sendiri because suspense kills people.

The Last Story | MalayWhere stories live. Discover now