17) Through The Hole

140 24 2
                                    

Emma baru menyewa di sebuah bilik di bandar setelah mendapat pekerjaan baharu. Bilik itu mempunyai sebuah tv, sebuah katil, ruang kecil untuk memasak dan sebuah meja.

Amat berpatutan dengan harganya.

Tetapi Emma mendapati terdapat 1 lubang kecil di tepi tv  yang straight dengan katilnya. Tak terlalu besar, tapi cukup untuk melihat bilik sebelah.

Namun Emma cuma nampak warna merah melalui lubang itu. Dia rasa sangat pelik.

Emma pun meneruskan kehidupannya di situ. Tetapi dia sentiasa rasa seperti dirinya diperhatikan. Dia rasa ada yang tak kena dengan lubang tu.

Dia rasa tak selamat di rumahnya sendiri.

Oleh itu Emma sentiasa melihat ke arah lubang itu untuk memastikan yang dia tidak diintai oleh jirannya atau dirakam melalui lubang itu.

Dan setiap kali Emma melihat melalui lubang itu, Emma hanya nampak warna merah.

Tidak kiralah bila dia tengok sama ada pagi ke tengah hari ke petang ke malam ke even tengah malam sekalipun sentiasa warna merah di situ.

Mungkin jirannya sudah menutup lubang itu dengan kain ataupun pita pelekat.

Tetapi keadaan itu tetap tidak meyakinkan Emma. Oleh itu Emma nekad untuk berbincang dengan pemilik bilik itu tentangnya.

"Emm, kat bilik saya ada satu lubang ni. Tak besar sangat tapi cukup untuk nampak ke bilik sebelah yang buat saya rasa agak tak selesa. Mungkin ada apa apa yang Encik boleh buat?" tanya Emma sopan kepada Encik Henry selaku pemilik asal bilik itu yang menyewakannya kepada Emma.

"Boleh nampak bilik sebelah? Besar jugak tu" kata Encik Henry yang seperti acuh tak acuh sahaja melayan.

"Iya. Tapi cuma nampak merah. Mungkin pemilik bilik tu dah tutup dengan kain atau apa apa" balas Emma.

"Merah?" tanya Encik Henry terkejut. Reaksinya mula berubah.

"Yep. Haritu saya ada la jugak cuba tengok melalui lubang tu. Tapi saya cuma nampak merah. Kenapa?" tanya Emma yang pelik dengan perubahan Encik Henry.

"S-sebab pemilik bilik tu matanya merah sebelah..." kata Encik Henry perlahan.


***

El tau banyak dah version untuk cerita ni yang korang baca. Tapi El rasa version ni lagi seram sebab kita tau jiran Emma tu masih hidup dan sentiasa perhatikan Emma tanpa henti sedangkan kebanyakan version yang lain semuanya pasal mata hantu atau yang dah mati je.

Apa apa pun, please enjoy the story!♡

The Last Story | MalayWhere stories live. Discover now