16) Stranger Danger

146 23 1
                                    

William merupakan seorang kanak kanak 10 tahun yang sering dimarahi oleh kedua ibu bapanya kerana sentiasa bermain games di komputer. Dia seolah olah tidak boleh berpisah dengan games.

Suatu hari, Encik Darrel mengetuk pintu bilik anaknya itu dan memanggilnya untuk keluar kerana ada hal yang ingin dibincangkan.

Tetapi William tidak mahu keluar. Dia sedang berada di tengah peperangan di dalam game itu katanya. Lagipun dia tahu ayahnya hanya akan ceramah tentang bahaya internet yang mana sudah beribu kali dia dengar.

Walaupun begitu, Encik Darrel tetap memanggil William tanpa henti. Dia perlu memberi pengajaran yang akan diingati oleh anaknya yang degil itu seumur hidup.

Akhirnya William menghentikan permainannya dan keluar berjumpa dengan Encik Darrel apabila dia mendengar suara Encik Darrel yang semakin keras.

"Ya ayah saya tahu apa ayah nak cakap. Jangan bagi maklumat peribadi dekat stranger. Jangan bagi gambar. Jangan percaya stranger. Stranger danger. saya tau" kata William sebaik sahaja membuka pintu.

Sudah muak dengan semua itu.

"Mungkin betul. Tapi ayah nak ceritakan 1 kisah" kata Encik Darrel tenang.

William menarik nafas malas. Dia tahu ayahnya akan menceritakan tentang kisah yang boleh dijadikan sebagai pengajaran supaya dia tidak bermain game lagi.

Taktik lama.

Encik Darrel yang sudah duduk di sofa menepuk ruang di sebelahnya sebagai tanda mengajak William untuk duduk di situ.

William pun berjalan malas ke ayahnya.

"Cerita ni tentang seorang budak lelaki berumur 10 tahun yang bernama Charlie. Dia sangat suka main games di komputernya"

'mula dah...' kata William dalam hati. Dia dah boleh agak ke mana arah tuju cerita itu.

"Suatu hari ketika Charlie bermain game, dia dapat 1 mesej dari pemilik account clypto123. Clypto123 ini cuba berkawan dengan Charlie. Mereka berada dalam satu pasukan yang sama dalam game itu. Sejak itu, mereka semakin rapat melalui dunia permainan" sambung Encik Darrel walaupun dia sedar reaksi William yang tidak berminat itu.

"Mereka amat akrab. Suatu hari, Charlie memberikan germs dalam permainan itu kepada clypto123 sebagai hadiah hari lahir. Clypto123 sangat teruja dan gembira. Malah, dia berhasrat untuk memberikan Charlie hadiah pada hari lahirnya pula sebagai balasan.

Charlie pun teruja dengan tawaran itu. Tetapi keterujaan Charlie sedikit terhenti apabila clypto123 mengatakan bahawa hadiah itu sangat istimewa dan tidak boleh dihantar melalui alam maya. Ianya perlu dihantar terus ke rumah Charlie kerana saiznya yang besar dan sangat berharga.

Charlie pada mulanya tidak begitu yakin dengan idea itu. Tapi setelah dipujuk oleh clypto123, Charlie pun terpedaya dan memberikan alamat rumahnya kepada clypto123 itu.

Walaupun begitu, Charlie tetap takut dengan tindakannya. Macam mana kalau clypto123 ni orang jahat? Macam mana kalau clypto123 ni datang rumah? Dia sendiri risau dengan keselamatannya ketika itu.

Tapi Charlie nekad untuk menceritakan hal itu kepada ibu bapanya. Dia yakin ibu bapanya tahu jalan penyelesaian kepada masalah ini. Dia rela dimarahi dan dikurung oleh ibu bapanya asalkan semua selamat.

Tetapi Charlie masih takut untuk menceritakan kepada mereka. Dia menanti sehingga beberapa hari untuk mengumpulkan kekuatan sebelum memberitahu ibu bapanya.

Sampailah satu hari yang dia betul betul yakin untuk cerita tentang hal itu. Dia tunggu sehingga waktu bedtime story yang mana ibu bapanya akan datang dan bacakan buku cerita kepadanya.

