8) Google Maps

186 27 3
                                    

Mark merupakan seorang yang bekerjaya dan berjaya. Dia mempunyai teman wanita dan asetnya sendiri di usia yang muda.

Dia juga berimpian untuk melancong ke seluruh dunia. Yang mana sudah semestinya tidak mustahil baginya yang kaya itu.

Namun impiannya hancur begitu sahaja apabila dia terlibat dalam satu kemalangan ngeri yang telah mengorbankan teman wanitanya.

Kehidupannya berubah 360° selepas itu. Dia lumpuh dari pinggang ke bawah dan menyebabkannya terpaksa menggunakan kerusi roda. Malah, dia juga mengalami trauma yang teruk apabila dia tidak boleh melihat kenderaan yang memecut laju di jalan raya.

Keadaan ini amatlah mustahil apabila dia sendiri berasal dan menetap di Italy, iaitu negara yang sibuk dan penduduknya sentiasa ingin cepat.

Oleh itu, Mark terpaksa berkurung di dalam rumahnya.

Melihat keadaannya yang melarat itu, rakan Mark cuba menceriakannya kembali. Dia mencadangkan supaya Mark menggunakan Google Maps kerana Google Map mempunyai kemudahan seperti street view yang membolehkan Mark merasai suasana di tempat itu tanpa risau akan melihat kenderaan laju.

Mark berasa amat teruja. Dia segera mencari Google Maps di komputernya. Dia memulakan perjalanannya di London. Dia amat terpegun kerana semua di sekelilingnya kelihatan real dan indah sekali.

Mark juga mendapati wajah orang orang awam di situ di 'blur'kan. Mungkin bertujuan untuk menghormati privacy mereka.

Mark terus berjalan di sekitar London. Ketika itu figure seorang perempuan menangkap matanya. Perempuan itu kelihatan muda. Mungkin sekitar usianya.

Perempuan itu memakai sneakers merah, seluar jeans biru gelap, tshirt putih, beg galas kelabu dan mempunyai messy bun. Tetapi wajahnya tidak kelihatan kerana diblurkan.

Amat menarik bagi Mark.

Tiba tiba dia berasa sedih. Perempuan itu mempunyai vibes teman wanitanya. Kalau lah mereka tak terlibat dalam kemalangan itu, pasti sekarang dia masih boleh memegang tangan teman wanitanya dan melancong ke seluruh dunia.

Mark menutup komputer. Dia berlalu ke katil untuk tidur. Moodnya untuk 'melancong' hilang begitu sahaja apabila terkenangkan teman wanitanya.

Keesokan harinya, Mark cuba melupakan kesedihan itu dan ingin 'melancong' lagi. Dia bercadang untuk ke Jepun pula.

Sekali lagi, dia terpegun dengan keindahan negara Jepun yang kaya dengan budaya dan tradisi.

Tetapi dia sedikit terkejut apabila dia mendapati perempuan di London tadi kini berada di Jepun.

Sneakers merah, seluar jeans biru gelap, tshirt putih, beg galas kelabu, dan messy bun.

Sebijik!

Tapi yang berbeza kali ini adalah perempuan itu sedang membelai seekor kucing di tepi jalan. Wajahnya masih diblurkan

'orang lain kot' kata Mark cuba menyedapkan hati.

Mark bergerak pula ke New Zealand. Dia menghayati semua keindahan alam yang terdapat di New Zealand.

Tetapi matanya tertumpu pada kerusi di taman. Terdapat seseorang yang sedang duduk di situ sambil bermain telefon.

Sneakers merah, seluar jeans biru gelap, tshirt putih, beg galas kelabu, dan messy bun.

Perempuan tadi!

Mark amat terkejut. Saiz badannya dan ketinggiannya sama dengan perempuan di London tadi.

Adakah mereka orang yang sama? Adakah orang yang berlainan tetapi memakai pakaian yang sama? Tapi mana mungkin pakaian yang sebijik 100%?

