21) Zanbai

132 26 4
                                    

Kiriyama merupakan seorang pemuda yang aktif. Dia sering mendaki gunung pada masa lapang. Kemahirannya mendaki gunung membolehkannya untuk mendaki gunung sendirian tanpa perlu ditemani oleh orang lain.

Oleh itu Kiriyama sering mendaki gunung pada masa lapang. Kebanyakan masa dia akan mendaki seorang diri kerana rakan rakannya sibuk. Tetapi itu tidak menghalang Kiriyama dari menikmati keindahan alam ketika mendaki.

Suatu hari, Kiriyama terkejut apabila mendapati yang dirinya berada di dalam ward di hospital. Dia memerhati keadaan sekeliling. Tidak ramai pesakit. Tetapi kelihatan sekumpulan lelaki berada di hujung ward sedang berbincang dengan serious.

Kiriyama cuba memanggil mereka untuk bertanyakan tentang mengapa dia berada di situ. Tetapi tiada seorang pun dari mereka yang menoleh.

'Mungkin mereka terlalu sibuk' kata hati Kiriyama cuba berfikiran positif.

Tidak lama kemudian seorang lelaki yang lengkap berpakaian seperti seorang doktor datang kepada Kiriyama. Dia memberitahu bahawa dia adalah doktor yang ditugaskan untuk merawatnya.

Dia juga memaklumkan bahawa Kiriyama sebenarnya dijumpai tidak sedarkan diri di gunung oleh penduduk yang kebetulan melalui kawasan itu. Dia mendapati bahawa kaki Kiriyama patah mungkin kesan daripada terjatuh di gunung.

Tetapi tidak terlalu serius kerana Kiriyama dibenarkan untuk pulang keesokan harinya.

Ketika doktor itu sedang sibuk menerangkan tentang keadaanya, Kiriyama leka memandang ke arah sekumpulan lelaki itu. Tiba tiba mereka semua serentak menoleh dan memandang tepat ke arah Kiriyama.

Kiriyama tersentak.

Dia mendapati ada yang tidak kena dengan mata kesemua lelaki itu. Seolah olah terlalu hitam dan dalam. Tidak seperti orang lain yang dia pernah lihat.

Malam itu, Kiriyama tidak boleh tidur kerana kesakitan di kakinya. Suasana yang senyap sunyi ketika itu membolehkan Kiriyama untuk mendengar suara beberapa orang lelaki seperti sedang berbisik.

"Dia tidak boleh keluar dari sini"

"Jangan biarkan dia terlepas"

Kiriyama bangun dari baring dan cuba mengintai melalui langsir yang ditutupi sekeliling katilnya. Dia cuba untuk mendengar dengan lebih teliti apa yang dibincangkan oleh mereka yang tak habis habis dari siang tadi.

Tetapi mereka seakan sudah habis berbincang.

Kiriyama menghembuskan nafas kecewa. Dia tidak lagi mengintai dari langsir itu.

Tiba tiba dia melihat bayang bayang lelaki berdiri di sebalik langsir. Sangat ramai sehingga keadaan katilnya menjadi sedikit gelap.

Kiriyama cemas dan terus memaksa dirinya untuk tidur.

Keesokan harinya, Kiriyama keluar dari hospital setelah mendapat kebenaran dari doktor. Kiriyama menunggu teksi di tepi pagar hospital. Ketika itu, dia mendapati sekumpulan lelaki aneh itu sedang berada di rooftop hospital seperti sedang melambai ke bawah.

"Banzai ke tu? Diorang tengah menyambut aku keluar dari hospital ke? Mungkin diorang malu tapi mempunyai hati yang baik" kata Kiriyama setelah melihat mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Banzai ke tu? Diorang tengah menyambut aku keluar dari hospital ke? Mungkin diorang malu tapi mempunyai hati yang baik" kata Kiriyama setelah melihat mereka.

Di dalam teksi, dia disapa baik oleh pemandu teksi tersebut.

"Awak discharge harini ke?" tanya pemandu itu ramah.

"Iya. Malah saya disambut baik ketika keluar dari hospital. Orang orang yang berada dalam ward saya siap melakukan  ucapan banzai untuk saya" jawab Kiriyama sopan.

"Oo banzai eh?" tanya pemandu itu lagi.

"Iya. Agak melebih lebih kan? Tapi diorang sebenarnya macam melambai ke bawah. Pelik sikit la. Tu mereka di rooftop hospital" kata Kiriyama.

Pemandu teksi itu pun melihat ke cermin sisinya untuk melihat sekumpulan lelaki yang dikatakan Kiriyama di rooftop hospital itu.

Dia terus terkejut apabila melihat keadaan itu.

"Zanbai" kata pemandu itu. Kelihatan peluh mula membasahi dahinya.

"Zanbai?" soal Kiriyama pelik.

"Turun sekarang" arah pemandu itu dalam suara yang keras. Tiada lagi keramahan dalam nadanya.

"Tolong turun sekarang!" arah pemandu itu dengan lebih keras.

"Awak takkan keluar dari kampung ini hidup-" kata pemandu itu terhenti apabila sebuah lori menghampiri teksi mereka dengan lampu yang tinggi dan hon yang kuat.

Di rooftop hospital, kelihatan sekumpulan lelaki itu masih melambai ke bawah dengan menyebut zanbai.

***

Banzai ni macam ucapan selamat masyarakat Jepun sebenarnya. Mereka selalu mengucapkan Banzai dengan tujuan untuk mendoakan kesejahteraan dan semoga seseorang itu panjang umur. Selalunya bermaksud macam "long live the king!" dan "10000 tahun!". Dan ucapannya dilakukan dengan lambaian ke atas.

Manakala Zanbai pula adalah ucapan lawan kepada Banzai. Zanbai ini adalah ucapan seperti meminta bala dan kematian untuk seseorang dengan serious. Ucapannya dilakukan dengan lambaian ke bawah iaitu berlawanan dengan apa yang dilakukan ketika ucapan Banzai.

Ni adalah antara urban legend Jepun yang terkenal. Korang boleh search sendiri untuk maklumat yang lebih lanjut.

Apa apa pun, please enjoy the story and vote!♡

The Last Story | MalayWhere stories live. Discover now