10) The Unforgettable Town

167 25 8
                                    

Claire, Daphnie dan Hannah mengambil keputusan untuk bercuti bersama sama untuk cuti semester itu.

Apabila hari yang dijanjikan sudah tiba, mereka memulakan road trip mereka untuk ke sebuah resort di tepi pantai yang menjadi impian mereka sejak dahulu lagi.

Tetapi oleh sebab lebuhraya yang sesak akibat kemalangan, Hannah sebagai pemandu mengambil keputusan untuk melalui jalan lama.

"Lambat sikit la nak sampai, tapi aku yakin lagi cepat daripada kita tunggu kat situ untuk diorang habis bersihkan jalan" kata Hannah kepada dua rakan baiknya.

Yang lain hanya bersetuju. Mereka sendiri tidak kisah jalan apa yang mereka perlu lalui asalkan sampai.

"Jauh lagi ke Hannah" soal Daphnie yang sedang mengunyah jelly bean.

"Mungkin la. Sebab kita kena lalu pekan pekan kecik sebelum tembus ke highway balik" kata Hannah.

Daphnie hanya mengangguk.

Setelah beberapa ketika, mereka mendapati mereka melalui satu kawasan yang sangat aneh. Kawasan itu seperti kawasan yang terbiar.

Daun daun kering memenuhi jalan.

"Kita kat mana ni?" tanya Claire yang baru bangun dari tidur di sebelah pemandu.

"Tak tau la" jawab Hannah yang sedikit risau.

"Tu ada signboard!" kata Daphnie teruja.

Tetapi mereka semua terdiam apabila signboard yang sepatutnya menunjukkan nama pekan itu seperti ditoreh sehingga namanya terpadam.

Yang tinggal hanyalah

"selamat datang ke ....."

Sebaik sahaja mereka melepasi signboard itu, ketiga tiga mereka terdiam seribu bahasa.

Claire merasakan bahawa ingatannya semakin berkurang. Awalnya dia cuma lupa perkara perkara kecil seperti hari ini hari apa, hari ini tarikh apa.

Apabila mereka menuju semakin dalam ke dalam pekan itu, keadaan menjadi semakin teruk. Claire mula lupa siapa namanya, berapa umurnya, dia dimana, kenapa dia sini, siapa mereka berdua.

Kesemua mereka masih diam. Riak wajah mereka seakan keliru dan aneh. Mungkin mengalami keadaan yang sama dengab Claire. Tetapi tiada seorang pun yang bersuara mahupun bertanya.

Tetapi keadaan semakin baik apabila mereka mula menghampiri jalan keluar daripada pekan itu. Claire mula mengingati kembali semua maklumat maklumat penting.

Dan apabila mereka berjaya keluar sepenuhnya daripada pekan itu, keadaan jadi seperti biasa kembali.

"Okey, tu agak pelik" luah Claire memecahkan keheningan tadi.

"Kan. Aku tak pernah rasa macam tu" kata Hannah pula.

"Takpa, asalkan kita semua selamat dan masih berempat!" kata Daphnie ceria seperti selalu.

***

actually untuk faham cerita ni korang kena fokus dengan setiap maklumat yang dia bagi dari awal lagi.

apa apa pun, enjoy!

The Last Story | MalayWhere stories live. Discover now