2 0 1 3 | dua*

12.8K 284 33
                                    

"You're still up?" Ziyad Alfie mengetuk pintu bilik Dana Dian yang tidak ditutup rapat. Komputer riba di atas meja tulis refleks dialihkan; Dana Dian tidak selesa menunjukkan skrin sewaktu dia mengarang cerita, lagi-lagi kerana babak yang sedang dikarangnya dirasa agak erotik.

"Yeah, just working on something..." jawab Dana Dian, cepat-cepat menekan Ctrl dan S untuk menyimpan perkembangan penulisannya setakat itu, sebelum memangkah Microsoft Words. "You're not going to bed yet?" tanya Dana Dian apabila Ziyad Alfie melangkah masuk ke dalam bilik dan duduk di birai katil menghadapnya.

"Nah, it's Friday night. Who go to bed so early on a Friday night?" Ziyad Alfie ketawa kecil. "What were you doing? Am I interrupting you?"

Dana Dian cepat-cepat menggelengkan kepalanya. "It's just something I do for fun..."

Ziyad Alfie merenungnya. "You write for fun?"

Dana Dian meneguk liur. Ziyad Alfie nampak dia mengarang?

"Err... sort of." Dana Dian tak pasti jika dia mahu berterus-terang. Sejujurnya, dia tak suka berkongsi identiti rahsianya yang satu itu.

"Fiction?" Ziyad Alfie cuba meneka dan Dana Dian mengangguk.

"Love story?" Ziyad Alfie terus meneka dan Dana Dian terdiam sesaat sebelum mengangguk lagi.

"Based on true story?" Nampaknya Ziyad Alfie masih cuba menebak. Kali ini Dana Dian menggelengkan kepalanya.

"So where you get your ideas from? Own experience or someone else's?"

Tak pernah sekali pun sesiapa cuba untuk mengambil tahu minat seninya yang satu ini. Dana Dian terasa sedikit gemuruh tapi teruja untuk berkongsi jawapannya. "Not really... I don't really have many friends, and they don't confide in me too. I write pretty much from whatever crosses my mind, I guess?"

"What about the sex scenes? Based on your own experience or wild imagination?"

Dana Dian tersedak air yang baru cuba diteguknya. Matanya membuntang memandang mata Ziyad Alfie yang nakal mengusik. Ya, lelaki itu kan memang suka mengusik dan menyakatnya. Tapi soalan itu, adakah dia memaksudkannya atau sekadar soalan serkap jarang?

"I read your books on Wattpad. I'm actually waiting for the next update, author Naidanad."

Naidanad. Nama samaran yang digunakan di Wattpad untuk berkongsi cerita romantik dewasa.

"How... how'd you..." Dana Dian sudah kematian kata-kata. Tak mungkin Ziyad Alfie pernah menyelongkar komputer ribanya sejak dia pindah masuk ke bilik itu tiga minggu lepas?

"Lucky guess? Besides, I'm a genius engineer like that," usik Ziyad Alfie bersama kenyitan mata nakal. "Are you writing their sex scene? Cause you're blushing..."

Nafas Dana Dian turun naik. Tak tahu perasaan apa yang menjalar di seluruh tubuhnya. Mungkin kesan daripada penulisannya tadi... mungkin juga kerana tenungan Ziyad Alfie.

"I'm going to get more water..." bisik Dana Dian perlahan lalu menutup komputer ribanya. Botol air yang masih berbaki separuh diambil untuk dibawa ke dapur. Dia bangun dari kerusi dan melangkah melepasi Ziyad Alfie. Tangannya tiba-tiba dipegang dan langkah Dana Dian terhenti.

"Do I make you feel uncomfortable?" tanya Ziyad Alfie dengan wajah suram. Jadi serba salah terus Dana Dian.

"No... I'm just a little embarrassed that you—"

"I like you," Ziyad Alfie memotong kata-kata Dana Dian. Botol air di tangan terlepas ke kaki mereka dan Ziyad Alfie ambil, letakkan di katil sebelum dia bangkit memandang mata Dana Dian yang membulat terkejut.

"No, actually... I like you more than 'like', but I don't want to use 'love' cause I don't want to scare you, but I like you..." bisik Ziyad Alfie dan merapat. "I like you a lot..." tambahnya sambil melekapkan sebelah tapak tangannya di pipi Dana Dian.

"But I thought you... you're gay..?" tanya Dana Dian.

"I suppose not anymore..." Dan Ziyad Alfie menarik tubuh Dana Dian merapat. Gadis itu terkedu dengan tindakan luar jangka jejaka di hadapannya. "Especially since I found out the author that made me horny for women... she's actually really hot..."

Dana Dian kehabisan kata-kata. Terlalu banyak perkara yang bermain di fikirannya tapi tiada satu pun yang terluah. Dan perlahan-lahan, bibir Ziyad Alfie turun mengucup mulutnya yang sedikit terlopong.

Melihatkan reaksi Dana Dian yang tidak marah mahupun menolak, Ziyad Alfie semakin berani. Ditariknya pinggul Dana Dian terus melekap ke hadapan seluarnya yang sudah berbonggol. Dana Dian terkejut tapi ciuman Ziyad Alfie terus membuai rasa dan perlahan-lahan matanya terpejam nikmat.

Jika selama ini babak seperti itu hanya di dalam imaginasinya sahaja hasil menonton filem dan membaca buku dewasa dari negara Barat, kini dia tidak perlu berteka-teki lagi kerana peluang itu sudah berada di depan mata. Dia berkongsi ciuman pertamanya dengan lelaki yang pertama kali membuka hatinya.

Ziyad Alfie jugalah lelaki pertama yang membuka kakinya.

Malam itu, Dana Dian mula mengenal erti sunyi; satu perasaan yang tak pernah mencengkam jiwanya sekuat ini selama 23 tahun dia hidup berdikari

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Malam itu, Dana Dian mula mengenal erti sunyi; satu perasaan yang tak pernah mencengkam jiwanya sekuat ini selama 23 tahun dia hidup berdikari.

PREVIU || Pemuja HerogaWhere stories live. Discover now