29) Missing Climbers

130 19 1
                                    

Ed sangat suka mendaki gunung. Ketika memasuki kolej, dia juga menyertai kelab pendaki kerana minatnya yang mendalam.

Suatu hari, Ed dimaklumkan oleh rakan rakan dari kelab pendaki itu bahawa mereka akan pergi mendaki di sebuah gunung berhampiran.

Ed sangat teruja dengan idea itu.

Pada hari yang dijanjikan, mereka pun pergi mendaki bersama sama seramai 8 orang termasuk dengan Ed. Tetapi semuanya tidak berjalan seperti yang dirancang.

Mereka semua didapati hilang selepas pergi mendaki termasuklah Ed yang turut sama hilang. Kehilangan mereka menyebabkan pasukan polis dan penyelamat bertungkus lumus mencari mereka di gunung itu.

Selepas 2 minggu pencarian, hanya Ed dan 6 orang yang lain sahaja berjaya ditemui.

6 orang itu pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang selepas menjalani rawatan kerana tidak mengalami apa apa kecederaan yang teruk.

Tetapi Ed terpaksa berada di hospital lebih lama kerana kekurangan nutrisi dan kecederaan yang teruk. Bukan itu sahaja, malah Ed juga dimasukkan ke pusat rawatan mental kerana disyaki mengalami trauma yang teruk selepas itu.

Walaupun begitu, pihak polis masih giat menjalankan siasatan tentang kehilangan lagi seorang pendaki itu.

Polis juga menyoal siasat 6 pendaki yang selamat itu tetapi mereka mengatakan yang mereka tidak tahu apa yang terjadi dengan pendaki nombor 8 yang hilang kerana mereka terpisah.

"Kami tak tau dia ke mana. Semua terpisah masa tu"

"Dia yang mula mula sekali terpisah dari kami semua"

"Dia dan Ed adalah antara yang paling awal terpisah dari kumpulan kami"

Selepas mendengar pengakuan itu, pihak polis pun menuju ke pusat rawatan mental yang merawat Ed untuk bertanya kepada Ed sendiri kerana mereka mengesyaki Ed adalah orang terakhir bersama pendaki nombor 8.

"Awak tau tak ke mana pendaki nombor 8 pergi lepas terpisah dari kumpulan?" tanya salah seorang anggota polis kepada Ed.

Tetapi Ed hanya diam.

"Kawan kawan awak semua cakap awak dan dia adalah yang paling awal terpisah dari kumpulan. Awak tau tak macam mana mangsa boleh terpisah dari kumpulan?" tanya polis itu lagi.

Tetapi Ed masih diam.

"Awak tau tak apa yang jadi dengan pendaki nombor 8?" tanya seorang lagi anggota polis.

Kini Ed bangun.

Ed menuju ke dinding dan mula menghentak kepalanya berulang ulang kali sambil mengguman sesuatu dengan sangat perlahan.

"Apa awak cakap?" tanya anggota polis itu.

Ed tidak menjawab tetapi terus menghentak kepalanya di dinding.

Polis itu cuba mendekati Ed sedikit sahaja. Cukup untuk dia mendengar apa yang Ed katakan tanpa perlu berhadapan dengan risiko diserang.

Dan dia dengar Ed cuma mengatakan "eight... eight...eight..." sahaja berkali kali sambil menghentak kepala di dinding.

Kedua dua polis itu pun berputus asa selepas itu. Bagi mereka tiada gunanya bertanya kepada orang yang 'tidak sihat'. Mereka kemudiannya pulang tanpa menyoal apa apa lagi kepada Ed.

Di bilik Ed, Ed masih menghentak kepalanya sambil menggumam "eight..ate...eight...ate...eight...ate...".

Alangkah baiknya kalau mereka mendengar dengan lebih teliti.


***

So kiranya Ed ni dah bagitau lah kat polis apa yang jadi kat pendaki nombor 8 sebenarnya. Tapi polis tak dengar betul betul sebab sebutan "eight" kan nak sama dengan "ate". Then diorang salah dengar.

Ed pulak trauma sampai kena masuk pusat rawatan mental maybe sebab dia nampak apa yang kawan kawan dia tu buat kat pendaki nombor 8.

Haih lapar sangat dah tu nampaknya. Patut boleh survive sampai 2 minggu🤡

Btw please enjoy and vote!♡

The Last Story | MalayWhere stories live. Discover now