3) The Waiting Laura

322 24 1
                                    

Laura adalah seorang perempuan yang tinggal di kawasan perumahan kos rendah. Laluan untuk sampai ke rumahnya bukanlah laluan yang lengkap dengan lampu di sepanjang jalan.

Tapi disebabkan sudah terbiasa dengan keadaan itu, Laura tidak takut untuk lalu di laluan itu mahupun pada waktu malam.

Pada suatu hari, Laura melalui laluan itu seperti biasa untuk sampai ke rumahnya setelah pulang dari bekerja.

Anehnya, Laura merasakan seperti ada yang mengekorinya. Dia merasai satu perasaan yang dia tak pernah rasai ketika melalui laluan itu.

Ketakutan.

Laura pun mempercepatkan langkahnya untuk mengetahui sama ada betul atau tidak ada yang mengekorinya. Laura terkejut apabila dia mendengar bunyi tapak kaki yang turut sama mempercepatkan langkah.

Laura terus toleh ke belakang untuk mengetahui siapa yang mengekorinya. Dan pada ketika itulah mata Laura menangkap satu susuk lelaki yang berada betul betul di belakangnya.

Lebih mengejutkan Laura adalah lelaki tersebut tidak bersembunyi apabila Laura toleh untuk melihatnya. Dia dengan yakinnya membalas pandangan Laura.

Laura cuba untuk tidak menunjukkan yang dirinya takut. Dia tidak mahu lelaki itu bertindak lebih drastik. Dia cuba berjalan seperti biasa.

Tanpa Laura sedari, langkahnya menjadi semakin laju dan kini dia separa berlari. Dia menoleh ke belakang untuk memastikan lelaki itu tidak lagi mengikutinya.

Tetapi lelaki itu masih berada di belakangnya.

Laura mengambil keputusan untuk tidak terus pulang ke rumah. Dia tak mahu lelaki yang menakutkan itu tahu kedudukan rumahnya pula.

Jadi Laura mengambil keputusan untuk melarikan diri ke tempat lain. Tiada tujuan. Tapi sekurang kurangnya dia boleh meminta bantuan orang awam.

Ketika Laura melarikan diri, lelaki itu juga melarikan diri. Dengan kelajuan yang luar biasa. Laura langsung tidak menjumpai sesiapa untuk meminta pertolongan. Dan ketika itu Laura menghampiri taman.

Dia masuk ke kawasan taman dengan harapan untuk menemui sesiapa meskipun dia tau peluangnya tipis.

Namun dia hampa. Tiada seorang manusia pun di taman itu. Lelaki yang mengejarnya pula sudah semakin dekat.

Laura terus meluru masuk ke dalam tandas awam di taman itu. Dia sendiri tidak mahu mengambil risiko untuk meneruskan larian kerana dia sudah penat dan mungkin memang tiada sesiapa pun yang masih berkeliaran pada waktu ini.

Laura yakin dengan kegelapan dalam tandas ini, lelaki tersebut takkan dapat menemuinya. Laura terus bersembunyi di dalam salah satu tandas dan mengunci pintu.

Dia mendengar tapak kaki masuk ke dalam tandas. Dia hanya mampu berharap yang lelaki itu akan keluar dan berputus asa.

Tidak lama kemudian, dia mendengar seperti bunyi tapak kaki keluar dari tandas itu. Laura menarik nafas lega. Tetapi dia tidak yakin untuk keluar pada masa yang sama.

"ok, sekarang kita tunggu kot kot dia masih ada kat luar" kata Laura pada dirinya sendiri.

Setengah jam berlalu dan Laura masih tidak ada keyakinan untuk keluar. Dia masih ketakutan. Dia mengambil keputusan untuk menunggu mungkin 1 atau 2 jam sebelum keluar dan pulang ke rumahnya.

Jam menunjukkan 5 pagi. Tanpa Laura sedari, dia sebenarnya sudah menunggu sepanjang malam kerana ketakutan. Biarpun dia masih ketakutan, dia cuba memberanikan diri untuk keluar.

"Aku dah tunggu sepanjang malam. Takkan dia nak tunggu selama ni jugak" pujuk Laura.

Dia pun bangun dengan keberanian yang cukup cukup untuk hidup, dan membuka pintu tandasnya.

Dan pada ketika itulah dia mendengar suara orang seperti berbisik sesuatu. Tidak jelas. Tetapi cukup untuk membuatkan Laura mengalihkan pandangannya ke arah suara itu.

Lebih tepat lagi ke bahagian atas dinding tandas yang memisahkan antara tandas Laura dan tandas sebelah.

Lelaki itu memandang Laura dengan satu pandangan yang amat menakutkan dengan mulutnya yang makin lama makin terbuka luas sehingga menitik air liurnya.

Tanpa Laura sedari, sebenarnya lelaki itu berada di situ memerhatikannya sepanjang malam. Dan tiada siapa menyangka bahawa itu adalah perkara terakhir yang Laura lihat.

The Last Story | MalayTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang