6) Trust Your Instinct

222 30 4
                                    

"Awak patut kurangkan amik syif malam. Terlalu bahaya untuk perempuan macam awak balik lewat" kata Mr Martin kepada Alexa.

"Tak ada apa lah. Lagipun saya mana boleh amik syif siang. Saya kan kena pergi kelas" balas Alexa.

Dia sedar tentang bahaya yang sentiasa menanti tambah tambah pada waktu malam. Tapi dia sendiri tiada pilihan. Dia memerlukan wang untuk menanggung kehidupannya yang jauh dari keluarga.

"Saya bukan nak menyibuk hal awak, tapi saya risau dengan keselamatan pekerja saya" jelas Mr Martin lagi dengan nada penuh kerisauan.

"Tak ada apa lah Mr Martin. Saya balik dulu ya" balas Alexa seraya menuju ke keretanya.

Dia tidak mahu kerisauan Mr Martin menimbulkan ketakutan dalam dirinya. Dia perlu memberanikan diri untuk hidup sendiri. Oleh kerana malas mahu memikirkan lebih hal itu, Alexa menghidupkan enjin dan Alexa pun meluncur laju di jalan.

Sungguhpun begitu, dia masih memikirkan perkara perkara bahaya yang mungkin terjadi kepadanya. Dia cuba membuang jauh imaginasinya.

"Chill Alexa, tak ada apa yang nak ditakutkan. Mr Martin cuma risau. Kau balik, makan, tidur. Semuanya akan jadi macam biasa balik" kata Alexa cuba menenangkan diri.

Alexa singgah di sebuah mini mart 24jam untuk membeli makanan. Dia hanya mampu makan, balik, mandi dan tidur. Dapatkan rehat secukupnya. Itu sahaja dalam fikirannya sekarang.

Sebaik sahaja memasuki mini mart tersebut, dia mendapati ada dua pekerja lelaki di situ. Kedua duanya lebih kurang sebaya dengannya.

"Kerja part time jugak kot" kata Alexa dalam hati.

Alexa pun terus menuju ke rak makanan.

Tiba tiba seorang lelaki berpakaian koyak, selekeh dan berbau memasuki mini mart itu. Wajahnya tidak kelihatan normal. Matanya meliar ke seluruh kedai.

Dia menuju ke rak makanan.

"psst...psst" panggil lelaki aneh itu pada Alexa.

Alexa yang sedang sibuk memilih makanan hanya pandang lelaki itu sepintas lalu dan meneruskan urusannya memilih makanan.

Di fikirannya dia hanya mahu balik.

"psstt.. psstt" panggil lelaki itu lagi dengan nada yang agak keras.

Alexa tetap tidak mengendahkan lelaki itu. Dia terus ke kaunter pembayaran tanpa menoleh sedikit pun ke arah lelaki aneh itu.

"BERLAGAK !" tengking lelaki aneh itu lalu keluar dengan sangat marah.

Kelakuannya amat mengejutkan Alexa dan dua orang pekerja itu.

Selesai membuat pembayaran, Alexa menuju ke keretanya. Namun ada sesuatu perasaan yang seperti menghalangnya untuk terus ke kereta.

Memandangkan hari yang sudah lewat dan dirinya yang perempuan, Alexa masuk kembali ke dalam mini mart itu dan terus menuju ke arah pekerja pekerja itu tadi.

"hi, emm. boleh tak kalau salah seorang dari awak temankan saya ke kereta sebab kereta saya macam agak jauh dari sini" pinta Alexa pada kedua dua mereka.

"oh boleh tak ada masalah" kata salah seorang dari pekerja itu.

Maka mereka berdua keluar dari mini mart itu menuju ke kereta Alexa.

"saya mintak maaf sebab terpaksa susahkan awak kena temankan saya ke sini. mungkin saya yang te-" kata kata Alexa terhenti apabila pekerja itu terus menarik tangannya kembali ke mini mart.

Mereka masuk ke dalam mini mart kembali. Pekerja itu terus mengunci pintu mini mart itu dan menyuruh rakan sekerjanya untuk menelefon polis segera.

"Kenapa ni? Ada apa? Apa yang awak nampak?" soal Alexa yang turut cemas melihat keadaan itu.

"Ok, saya bukan nak menakutkan awak atau apa apa. Tapi masa kita menuju ke kereta awak, saya nampak lelaki tadi tengah tunggu bawah kereta sambil meniarap dan tersengih bersama pisau di tangan" terang pekerja itu yang turut ketakutan.

The Last Story | MalayWhere stories live. Discover now