28) Sleeping Experiment

131 16 0
                                    

Kisah ni bermula dengan sekumpulan pengkaji dari Russia pada awal tahun 1940. Diorang nak test sejenis gas yang kononnya dipercayai boleh digunakan untuk menghalang mengantuk.

Untuk menguji keberkesanan gas tu, researchers ni pun buat keputusan untuk test gas ni dekat banduan seramai 5 orang. Yang pada waktu tu dipercayai sebagai political prisoners (maybe ada sebab sebab tertentu kenapa pilih political prisoners dari prisoners biasa sebab kes ni pun jadi lepas perang dunia kedua)

So researchers ni kurung subjects dalam satu ruang yang agak besar dan bilik tersebut mempunyai beberapa fungsi yang boleh digunakan  oleh sekumpulan researchers tu untuk perhatikan behaviour dorang.

Researcher beritahu kepada semua tahanan itu, ada satu jenis gas yang akan disalurkan ke dalam ruang tersebut. Pada awalnya, subjects macam biasa cuma berbual sesama mereka.

Pada hari ke 9, salah seorang daripada mereka mula menjerit secara tiba-tiba selama tiga jam tanpa henti. Bila keadaan tiba-tiba senyap, lelaki tersebut masih berada dalam keadaan yang menjerit.

Researcher check microphone masih lagi berfungsi. Rupa-rupanya kotak suara atau vocal cord subject dah pecah. Tahanan itu jerit sampai bisu dan tetap menjerit lepastu. Seorang lagi mula menjerit tanpa henti, diikuti seorang lagi berbisik sambil memegang kertas.

Tiga hari kemudian, all the subjects mula berdiam diri

Pada hari ke 15, researcher amik keputusan untuk membuka pintu dan memasuki bilik tersebut. Mereka mendapati, hanya 4 orang sahaja yang masih lagi hidup, dan tahanan mula menjerit. Keadaan fizikal sangat teruk akibat daripada mereka mengoyakkan kulit diri sendiri dan makannya.

Researcher ni decided untuk keluarkan dorang dari bilik tersebut. Akan tetapi, diorang semua tak nak. Diorang mintak gas tu disalurkan semula ke dalam ruang itu. Tiga tahanan dikeluarkan daripada bilik tu dan seorang lagi mati akibat pergelutan untuk tak nak keluar daripada ruang tersebut.

Operation dijalankan kepada salah seorang daripada tahanan itu dan beliau menjerit “keep cutting!”. Ketiga-tiga masih berkeras meminta gas tersebut. Selepas experiment tersebut gagal, ketiga-tiga tahanan dikembalikan ke dalam ruang tersebut dan gas tadi disalurkan ke dalam ruang tu.

Mengejutkan, ketiga-tiga tahanan mula bertenang dan salah seorang daripada mereka, baring ke atas katil dan pejamkan mata buat kali terakhir. Researchers masuk ke dalam bilik tersebut. Kedua-dua tahanan yang masih tinggal mula memarahi researchers tersebut.

Akhirnya Researcher terpaksa menembak kedua dua subjects terakhir sebab keadaan mereka yang sangat teruk dan jauh sekali dari sifat kemanusiaan.


***

Cerita ni pernah jadi cerita yang mendapat perhatian ramai terutamanya masa 2010 macam tu. Tapi ada yang tak percaya sebab diorang rasa semua ni cuma hoax sahaja.

Korang boleh search pasal ni untuk maklumat lebih lanjut. Ada jugak gambar kot kot berminat😬.

Apa apa pun, please enjoy and vote!!♡

The Last Story | MalayWhere stories live. Discover now