26) Polaroid

123 22 2
                                    

Jessica merupakan seorang kanak kanak comel yang berusia 8 tahun.

Suatu hari, guru kelasnya bercadang untuk mengadakan aktiviti menulis surat kepada rakan pena.

Semua murid gembira dan teruja terutama sekali Jessica. Dia tidak sabar mahu berkenalan dengan rakan baharu.

Oleh itu guru Jessica telah mengedarkan semua pelajar sehelai kertas, sampul surat serta wang bernilai 1 dollar untuk disertakan sekali dalam sampul itu supaya sahabat pena mereka dapat membeli setem dan membalas surat mereka.

Guru Jessica juga berpesan supaya tidak mendedahkan alamat rumah sendiri sebaliknya guna alamat sekolah untuk urusan pos.

Jessica secara rahsia telah menulis "JANGAN LUPA BALAS SURAT SAYA" besar besar pada wang itu dan melekatkan sampul surat itu.

Setelah seminggu berlalu, semua murid telah menerima surat balasan dari sahabat pena masing masing kecuali Jessica.

Jessica berasa amat sedih kerana cuma dia seorang yang tidak mendapat balasan. Guru Jessica cuba untuk menceriakan Jessica dengan mengatakan yang mungkin suratnya sampai lambat.

Beberapa hari kemudia surat balasan Jessica tiba. Tetapi ianya bukanlah seperti yang Jessica harapkan. Jessica tidak menerima sebarang surat tetapi dia menerima sebuah gambar polaroid.

Gambar polaroid itu dilihat tidak bermakna buat Jessica kerana semuanya kabur. Seolah olah gambar itu ditangkap menggunakan kalkulator dan bukannya camera.

Hari berganti hari, aktiviti sahabat pena mereka tetap diteruskan sehingga hujung tahun. Semua murid mendapat pelbagai jenis surat malah ada yang lebih bertuah kerana mendapat photocard.

Manakala Jessica hanya mampu melepaskan keluhan kerana apa yang dia terima hanyalah gambar polaroid yang sia sia.

Pada hari terakhir persekolahan bagi tahun itu, murid murid diminta untuk membawa semua surat balasan dari sahabat mereka. Termasuklah Jessica yang membawa gambar polaroidnya didalam kotak kasut.

Jumlah penerima surat terbanyak hanyalah 7 atau 10. Manakala Jessica menerima lebih 90 gambar polaroid sia sianya.

Dia sendiri tidak tahu perlu berbangga atau tidak.

Pulang dari sekolah, Jessica meletakkan kotak kasut itu di tepi katil. Dia masih bersedih kerana gagal dalam projek sahabat pena itu.

Tiba tiba ibu Jessica memanggil Jessica dengan mengatakan bahawa Sophie mengajaknya untuk bermain salji. Jessica terus berlari keluar kerana teruja sehingga tersepak kotak kasut itu menyebabkan gambar gambar itu berterabur.

Tetapi Jessica membiarkannya begitu sahaja kerana tidak sabar mahu bermain salji bersama Sophie. Dia merancang untuk mengemasnya selepas pulang.

Pulang daripada bermain salji, Jessica mula memasukkan kembali gambar gambar polaroid itu ke dalam kotak. Dia bercadang untuk membuangnya nanti.

Tetapi pergerakannya terhenti apabila dia melihat gambar gambar itu seperti berkaitan antara satu sama lain. Dia cuba menyambungkan kesemua gambar gambar itu dan dia terkejut apabila mendapati yang gambar itu merupakan gambarnya yang kabur.

Ada cantuman yang menunjukkan Jessica berjalan bersama ibunya. Ada yang menunjukkan Jessica di pintu pagar sekolah bersama bapanya. Ada juga yang menunjukkan Jessica di taman bersama Sophie.

Jessica amat terkejut tetapi dia terlupa untuk memberitahu ibunya malam itu.

Beberapa hari berlalu, Jessica masih tidak berkesempatan untuk memberitahu kedua ibu bapanya kerana dia sibuk dengan perniagaan lemonade secara kecil kecilan bersama Sophie di depan rumahnya.

Setelah menutup kedai, Sophie dan Jessica menuju ke bilik Jessica untuk mengagihkan untung. Tetapi Jessica terkejut apabila dia melihat sekeping wang bernilai 1 dollar yang bertulis "JANGAN LUPA BALAS SURAT SAYA".

Sophie terus teringat tentang gambar gambar polaroid yang diterimanya. Setelah Sophie pulang dijemput oleh kakaknya, Jessica segera membawa kotak kasut berisi gambar itu untuk ditunjukkan kepada ibunya.

Ketika itu ibu Jessica sedang bercakap di telefon di ruang tamu. Jessica segera mencantumkan gambar gambar polaroid itu untuk ditunjukkan kepada ibunya.

Jessica cuba memanggil ibunya berkali kali tetapi ibunya tidak mengendahkannya. Kelihatan ibunya sedang membelek sebuah sampul surat dengan wajah yang risau sambil bercakap di telefon.

Seketika kemudian, ibu Jessica menuju ke dapur untuk membuat lagi satu panggilan. Jessica pun terus melihat sampul surat yang dibelek ibunya sebentar tadi.

Jessica amat terkejut kerana sampul surat itu berisi gambar polaroidnya yang sedang bermain salji dan berniaga lemonade.

Tiba tiba ibu Jessica datang menariknya keluar dari rumah.

"Kenapa ni ibu?" tanya Jessica bingung.

Ibunya tidak membalas.

Jessica mula merengek dan memaksa ibunya untuk menjawab persoalannya. Dia sendiri takut melihat kelakuan aneh ibunya.

"Sampul tu ada gambar kamu. Dan ianya tidak mempunyai setem. Maknanya penghantar gambar itu menghantarnya terus ke pintu rumah kita!" kata ibu Jessica cemas.

Nafas Jessica mula dirasakan berat.

***

Oke untuk yang tak faham, setiap surat yang dihantar melalui posmen akan ada setem kat sampul dia. Maknanya dari pejabat pos agittew. Tapi untuk surat si Jessica tu takde setem.

So surat tu dihantar terus ke rumah dia la. Kiranya stalker tu dah tau rumah Jessica kat mana.

Harap harap faham la sebab El pun dah tatau nak terang macam mana. Pkp lama sangat sampai lupa bm hshshhshs (bahasa lain pun takreti jugak sebenarnya hshshsh)

apa apa pun, please enjoy and vote!♡

The Last Story | MalayWhere stories live. Discover now