19) My Precious Dog

137 28 0
                                    

Soo Ahn mempunyai seekor anjing peliharaan yang besar. Anjing itu lebih dikenali sebagai anjing penjaga rumah kerana kegarangannya. Sungguhpun begitu, anjing itu tetap kelihatan seperti masih kecil dan sangat comel buat Soo Ahn.

Dia sangat menyayangi anjingnya.

Suatu hari ketika Soo Ahn baru pulang dari tempat kerja, dia mendengar bunyi aneh yang di laman belakang rumahnya. Soo Ahn pun pergi melihat dari manakah datangnya bunyi itu.

Namun Soo Ahn tidak nampak apa apa selain daripada anjing peliharaannya yang sedang duduk di rumput.

Tetapi Soo Ahn dapati anjingnya tidak kelihatan ceria seperti biasa. Anjingnya kelihatan seperti sedang sesak nafas dan ingin muntah.

Soo Ahn amat terkejut melihat keadaan itu. Dia terus mengambil anjingnya dan menuju ke klinik veterinar di mana doktor yang selalu merawat anjingnya bekerja.

Doktor veterinar itu mengatakan yang anjingnya mungkin tercekik sesuatu. Mungkin mainan atau objek asing yang ditemuinya di laman. Dan proses itu mungkin akan mengambil masa yang agak lama kerana ada sedikit complication.

Mendengar akan hal itu. Hati Soo Ahn menjadi gusar. Dia amat menyayangi anjingnya itu. Seboleh bolehnya dia tidak mahu perkara yang buruk terjadi kepada anjingnya itu.

Tidak beberapa lama kemudian, Soo Ahn mendapati dia tertinggal telefon di rumahnya. Mungkin kerana dia terlalu cemas bila melihat anjingnya sakit sehingga terlupa membawa telefon.

Soo Ahn memberitahu kepada doktor yang dia perlu pulang untuk mengambil telefonnya sebentar sebelum bergegas pulang.

Risau sekiranya ada panggilan kecemasan atau sebagainya.

Setibanya di rumah, Soo Ahn lega apabila mendapati telefonnya berada di sofa. Risau hatinya jika dia tercicir telefon itu di mana mana.

Dia mula mengambil barang barang yang penting untuk dibawa ke hospital. Tiba tiba dia mendapat satu panggilan dari doktor veterinar itu.

"Iya doktor? Anjing saya ok ke?!" tanya Soo Ahn cemas apabila doktor itu menelefon.

Dalam hati hanya mampu berharap anjingnya itu baik baik sahaja.

"Ok listen. Jangan cemas. I mintak you keluar dari rumah you macam biasa. Jangan buat apa apa dengan mengejut. Nanti akan ada polis yang datang" terang doktor itu perlahan lahan dengan tenang.

Soo Ahn yang keliru terus bersetuju dan buat seperti apa yang disuruh tanpa banyak tanya. Meskipun dia tidak tahu apa yang sedang berlaku, tapi pastinya sesuatu yang serious bila melibatkan polis.

Setibanya Soo Ahn di klinik veterinar, dia disambut oleh doktor itu. Doktor itu mengatakan yang anjingnya tidak apa apa. Dia menanyakan tentang panggilan itu tadi.

"Sebenarnya, anjing awak cuma tercekik dan kami dah berjaya keluarkan benda asing tersebut" terang doktor itu.

"Jadi apa yang sampai libatkan polis?" tanya Soo Ahn pelik.

"Masalahnya, anjing awak tercekik jari manusia" sambung doktor itu lagi membuatkan Soo Ahn terdiam.

***

Doktor tu telefon polis sebab risau mungkin ada penceroboh kat rumah Soo Ahn yang tengah sembunyi dan tunggu masa untuk serang Soo Ahn sebab anjing tu tercekik jari manusia.

So mungkin jari penceroboh tu putus masa diserang oleh anjing penjaga rumah Soo Ahn tu since anjing Soo Ahn adalah sejenis anjing penjaga rumah.

Btw, enjoy!
Dan jangan lupa untuk vote!♡

The Last Story | MalayWhere stories live. Discover now