12) Maybe I'm Glad

151 19 0
                                    

Na Hee dan Soo Young merupakan pelajar di sebuah kolej dan mereka adalah rakan sebilik. Mereka berdua memang akrab dan sering kemana mana bersama.

Suatu hari, Na Hee bercadang untuk keluar berparti bersama rakan rakan yang lain. Dia juga mengajak Soo Young untuk keluar bersama tetapi Soo Young menolak kerana dia akan mengajak teman lelakinya untuk bermalam disitu dan 'bergembira'.

Na Hee pun bersetuju dan berjanji tidak akan mengganggu mereka sambil ketawa menyakat lalu keluar meninggalkan Soo Young.

Malam itu, Na Hee mabuk teruk. Dia sendiri tidak menyangka yang dia akan semabuk itu. Dia membuat keputusan untuk pulang awal walaupun dia tahu teman lelaki Soo Young masih berada di bilik mereka.

Tetapi dia tiada pilihan. Dia terlalu penat dan mabuk untuk terus berparti. Sesampainya di bilik, Na Hee membuka pintu dengan perlahan tanpa membuka lampu atau membuat sebarang bunyi.

Dia cuba berjengket dengan perlahan walaupun terhuyung hayang kerana tidak mahu mengganggu Soo Young dan teman lelakinya.

Dia mengambil headphone, memasang lagu dengan kuat, dan terus membawa diri ke alam mimpi sebaik sahaja dia menghempaskan diri ke katil.

Keesokan harinya, Na Hee terbangun apabila mendengar jeritan yang amat kuat. Disusuli dengan jeritannya sendiri.

Jantungnya seakan tidak berfungsi apabila dia mendapati biliknya mula dikerumuni orang ramai dan semua terkejut.

Namun bukan itu punca jantungnya sebegitu. Tetapi keadaan Soo Young yang berlumuran darah dengan isi yang dicarik dan mulut yang dikoyaklah yang menjadi punca utama segala proses dalam badannya terhenti.

"tengok tu kat cermin!" kata satu suara dari kerumunan itu.

Matanya beralih pula kepada cermin. Tertera di situ satu mesej dengan tulisan merah seperti darah yang berbunyi

"Tidakkah awak gembira yang awak tidak menghidupkan lampu?"

***

mungkin ada yang dah banyak kali dengar cerita macam ni sebab cerita ni memang ada banyak version.

untuk yang kurang faham ;
mungkin Na Hee akan nampak pembunuh tu kalau dia bukak lampu masa dia masuk bilik tu. lebih teruk lagi, mungkin dia akan nampak Soo Young dibunuh depan mata sendiri dan menyebabkan dirinya menjadi mangsa kedua.

The Last Story | MalayWhere stories live. Discover now