7) She's Poisoning Me

192 29 3
                                    

John merupakan seorang yang sempurna di mata Amy. Bekerjaya, bijak, menawan, mata yang cantik, semua ciri ciri lelaki idaman Amy ada pada John.

Akibat cintanya yang membuak buak, Amy bersetuju untuk tinggal bersama dengan John walaupun mereka baru berkenalan 3 bulan.

Ramai rakan rakan yang terkejut dengan tindakan Amy tetapi masih menyokongnya kerana mereka nampak Amy sangat bahagia di samping John.

Tindakan Amy yang bersetuju untuk berkahwin dengan John tidak beberapa lama kemudian juga mengejutkan rakan rakannya. Tetapi mereka tiada hak untuk menghalang Amy bahagia. Jadi mereka tetap menyokong Amy jika itu kehendaknya.

Akan tetapi, Amy tidak pernah berjumpa dengan keluarga John meskipun mereka sudah berkahwin. Majlis perkahwinan mereka tempoh hari pun cuma dihadiri oleh keluarga Amy dan rakan rakan mereka.

John akan memberi alasan yang dia tidak begitu rapat dengan ahli keluarganya. Tetapi Amy tetap berkeras untuk berjumpa dengan keluarga mertuanya.

Sekitar 6 bulan perkahwinan, John bersetuju untuk membawa Amy berjumpa keluarganya. Amy amat gembira dan gementar dalam masa yang sama. Tetapi John menenangkannya dengan ayat ayat manis.

Setibanya di rumah keluarga John, Amy disambut dengan baik sekali. Dia menerima pelukan dan ciuman daripada nenek John dan adik beradik perempuan John yang lain.

Tetapi ketika dia menghulurkan tangan untuk bersalam dengan ibu mertuanya, wanita itu membawa diri ke dapur. Seakan akan tidak menyukai Amy. Amy sedikit sedih. Tetapi dia nekad untuk memenangi hati ibu mertuanya sepanjang tempoh mereka di sini.

Sungguhpun begitu, ibu mertua Amy seperti melarikan diri daripadanya. Dia juga memberikan pandangan seakan tidak senang dengan kehadiran Amy di situ.

Suatu pagi, John mengajak Amy untuk hiking di bukit yang terdapat berdekatan dengannya. Amy amat gembira. Tetapi ibu John memaksa mereka untuk makan di rumah sebelum keluar. Mereka bersetuju.

Beberapa minit kemudian, Amy merasakan perutnya memulas dan sakit yang teramat sangat. Kesannya, mereka tidak dapat hiking pada hari itu.

Beberapa hari kemudian selepas Amy sihat, John mengajak Amy untuk memancing di sungai yang berhampiran. Amy amat teruja dengan cadangan itu. Kali ini, ibu John tetap berkeras memaksa mereka untuk makan sebelum keluar.

Hari itu, Amy sakit perut lagi. Amy mula rasa tidak sedap hati terhadap ibu mertuanya tetapi dia tidak mahu bersangka buruk.

Beberapa hari berlalu dan Amy sudah sihat, John mengajak Amy untuk ke festival yang diadakan berhampiran. Amy teruja. Sekali lagi, ibu mertua Amy memaksa mereka untuk makan sebelum keluar.

Amy yang tidak sedap hati tetap makan masakan ibu mertuanya untuk menjaga hati. Dia tidak mahu bermasam muka pula sedangkan tujuannya untuk berbaik dengan wanita itu.

Seperti yang dijangka, Amy sakit perut dan mereka tidak dapat keluar. Amy tidak lagi tahan dengan sikap ibu mertuanya. Dia mula mengadu kepada John yang dia mengesyaki ibu John meracuninya.

Tetapi John tidak percaya dan mula bersikap defensive terhadap ibunya yang menyebabkan Amy semakin marah.

Beberapa hari berlalu, dan Amy sudah sihat. Kali ini, John mengajak Amy berjogging di kawasan sekitar sambil melihat keindahan alam. Amy sekali lagi teruja. Tetapi ibu John tetap memaksa mereka untuk makan terlebih dahulu sebelum keluar.

Amy tidak mahu sakit lagi. Dia sudah penat bersangka baik. Dia menukar makanannya dengan John ketika John tidak menyedari. Hasilnya, John pula yang sakit perut.

Amy memarahi John kerana tidak percayakannya dan melebihi ibunya sedangkan ibunya memang terang terang meletakkan racun ke dalam makanan. John menjadi berang dan mula memukul Amy.

Amy tidak percaya John yang baik selama ini mampu memukulnya. Dia yang kecewa segera mengemas barang dan keluar dari rumah itu. Dia langsung tidak pulang ke rumahnya atau ke rumah rakan rakannya.

Suatu hari, Amy mendapat panggilan bahawa suaminya mati dibunuh. Berkecai hati Amy mendengar berita ini. Sungguhpun dia marah dengan John, dia tidak mahu hubungan mereka berakhir seperti ini.

Dia tahu ini adalah angkara ibu mertuanya. Sebegitu sekali dia tidak menyukai Amy sehingga sanggup membunuh anaknya sendiri? Amy tidak mampu menahan amarah.

Setibanya di hospital untuk pengecaman wajah, Amy terus memaklumkan kepada pegawai polis yang bertugas bahawa dia mengesyaki ibu John adalah pembunuh John.

"Saya rasa, ada baiknya Puan berjumpa sendiri dengan ibu Encik John terlebih dahulu" kata pegawai polis itu sambil menunjuk ke arah seorang wanita tua yang sedang menangis di kerusi.

Amy mendekati ibu John. Tersentuh hati tisunya apabila melihat wanita tua itu menangis. Walaupun dia sudah meracuni Amy, tetapi kehilangan anak bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima oleh mana mana wanita.

Apatah lagi anak sebaik John.

Amy menyentuh bahu ibu John lembut membuatkan wanita itu menoleh ke arahnya.

"Oh Amy syukurlah awak selamat!" kata ibu John seraya menarik Amy ke dalam dakapannya penuh erat.

Amy tersentuh tetapi masih keliru.

"Saya betul betul ingat John dah apa apakan awak macam sebelum ni bila saya tengok awak tak ada di rumah" katanya sambil melepaskan pelukan lembut.

"hah?" soal Amy yang masih keliru.

Sebelum ni? Ibu John tahu ke John telah memukulnya malam itu?

"Ada sebab kenapa saya buat awak sakit perut. Sebelum ini John juga telah membawa pulang 2 orang perempuan sebagai isteri. Tetapi kedua duanya hilang apabila keluar bersama John.

Saya mula mengesyaki ada yang tidak kena dengan John. Oleh sebab itulah saya sedaya upaya cuba menghalang awak daripada keluar dengannya.

Tetapi malam itu John mengamuk apabila mendapat tahu saya telah menggagalkan rancangannya. Dia cuba menikam saya dengan pisau dapur. Tetapi saya sempat mengambil pistol dan mempertahankan diri" katanya yang kemudiannya terus menangis.

Amy hanya mampu terdiam memikirkan nasib yang mungkin akan menimpanya sekiranya ibu mertuanya tidak meracuninya.

***

sebarang persamaan dalam semua cerita adalah tidak disengajakan. kebanyakan cerita dalam ni adalah urban legend dari seluruh dunia dan semestinya ada banyak version dan persamaan.

btw, please enjoy the story!

The Last Story | MalayWhere stories live. Discover now