2 0 1 7 | empat

10.9K 257 13
                                    

Setahun kemudian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setahun kemudian...

"I can't write anymore, Jas..." Sebaik pengakuan itu dibuat, aku terasa duniaku seakan menggelap. Seperti aku akhirnya berhenti hidup dalam penafian.

"What do you mean you can't write? You always can!" betahnya dengan kata-kata semangat. Tapi bukan itu yang aku rasa.

"I can't, Jas! I'd tried so hard for this fourth novel and nothing comes out! I think I'm suffering from writer's block. Like... there's this dark wall all around my head. No matter what I think, the words just don't come out anymore..."

Jasmine sebaliknya tersenyum sinis. Aku tahu makna senyuman itu.

"Maybe you need to leak something else out first before you can get those words out. I said it many times before... you should get laid, Dana."

Aku menggelengkan kepalaku. Bukan sekali dua Jasmine mencadangkan kepadaku begitu. Apabila aku mengadu sunyi, "Get laid." Bila aku mengadu stress, "Get laid." Bila aku mengadu penat, "Get laid." Bagi Jasmine, dari dulu pun, semua masalah akan selesai — atau setidaknya berkurang — dengan 'get laid'.

"You know I'm not like that..."

"We're all like that!" Jasmine membetah. "Admit it or not, we're all wired to want sex, to feel pleasure. Come on, you write adult books. You touch on this topic. Why can't you apply the same thing to yourself?"

Dosa. Itu yang aku mahu jawab pada Jasmine. Tapi bersembang dengan Jasmine yang tak punya pegangan agama — sudah hampir sepuluh tahun dia meninggalkan Islam dan bergelar ateis — bukan mudah. Juga, bukan aku mahu berlagak suci atau alim dengannya, kerana aku jauh daripada definisi muslimah.

Tapi... aku tak boleh. Aku tak tahu kenapa aku tak dapat rasakan tarikan sebegitu pada mana-mana lelaki... selepas Ziyad Alfie.

"Cause I just don't want to. Don't force me on this subject," balasku dengan suara dingin apabila memori luka terimbas kembali.

Seakan tahu, Jasmine mengeluh. "Okay. I respect your decision. But... let's look at this from a different angle. Maybe you just need to be inspired again... by another human being, maybe another man, or woman, transgender, whatever! So here's my advice; get out and meet more people. Those that don't come to you because you are a novelist. But those that come to you... just for fun. No hidden agenda. Maybe then you will discover the beauty of another relationship with another human being, you feel me?"

Selepas panggilan itu ditamatkan, lama aku fikirkan nasihat Jasmine. Mungkin sebahagiannya betul. Sejak pulang ke Malaysia, hidupku hanya diabdikan untuk menulis, bersama Rania, panggilan video dengan Jasmine, majlis pelancaran buku, perjumpaan kerja tentang penerbitan dan pengedaran novelku, sesi autograf... dan ulang lagi.

Bila masa aku bersosial dan hanya berseronok untuk diri sendiri? Bersuka ria dengan teman dan manusia selain Rania? Tiada.

Setelah hampir sejam menghadap skrin komputer yang masih tak berganjak patah perkataannya, aku tutup Microsoft Words dan tekan Google, mencari filem atas talian untuk aku tonton. Begitulah bagaimana aku habiskan tengah malamku apabila gagal menulis; menonton filem untuk mencari inspirasi.

Sewaktu aku mencari-cari filem yang berkenan di hati, aku perasan ada satu iklan asyik muncul di tepi-tepi. Alah iklan pelik-pelik, menggunakan gambar-gambar wanita seksi, tentang buah dada perempuan dan alat kelamin lelaki... tapi iklan kali ini menggunakan gambar naif sepasang lelaki dan perempuan sedang tertawa dan berjalan.

Mungkin kerana aura yang terbias daripada imej itu membangkitkan perasaanku mahu merasa bahagia dan riang seperti gadis itu. Semakin lama aku tenung mereka, semakin aku terbayangkan mereka ialah aku dan Ziyad Alfie satu ketika dulu, berjalan riang di Marina Bay.

No strings attached! Let our heroes fill that holes (we mean the hollow in your hearts, not the entryway underneath your skirts!)

Tak semena-mena aku tergelak membaca kapsyen iklan itu. Meneguk liur, aku tekan pautannya dan dibawa ke laman sesawang lain bernama...

HEROGA..?

PREVIU || Pemuja HerogaWhere stories live. Discover now