Dia tahu waktu itu mood ibu bapanya dalam keadaan yang baik. Jadi mungkin dia tidak akan dimarahi terlalu teruk.

Malam itu, Charlie menanti di biliknya dengan 1001 perasaan yang bercampur. Dia mendengar pergerakan di luar biliknya seperti kebiasaan.

Dia mendengar bunyi mesin basuh, tanda ibunya sedang mencuci baju. Dia mendengar suara tangisan bayi dan orang berjalan, tanda ayahnya sedang cuba menidurkan adik lelakinya.

Semuanya normal.

Beberapa ketika kemudian, semua aktiviti sudah berhenti. Hanya kesunyian yang mengisi ruang rumah itu. Charlie pelik. Adakah ibu bapanya lupa waktu bedtime storynya? Atau ibu bapanya sudah tahu tentang kesalahannya sehingga tiada bedtime story?

Kemudian Charlie mendengar bunyi orang berjalan melepasi biliknya.

"Ibu? Ayah?" panggil Charlie.

"Ya?" jawab ibunya seraya menjengulkan kepala di pintu bilik Charlie

"Emm ayah mana?" tanya Charlie pula apabila dia mendapati ibunya berkelakuan aneh tidak seperti selalu.

"Ya?" jawab ayah Charlie pula seraya menjengulkan kepalanya di pintu bilik Charlie seperti ibunya tadi.

Sangat aneh.

"Emm.. emm. Saya ada benda nak bagitau" kata Charlie dalam ketakutan yang bertambah.

"Nak bagitau apa sayang?" tanya ibu Charlie yang masih di pintu.

"Nak bagitau yang awak dah dedahkan alamat rumah kita sampai ada pembunuh bersiri datang dan bunuh kami ke?" tanya ayah Charlie pula.

Charlie terdiam. Dia salah dengar ke?

Sejurus selepas itu, muncul seorang lelaki bersama kepala kedua ibu bapanya di tangan. Rupa rupanya dia lah yang melakonkan suara ibu bapa Charlie dari belakang pintu.

Charlie mula menangis.

"Mak dan ayah sudah. Lepas ni awak" kata lelaki itu sambil ketawa dan bergerak mendekati Charlie.

Charlie terkedu dan tidak mampu bergerak walau seinci.

Ketika pisau lelaki itu sudah menyentuh leher Charlie, tiba tiba kedengaran suara tangisan adik Charlie yang masih bayi dari biliknya.

"Wah! Ada baby!" kata lelaki itu penuh keterujaan.

Dia terus berlari ke arah bunyi bayi tersebut.

Charlie terus berlari menuju ke bilik adiknya. Dia tak mahu apa apa terjadi kepada adiknya. Dia yang bersalah. Biar lah dia yang menerima semua ini. Adiknya tidak berdosa.

Setibanya Charlie di bilik itu, Charlie melihat lelaki itu sudah memeluk adiknya.

"Baby ni comel!. Saya tak pernah pegang baby!" kata lelaki itu gembira.

"Jangan apa apakan dia!" kata Charlie dengan air mata yang mengalir laju.

Lelaki itu terus mengelar Charlie dan keluar dari rumah itu bersama bayi itu. Di luar rumah, lelaki itu berkata

"Awak sangat comel! Mulai hari ini saya adalah ayah awak ya William!" kata lelaki itu yang terus menghilangkan diri dalam kegelapan malam" terang Encik Darrel dengan suara misteri.

"Tapi ayah... nama saya William?"soal William yang pasti dia dengar dengan jelas nama bayi yang dilarikan itu.

Encik Darrel hanya tersenyum.

***

Kesimpulannya, Encik Darrel la yang cerita pasal Charlie tu kat William. Mungkin dia nak takutkan William kononnya dia lah penculik baby tu sebab penculik tu namakan baby tu William.

Faham tak? Cita ni agak complicated untuk ditulis. So El mintak maaf kalau ada yang tak faham. El pun tatau apa yang El cakap dah ni hshshshsh

Apa apa pun, take care dan jangan dedahkan maklumat peribadi dekat stranger! 😬👍

The Last Story | MalayWhere stories live. Discover now