2 0 1 7 | lima belas

5.4K 92 0
                                    

"Are you local?" Sesi soal jawab bersama Rania bermula

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Are you local?" Sesi soal jawab bersama Rania bermula. "Sorry I ask, because you don't exactly look local. And your name is Haden, which is quite unique to be honest."

Haden mengangguk. "I'm from East Malaysia."

"Ah! That explains the Malay accent!" Rania berbunyi riang.

Jadi betullah dia dari Malaysia Timur. Dulu aku tanyakan soalan itu, dia tak mengaku apa-apa. Hari ini, soalan yang hampir sama ditanya oleh Rania, dia jawab tanpa berdalih. Entah kenapa terasa kecil sedikit hatiku.

"Sorry I ask again another sensitive question, but are you Muslim? Most friends I know from there, they are not." Rania masih dalam mood soal jawabnya. Dan yang peliknya, Haden gigih melayan setiap satu soalan Rania. Semuanya dijawab dengan elok, penuh sopan, tiada percubaan mengelak.

"I don't identify myself with any religion, but I'm not an atheist. I do believe in higher power," jawab Haden ringkas.

"Wow..." Rania nampak terkejut betul dengan pengakuan Haden. Aku toleh ke arah mereka yang duduk berhadapan, berpandangan tak berkedip mata. Di wajah Haden terlakar satu senyuman kecil melihatkan reaksi Rania. Entah kenapa ada rasa terhiris di dalam hati lalu aku tunduk pandang mangkuk baksoku semula.

"So, young man with no specific belief, you dah kerja atau masih belajar atau... what do you do?" Rania sudah menyambung semula soalannya.

"I masih belajar, final year. But I'd been working since I finished SPM."

"Oh! You pun hardworking macam Kak Dana! Rajin bekerja!"

"Dana??"

Spontan aku angkat wajah memandang Haden yang nampak 'blur'. Rania terus tersengih. "Eerr, ya? My sister... Kak Dana..?"

"I thought her name is Dian?" soal Haden yang masih 'blur'.

Rania terus menambah, "Oh! Her name is Dana Dian. But nobody calls her Dian..?" Rania memandangku pula. "Kakak cakap kat Haden, nama kakak Dian eh?" Kemudian, Rania ketawa dan pandang Haden semula. "Ya, so... I was saying, you pun hardworking macam Kak Dian."

Aku tak tahu kalau Rania perasan aku jadi kekok apabila nama penuhku ketahuan oleh Haden lalu terus diselamatkannya begitu dengan cepat-cepat menyambung perbualan mereka.

Selama ni, orang akan kenal aku sama ada sebagai Dana atau Naida. Tak pernah sebagai Dian — cuma Haden seorang — atau Dana Dian; untuk mereka yang rapat denganku. Sebab orang sekarang bijak. Macam mana kalau ada yang pandai macam Ziyad, dapat meneka dari mana nama Naida Nad tu? Berapa ramai Dana Dian kat Malaysia ni? Dengan nama penuh saja, macam-macam maklumat orang sekarang boleh korek.

Rania bercerita pula pada Haden, betapa aku rajin mencari duit sejak dari zaman sekolah, sewaktu belajar di universiti juga seperti Haden, sehinggalah aku bekerja di Singapura beberapa tahun. "Sebab tu Rania sayang sangat-sangat kat kakak. Banyak sangat dia berkorban untuk Rania."

Mendengarkan luahan Rania, aku pandang ke wajahnya dan hadiahkan sekuntum senyuman. "I love you more, Rania. You know I'd do anything for you, right?"

Mata Rania bergenang dan dia lentok ke bahuku sebelum mengulang lagi, "I love you so much, kakak." Kemudian, dia kembali tertawa dan menyambung makan. "Sorry you had to witness that!" kata Rania pada Haden yang sejak tadi hanya memerhatikan kemesraan kami dua beradik.

Haden hanya tersenyum, lalu memuji masakan Rania, mungkin untuk menukar topik. Rania mencedok lagi daging ke dalam mangkuk Haden. Kemudian dia perasan mangkukku juga tinggal cuma seketul bebola daging, lalu dia cedokkan juga. "Kenapa sikit sangat kakak makan ni? Rania masak favourite kakak ni, makanlah banyak sikit."

Aku cuma senyum kecil dan ucapkan terima kasih. Bukan aku tak nak makan banyak, tapi seleraku belum datang. Mungkin juga sebab aku tak selesa dengan keadaan perutku. Tapi orang lain pula yang bangun sambil memegang perut.

"Sorry, bathroom emergency!" Rania terus meninggalkan kami dan masuk ke dalam bilik air. Suasana di meja makan bertukar kekok. Apabila telefon bimbitku juga serentak berbunyi, aku bersyukur kerana dapat mengelak daripada perlu duduk di meja itu bersama Haden. Tapi apabila aku baca nama pemanggil, aku hanya mampu mengeluh.

"Excuse me for a sec," ucapku perlahan sebelum mengambil telefon dan berlalu ke tingkap. "Yes, Encik Khairi?"

"Hi, Naida! Buat apa tu?" soal Encik Khairi dengan suara girang.

Aku menarik nafas dan menghelanya perlahan. "Look, ada apa call Naida? Kalau takde—"

"Naida ni... kasar sangat la dengan abang sekarang..." Encik Khairi berbunyi rajuk. Aku hanya menjelingkan mata, menyampah dengan intonasinya. "Actually abang nak inform, pihak polis mungkin dah dapat kesan identiti budak lelaki yang serang Naida tu. Tapi... Naida yakin ke nak teruskan ambil tindakan?"

Aku meneguk liur. "Kenapa?"

"He's only seventeen... he's just a kid, Naida. You sure you want to ruin his future like this?"

PREVIU || Pemuja HerogaWhere stories live. Discover now