27) I knew it

125 19 1
                                    

I knew it

Zhang dan teman wanitanya Ying sering dikenali sebagai foodhunters kerana mereka akan mencuba pelbagai jenis makanan dari merata rata tempat.

Suatu hari, Ying mengajak Zhang untuk mencuba bao yang agak terkenal kerana keenakannya di suatu daerah di China. Tempat itu agak jauh dari rumah mereka tetapi Zhang tetap menyambut baik cadangan itu dan bersetuju untuk ke sana bersama Ying meskipun mereka perlu menyewa hotel di sana.

 Tempat itu agak jauh dari rumah mereka tetapi Zhang tetap menyambut baik cadangan itu dan bersetuju untuk ke sana bersama Ying meskipun mereka perlu menyewa hotel di sana

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setibanya di kedai itu, mereka berdua mendapati barisan menunggu sangat panjang. Ini lagi menaikkan semangat mereka untuk mencubanya kerana ramai yang sanggup beratur demi mendapatkan bao itu.

Setelah penat beratur, mereka pun dapat membeli bao yang diingini itu dan dibawa pulang ke hotel.

Ying amat teruja dengan keenakan bao itu. Dia tidak percaya seseorang dapat menghasilkan bao sesedap itu. Dia yakin dia tidak pernah merasa bao sesedap itu sepanjang hidupnya walaupun dia sudah makan pelbagai jenis bao.

Tetapi Zhang tidak begitu teruja.

Perubahan riak wajahnya dapat dikesan oleh Ying. Dia tidak kelihatan gembira ketika memakan bao itu. Malah, dia tidak dapat menghabiskan walau seketul bao pun.

"Kenapa ni? Ada masalah ke? Tak sedap eh?" tanya Ying lembut.

Zhang hanya menggeleng.

"Tak kena dengan taste awak eh? Sorry la kalau awak tak boleh makan. Nanti saya cari kedai yang lagi elok okey?" pujuk Ying serba salah.

Zhang tetap menggeleng.

"Kenapa? Ada yang tak kena ke dengan bao awak? Tak boleh makan dah eh? Kalau awak tak boleh makan tak apa. Saya akan pesan makanan lain untuk awak" kata Ying lagi.

"Tak..." balas Zhang pendek.

"Hah? Oh tak sedap eh? Teruk sangat ke rasa dia? Rasa apa?" tanya Ying pelik.

Apa yang tak sedapnya. Tulah bao paling sedap yang dia pernah makan seumur hidupnya.

"Ni bukan pork bao" jawab Zhang.

"Hah? Ni pork bao la. Dia tulis pork bao kan tadi. Kita pun order pork bao" kata Ying yang masih tidak faham dengan perubahan Zhang.

"Tak. Ni bukan pork bao. Ni bao daging manusia. Saya tau rasa dia" balas Zhang bersahaja.

"Hah?" tanya Ying yang masih cuba untuk memproses maklumat.

Dia yang salah dengar ke?

"Saya tau rasanya sebab rasanya sama macam daging bekas teman wanita saya" jawab Zhang sambil memandang tepat ke arah Ying yang terus terkelu itu.

***

Oke ni El tatau nak takut dengan siapa. Sama ada penjual yang jual bao daging manusia tu atau Zhang yang tau tu daging manusia sebab dia pernah rasa.

Sorry terpaksa masukkan pasal ni kat sini. Harap tak ada yang tengah makan la masa baca ni hshshhssh.

Btw ni antara urban legend dari China. Agak obvious ya di situ hshshsh.

Apa apa pun, please enjoy and vote!♡

The Last Story | MalayWhere stories live. Discover now