18) 10 Rules

158 22 3
                                    

Bella merupakan gadis yang masih menuntut di sebuah kolej dan menetap jauh dari keluarga. Bella juga bercadang untuk menyewa rumah sendiri selepas cuti semester.

Sementara itu, Bella perlu berjimat.

Oleh yang demikian, Bella terpaksa menetap di rumah neneknya yang terletak lebih dekat dengan kolej berbanding dengan rumah keluarganya yang jauh dan akan memakan belanja yang lebih itu.

Namun, Bella sudah mempersiapkan diri untuk menetap di rumah nenek kerana ianya memerlukan kesabaran yang tinggi.

Bukan apa, tetapi nenek Bella itu menghidap dementia dan mempunyai peraturan yang aneh. Semuanya bermula lepas kematian datuknya.

Tetapi Bella tetap menyayangi neneknya.

Sebaik sahaja Bella menjejakkan kaki ke dalam rumah neneknya itu, dia sudah diberi peringatan tentang peraturan di rumah itu dengan tegas sekali.

Kesemuanya ada 10 peraturan.

1. Kalau nampak pintu loteng terbuka lepas tengah malam, biarkan dan jangan ditutup!
2. Kalau pintu bilik terbuka lepas tengah malam, biarkan dan jangan ditutup!
3. Kalau dengar bunyi aneh lepas tengah malam, biarkan dan jangan diperiksa!
4. Jangan tumpahkan garam dalam rumah ni walau sebutir pun!
5. Tinggalkan sedikit makanan dalam peti ais. Jangan pernah habiskan semuanya!
6. Jangan bersiul dalam rumah ni!
7. Jangan naik ke loteng!
8. Jangan berada di ruang tamu lepas tengah malam!
9. Jangan terlalu bising!
10. Jangan buka payung dalam rumah!

Bella merasakan semua peraturan neneknya tidak masuk akal dan remeh namun di diamkan sahaja. Dia bersetuju kerana ingin menumpang di situ dan hormat akan neneknya.

Lagipun peraturan itu tidak membebankan atau sukar untuk dilakukan. Jadi tiada masalah untuknya mengikuti peraturan itu.

Tetapi neneknya tetap bertegas dengan peraturan itu. Tidak cukup dengan mengulang peraturan itu berkali kali, neneknya turut menulis kesemua peraturan itu dan melekatkannya di peti ais dan pintu bilik Bella.

Malam pertama di situ, Bella mendapati pintu biliknya terbuka walaupun dia yakin dia sudah menutupnya sebelum tidur.

Tetapi Bella tidak bangun untuk menutup kembali pintu itu sebaliknya dia sambung tidur. Bukan sahaja kerana peraturan itu, tetapi Bella sendiri sangat penat dan malas untuk bangun.

Dia juga fikir itu adalah perbuatan neneknya untuk mengujinya.

Beberapa hari berlalu, kehidupan Bella diteruskan seperti biasa di rumah neneknya. Dia mengikuti kesemua peraturan itu dengan patuh.

Suatu malam ketika Bella sedang asyik bermain telefon, dia menyedari pintu biliknya terbuka. Oleh kerana rasa ingin tahu yang tinggi, dia bangun untuk memeriksa.

Dia keluar dari biliknya untuk memastikan yang itu bukanlah angkara neneknya. Tetapi dia mendapati neneknya sedang tidur dalam bilik.

Bella melangkah ke tangga. Dia mendapati pintu loteng terbuka luas. Tetapi dia tidak nampak apa apa pun kerana kegelapan malam.

Setelah memastikan keadaan selamat, Bella kembali ke bilik tidurnya dan tidur.

Beberapa hari kemudian, Bella mendapati pintu biliknya terbuka lagi. Dia keluar dari biliknya untuk memeriksa keadaan sekeliling.

Jam menunjukkan pukul 11 malam.

Dia melihat pintu loteng terbuka luas tetapi masih tiada apa apa. Dia melihat ke bilik neneknya dan mendapati neneknya tiada di katil.

Bella mula menuruni tangga dan mencari neneknya. Sedang dia menuruni tangga itu, dia mendengar bunyi orang bersiul.

Bella pun turun dengan perlahan lahan step by step. Dia tidak mahu sesiapa mengetahui yang dia berada di situ. Terutama sekali neneknya yang akan bising tentang peraturan itu.

The Last Story | MalayWhere stories live. Discover now