23) He did it again

126 25 1
                                    

Autumn merupakan seorang anak bongsu. Dia mempunya seorang abang bernama Charles. Dia sangat menyayangi abangnya.

Tetapi ibu bapanya tidak menggalakkannya untuk berbuat begitu.

Dari kecil, Autumn sering diceritakan tentang abangnya yang dikatakan berbeza dengannya. Ibu bapanya sering mengatakan bahawa ada sesuatu yang mengganggu fikiran Charles dan membuatkan Charles sangat berbahaya dan perlu berada di hospital untuk pengawasan yang rapi.

Autumn sangat sedih dengan hal itu.

Oleh itu Autumn sentiasa memujuk ibu bapanya untuk membawa Charles pulang ke rumah kerana dia sangat merindui Charles. Ibu bapa Autumn sangat keberatan dengan permintaan itu tapi mereka tetap tunaikannya.

Mereka berharap yang Charles sudah pulih.

Pada awalnya, Charles sangat pendiam dan malu di rumah itu. Mungkin kerana sudah terlalu lama dia tidak bersama keluarganya. Tetapi lama kelamaan Charles mula gembira dan bermain dengan Autumn.

Ibu bapa mereka mula gembira dengan perubahan itu.

Beberapa hari kemudian, tiba tiba jiran mereka datang ke rumah dan disambut oleh bapa Charles dan Autumn iaitu Mr Stewart.

"Emm. Sorry kalau saya cakap ni. Tapi saya rasa Charles buat lagi" terang jirannya itu.

"Maksud awak?" tanya Mr Stewart aneh.

"Kucing saya ditemui mati di laman belakang awak" kata jirannya serba salah.

Dengan itu, Mr and Mrs Stewart pun terus menghantar Charles pulang ke hospital tanpa berlengah lagi.

Autumn kembali bersedih.

Dia memujuk ibu bapanya untuk membawa pulang Charles lagi. Dia mengatakan yang Charles sudah berjanji di telefon yang dia tidak akan melakukannya lagi.

Sekali lagi, Mr dan Mrs Stewart terpaksa bersetuju.

Mereka pun membawa pulang Charles lagi. Charles sangat gembira kerana dapat bersama dengan keluarganya. Dia juga seronok dapat bermain dengan adik perempuannya Autumn.

Tetapi lebih banyak perkara buruk yang terjadi. Sebagai contoh, pil kolestrol Mrs Stewart ditukar kepada pil tidur dan banyak lagi perkara aneh dan menakutkan yang terjadi.

Ini menyebabkan Charles dihantar ke hospital semula. Dan semua perkara perkara menakutkan itu tidak lagi berlaku.

Autumn sangat sedih dengan hal itu kerana dia sangat menyayangi abangnya Charles.

Tetapi juga kerana...
dia terpaksa berpura pura menjadi baik sepanjang ketiadaan Charles.

***

So sebenarnya Charles ni mangsa keadaan. Haih kesian pulak. Mesti dia seronok dapat bersama dengan family dia🤧

btw, please enjoy and vote!♡

The Last Story | MalayWhere stories live. Discover now