24) Kisaragi Station

126 20 3
                                    

Kisaragi Station

Ren merupakan seorang pemuda yang rajin bekerja. Dia melakukan 2 kerja demi mendapatkan kehidupan yang sempurna di negara matahari terbit itu.

Suatu malam ketika Ren pulang daripada kerja, Ren menaiki train yang biasa digunakan untuk pulang ke rumah.

Anehnya, semua penumpang di gerabak itu sedang tidur sedangkan malam masih muda.

Ren melihat jam di tangan yang menunjukkan pukul 11 malam.

'Penat sangat kot' kata Ren dalam hati.

Ren menyandarkan badan ke kerusi train. Dia tidak terlalu malas untuk mengeluarkan telefon dan menggunakannya kerana station yang berdekatan dengan rumahnya cuma selepas itu.

Beberapa ketika berlalu, Ren merasakan yang dia sudah berada terlalu lama di dalam train sedangkan jarak antara station tempat kerja dan rumahnya cuma mengambil masa 7 minit.

Malah train juga tidak berhenti di mana mana station sepanjang itu. Ren mula pelik. Dia melihat semua penumpang yang sekitar 5 orang itu masih lagi tidur.

Ren cuba menenangkan diri dengan menanti beberapa minit lagi. Dia juga menunggu sehingga lebih dari 30 minit untuk train berhenti tetapi tidak juga berhenti.

Dia juga yakin yang dia tidak tertidur sehingga terlepas station yang dinanti. Walaupun begitu, keadaan masih mencurigakan.

Jika benar sekalipun dia tertinggal station, takkan train ni langsung tak berhenti di mana mana station lain sepanjang tempoh 30 minit ni?

Adakah dia sudah tersalah train?

Ren terus mengeluarkan telefonnya dan membuka chatroom yang membolehkannya untuk berkomunikasi dengan pengguna aplikasi itu dari seluruh Jepun.

Ren mula menceritakan tentang situasinya di dalam chatroom itu. Dia berasa lega kerana ramai yang sudi membantunya.

Mereka menyuruh Ren untuk melihat ke luar tingkap kalau kalau ada ternampak nama station yang dilepasi.

Malangnya tiada.

Ketika itulah Ren baru sedar yang train yang dinaikinya berada di dalam terowong dan sudah agak lama dia di situ sedangkan untuk sampai ke rumahnya tidak perlu melalui mana mana terowong.

Kemudian mereka menyuruh Ren untuk melihat ke luar tingkap kalau kalau ada nama station yang ditulis di dinding terowong.

Malangnya tiada.

Ren mula tidak sedap hati. Mereka menyuruh Ren untuk memeriksa keadaan pemandu train di gerabak paling hadapan. Takut takut ada sesuatu yang terjadi kepada pemandu sehingga tidak ada sesiapa yang mengawal train menyebabkan train tidak berhenti.

Ren cuba membuka pintu gerabak pemandu train tetapi gagal. Cubaannya untuk melihat melalui cermin gerabak itu juga gagal kerana ditutupi langsir.

Ren pun menceritakan keadaan itu ke dalam chatroom tersebut.

Ada yang berpendapat lebih baik Ren mengejutkan penumpang lain yang sedang tidur itu. Sekurang kurangnya Ren tidak keseorangan tetapi Ren tidak mahu mengambil risiko.

Dia berasa cukup tidak sedap hati ketika lalu berdekatan dengan penumpang penumpang itu.

Tiba tiba Ren melihat train sudah keluar dari terowong yang mengambil masa sekitar 45 minit itu.

Tidak pernah sekalipun Ren melalui terowong selama itu.

Begitu juga kata warga chatroom yang turut aneh dengan kewujudan terowong itu. Mereka seterusnya menyuruh Ren untuk sentiasa melihat ke arah luar tingkap kalau kalau ada nama station yang ditulis.

The Last Story | MalayWhere stories live. Discover now