4) Suzanne Live Alone

238 23 0
                                    

Suzanne adalah seorang perempuan yang baru berpindah ke sebuah bandar setelah mendapat pekerjaan di situ.

Dia menyewa sebuah bilik yang muat untuk dirinya seorang. Lengkap dengan katil, televisyen, tandas dan ruang memasak yang kecil.

Perfect untuk orang yang baru mendapat pekerjaan sepertinya.

Pada suatu malam ketika Suzanne berada di dalam train, dia mendapat satu mesej. Mesej tersebut merupakan mesej bergambar dari nombor yang tidak dikenali. Suzanne pun membuka mesej itu dan mendapati itu adalah gambar dirinya di dalam train.

Suzanne cuba mencari siapa yang menangkap gambarnya tetapi tiada sesiapa. Hanya dia seorang yang berada di dalam koc itu.

Suzanne segera keluar dari train sebaik sahaja tiba di station berhampiran rumahnya.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi 'Tingggg' menandakan ada mesej yang masuk. Dia membuka mesej tersebut dan mendapati gambar dirinya di station itu.

Dia segera keluar dari station itu dan berharap untuk sampai ke tempat tinggalnya dengan cepat dan selamat.

'Tingggg'

Suzanne mendapat lagi satu mesej. Ianya adalah gambar dirinya di luar station.

Suzanne terus berlari menuju ke bloknya dengan cemas. Dia tahu ada yang mengikutinya. Dia segera menaiki tangga untuk sampai ke biliknya.

'Tingggg'

Suzanne mendapat lagi satu mesej.

Kali ini adalah gambar dirinya sedang berlari di tangga di bloknya.

Suzanne terus menerpa ke biliknya sebaik sahaja tiba di tingkatnya. Dia membuka pintu dengan cemas sebelum masuk ke biliknya dan mengunci pintu.

Akibat terlalu penat, Suzanne bersandar sebentar di pintu biliknya. Dia menarik nafas lega kerana berjaya sampai sebelum sesuatu yang buruk terjadi kepadanya.

Ketika dia mahu menelefon polis, tiba tiba

'Tinggg'

Suzanne mendapat lagi satu mesej.

Ianya adalah gambar pintu rumahnya. Inj bermaksud jarak antara Suzanne dengan pemilik gambar itu cuma dipisahkan dengan pintu Suzanne.

Suzanne cemas dan terus berlari ke katilnya. Dia bersandar di sisi katil ketakutan dan cuba mendail nombor polis dengan air mata yang berjuraian.

'Tinggg'

Suzanne menerima lagi satu mesej.

Suzanne membuka mesej itu dan mendapati ianya adalah gambar dirinya dari hujung katil.

Dia langsung tidak berani untuk menoleh melihat siapakah gerangan yang mengambil gambarnya.

Belum sempat dia menelefon polis, tiba tiba

'Tingggg'

Suzanne menerima lagi satu mesej.

Suzanne berbelah bahagi sama ada dia perlu menelefon polis terlebih dahulu atau membuka mesej itu dahulu.

Dia tahu polis akan mengambil masa untuk tiba. Dia merasakan sekurang kurangnya jika dia membuka mesej itu, dia dapat mengetahui lokasi penghantar mesej itu.

Suzanne pun membuka mesej tersebut.

Jantung Suzanne seakan akan terhenti apabila Suzanne mendapati gambar itu adalah gambar dirinya yang diambil dari atas.

Betul betul di atas kepalanya.

The Last Story | MalayWhere stories live. Discover now