Mark segera menghubungi rakannya untuk menceritakan hal itu. Keadaan ini amat aneh baginya. Dia juga merasakan ada sesuatu yang tidak kena dan hatinya tidak sedap.

"Relax la Mark. Mungkin tu orang yang berlainan. Pakaian dia pun pakaian yang memang kebanyakan orang ada. Lain la kalau dia pakai something yang lagi spesifik. Takpun tu google yang edit bagi ada kat merata tempat sebab nak wujudkan vibes 'real' tu. Tak ada apa yang nak dirisaukan" kata rakannya sebelum meletakkan telefon.

Mark kembali lega. Ada betulnya kata rakannya itu. Mungkin dia yang overthinking.

Keesokan harinya Mark 'melancong' lagi selepas penat bekerja dari rumah. Dia seakan sudah ketagih dengan Google Maps. Kalau boleh setiap hari nak 'melancong'.

Kali ini Mark ke China. Keunikan dekorasi di negara itu amat mempersonakan. Mark terpegun untuk kesekian kalinya.

Tetapi keseronokannya sekali lagi terganggu apabila dia melihat figure seorang perempuan di tepi tasik.

Kelihatan perempuan itu sedang membawa anjingnya bersiar siar dengan sneakers merah, seluar jeans biru gelap, tshirt putih, beg galas kelabu, dan messy bun.

Perempuan tu!

Mark tidak sedap hati. Dia tidak rasa yang semua ini adalah kebetulan ataupun edit. Dia mula mencari kepastian. Dia bergerak dari China ke Australia untuk memastikan sama ada perempuan itu ada atau tidak di sana.

Mark meneguk air liur yang dirasakan kesat apabila dia mendapati perempuan yang sama berada di salah satu cafe di Australia.

Sneakers merah, seluar jeans biru gelap, tshirt putih, beg galas kelabu, dan messy bun sedang membaca akhbar.

Mark tidak puas hati. Dia menuju ke Switzerland pula.

Sekali lagi, perempuan yang sama berada di situ! Kali ini sedang berselfie.

'Dia ikut aku ke?' pertanyaan hatinya itu membuatkan nafas Mark sedikit sesak.

Tiada cara lain untuk memastikannya selain dari pergi ke negaranya sendiri iaitu Italy. Mark tidak pernah mencari negaranya di Google Maps.

Tetapi sangkaannya seakan betul apabila perempuan itu ada di sebuah restoran sedang menikmati pizza.

Dia mula menaip alamat apartmentnya untuk memastikan sama ada betul atau tidak perempuan itu mengekorinya.

Kali ini dia rasa seperti jantungnya mahu tercabut apabila perempuan itu berada di parking lot dan memandang straight ke arah camera.

Mark yang panik terus menutup komputernya. Dia terus menuju ke biliknya untuk tidur. Tidak syak lagi perempuan itu mengekorinya.

Kedudukan rumahnya bukanlah suatu tempat pelancongan ataupun tumpuan umum yang Google perlu edit untuk nampakkan effect 'real'.

Mark segera menghubungi rakannya dan memintanya untuk datang ke rumah malam itu juga. Rakannya yang pelik hanya bersetuju dengan permintaan itu.

Mungkin kerana suara Mark yang seperti menahan tangisan.

Tidak beberapa lama kemudian, loceng rumahnya berbunyi. Tanpa menunggu lagi, Mark segera membuka pintu.

Tetapi jantungnya seakan terhenti apabila matanya melihat sneakers merah, seluar jeans biru gelap, tshirt putih, beg galas kelabu, dan... muka yang masih diblurkan berdiri betul betul dihadapannya.

***
sorry sebab banyak cerita yang tergantung. El lebih suka kalau cerita tu takde ending yang straight forward. So pembaca boleh gunakan imaginasi masing2 untuk bayangkan ending sebenar mengikut cita rasa masing masing.

The Last Story | MalayWhere stories live. Discover now