25) Bip Bip Bip

126 22 2
                                    

Hari itu, Jieun baru sahaja pulang rumah bersama dengan anaknya. Hujan juga turun dengan lebatnya. Ketika memasuki lif, Jieun mendapati ada seorang lelaki yang memakai raincoat kuning dan topi kuning turut memasuki lif yang sama.

Jieun cuba melihat wajah lelaki tersebut tetapi gagal kerana lelaki itu menundukkan wajahnya serendah yang mungkin dan menurunkan topinya. Jieun juga mendapati lelaki itu membawa surat khabar yang dilipat dan kelihatan seperti mempuntai barang di dalam lipatannya.

Melihat keadaan lelaki itu yang memakai pakaian yang cerah dan tidak kelihatan seperti 'typical criminals', Jieun tidak berasa begitu curiga.

Sehinggalah ketika Jieun menekan butang ke tingkat rumahnya.

Jieun mendapati lelaki raincoat itu tidak menekan butang untuk ke mana mana tingkat. Keadaan itu amat pelik bagi Jieun sehingga dia mula berasa curiga.

Jieun segera menjarakkan anaknya dari lelaki itu dan berdiri antara mereka berdua dengan niat untuk memberi isyarat kepada lelaki itu bahawa dia sedang alert dengan keadaan itu dan jangan cuba untuk berbuat apa apa.

Tetapi lelaki itu masih kekal di tempatnya.

Jieun yang takut itu mula mengeluarkan telefon dan berpura pura menelefon suaminya.

"Honey, kitorang dah nak sampai ni. Ada dalam lif. Nanti tolong bukakkan pintu ya? Kesian anak kita kena hujan. jangan lupa bukakkan pintu okay?" katanya di telefon berpura pura.

Sedangkan Jieun tahu suaminya di tempat kerja dan rumahnya kosong.

Sekali lagi, Jieun melakukan ini untuk memberi isyarat kepada lelaki raincoat itu yang ada seseorang yang menunggunya.

Tetapi lelaki itu tetap mendiamkan diri.

Ketika pintu lif dibuka, Jieun terus berjalan pantas ke rumahnya. Seperti kebanyakan rumah di Gangnam, rumah Jieun menggunakan nombor pin sebagai kunci rumah.

Dan bahagian nombor pin itu mempunyai penutup. Ketika membuka penutup itu, Jieun menoleh ke belakang untuk melihat sama ada lelaki itu masih mengikutinya atau tidak.

Ternyata lelaki itu berdiri tidak jauh daripada Jieun dan sedang memandang tepat ke arah Jieun yang cuba menekan nombor pin rumahnya.

Jieun sedikit cemas. Dia tahu dia akan mendedahkan nombor pin rumahnya kepada lelaki itu kerana jarak mereka tidak terlalu jauh. Dia juga sedar yang rahsia tentang rumahnya kosong itu akan diketahui oleh lelaki itu jika dia yang membuka pintu dan bukannya suaminya seperti yang dikatakan di telefon tadi kerana bunyi yang dihasilkan ketika nombor pin ditekan boleh didengari di sepanjang koridor.

Oleh itu Jieun mengambil keputusan untuk berpura pura lagi.

Jieun mengetuk pintu rumahnya berkali kali walaupun dia tahu rumahnya kosong. Dia berkelakuan seperti isteri yang marah sambil mengetuk pintu tanpa henti.

"Honey bukalah pintu ni. Kami dah balik. Tadi kan awak dah janji nak bukakan kami pintu. Honey! Honey!" panggil Jieun seorang diri.

Dan lelaki raincoat itu masih memandang ke arahnya.

Jieun pun berlakon yang dia seperti mendengar suara suaminya meminta untuk dia tunggu sebentar.

"Awak nak bukakan sekarang? Tunggu sekejap? Ok saya tunggu. Jangan lama lama!" kata Jieun seorang diri lagi.

Kali ini dia lihat lelaki raincoat itu mula menuju dan masuk ke dalam lif.

Jieun menanti sehingga pintu lif tertutup. Kemudian dia segera menekan nombor pin. Dan bunyi nombor pin ditekan itu didengari di sepanjang koridor.

"Bip.. bipp.. bipp.."

Tiba tiba Jieun nampak pintu lif terbuka.

Lelaki raincoat itu berlari ke arahnya dengan pisau di tangan dengan kelajuan maksimum.

Jieun cemas. Sebaik sahaja pintu rumahnya dibuka, dia terus menolak anaknya masuk ke dalam rumah terlebih dahulu sebelum cepat cepat masuk dan menutup pintu.

Jieun nampak pisau lelaki itu begitu dekat dengannya sebelum dia menutup pintu. Dia tidak tahu apa yang akan terjadi sekiranya dia terlambat meskipun cuma sesaat.

***

Cerita ni based on true story pasal serial killer yang memburu mangsa di area Gangnam, Seoul. Target dia memang orang orang yang kaya dan dia akan memburu masa hujan dengan raincoat kuning dan topi kuning.

Masa soal siasat, dia cakap total kesemua mangsa dia dalam 26 orang macam tu. Tapi polis jumpa kira kira 19 orang sahaja. So polis tak boleh nak sabitkan kesalahan dekat dia untuk lagi 7 orang.

Yang menariknya, masa polis tanya apa motif dia bunuh semua orang orang kaya ni, polis agak yang dia mungkin kena scam ke apa dengan orang kaya sebelum ni.

Tapi tak.

Dia cakap dia bunuh semua orang kaya tu sebab diorang ada rumah yang lagi besar dari dia🤡.

And fyi, dia tak kaya pun. Tak pernah kaya langsung. Tapi dia still sakit hati dekat orang kaya yang mampu ada rumah lagi besar dari dia.

p/s : cerita ni mungkin ada kekurangan details dari cerita asal so El tak cakap ni adalah 100% sama dengan original version dari mangsa. tapi anggap je la cerita ni diinspirasikan dari kes tu oceyy? hshshshhs

btw please enjoy and vote!♡

The Last Story | MalayWhere stories live. Discover now