2 0 1 7 | dua puluh tujuh

4K 94 8
                                    

"Can you just excuse me for a sec?" bisikku lalu terus berjalan menuju tingkap gelas di ruang melukisnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Can you just excuse me for a sec?" bisikku lalu terus berjalan menuju tingkap gelas di ruang melukisnya. Aku berdiri di sebelah penyangga lukisan dan merenung ke luar. Langit sudah gelap. Lampu-lampu bangunan dan bulan bintang mula mengambil tempat. Sama seperti kesedihan yang aku rasakan saat ini, semuanya akan kembali terang apabila tiba masanya nanti; sama seperti matahari yang takkan pernah gagal untuk kembali menyinari bumi setiap pagi.

Apabila aku toleh semula ke arah dapur, hanya sepinggan nuget yang tinggal di atas kaunter bar. Aku dengar orang membasuh pinggan; mungkin Haden sengaja memberikan aku ruang untuk bertenang lalu mengemaskan dapurnya. Aku terus habiskan nuget yang cuma tinggal dua ketul itu dan angkat pinggan kosong ke sinki.

Tapi sebaik aku mendekati Haden dari belakangnya, dia yang tak perasankanku, berpaling lalu tersenggol tanganku yang menatang pinggan. Sama-sama terkejut, pinggan itu terlepas dari tanganku tapi nasib baik lekas disambut jari cemerkap Haden. Cumanya apabila melihat dia terdorong ke depan macam nak terjatuh begitu, aku refleks menahan depan tubuhnya dan Haden juga spontan merangkul di pinggangku.

Kami dua-dua tergamam sesaat dua sebelum kedudukan tubuhnya ditegakkan — tubuhku mengikut sama lantaran pelukannya di pinggangku masih tidak dileraikan — dan pinggan di sebelah tangannya itu diletakkan ke dalam sinki di belakangnya. "You okay?" tanya Haden, perlahan.

Mataku terkebil-kebil. "Yeah, I'm f-fine. I'm sorry, I didn't mean to drop—"

"No, I mean are you okay now? Feel better yet?" potong heroga itu lagi, menyedarkanku bahawa pelukan sebelah tangannya masih belum dileraikan walaupun aku sudah tidak memegang badannya lagi seperti tadi. Jantungku spontan berdegup lebih kencang apabila begini dekat dengannya.

"Yes," jawabku sepatah lalu membasahkan bibir yang tiba-tiba kering. "I'm sorry for lashing out at you earlier. It was rude of me, especially after what you've done for me today."

"Don't mention it. I'm sorry that I hurt your feeling," balasnya sambil mengelus rambut tepi telingaku. Tersekat seketika nafasku dengan kemesraannya yang tiba-tiba.

"O-okay... but aren't you going to let me go..?" soalku perlahan sambil menundukkan sikit wajah. Hanya ekor mata memandang matanya.

Haden menggeleng kecil lalu sebelah lagi tangannya turut diturunkan dan aku ditarik lebih rapat kepadanya apabila dia bersandar di kaunter. "No, not yet. What do I do with you, Dian?" Haden menghela perlahan, seperti soalan itu bukan dituju untukku.

Tapi aku jawab juga. "Nothing. You don't have to do nothing with me."

Haden tersenyum ringkas. "You blocked me. I can't get into your brain."

Err? Aku kedip-kedipkan mata, tak pasti apa yang patut aku jawab. "Sorry that I'm... complicated? We can still unfriend if it's too much for you to handle."

Haden hanya tertawa kecil walaupun jawapanku serius tadi. Kalau dah asyik nak bergaduh semua benda pun payah juga nak kekal berkawan. Dia kemudiannya melentokkan dahinya ke dahiku dan menggeleng sedikit, "No, I don't want to unfriend. I just want... in." 

Jantungku terus laju mendadak apabila banyak prasangka muncul dengan kenyataan terakhirnya tadi. Apa maksud Haden? Dia nak masuk mana? Kenapa?? Masuk apa? Siapa?!

"Why did you want to unfriend? Are you still angry with me?" soalnya sambil mengelus rambut tepi telingaku. 

"No, I just..." Aku cuba stabilkan deru nafasku. "I'm not sure if we can be friends if all we do is argue and fight."

"Should we kiss and make up then?" Tanpa menunggu jawapanku, Haden terus mengucup tepi bibirku. Terputus terus nafasku.

"But friends shouldn't kiss..." jawabku sambil memejam mata. Apabila Haden menekap tepi kepalaku dengan kedua-dua tangannya, aku pandang redup matanya.

"But I really want to kiss you," bisiknya lagi.

"Haden, please don't..." rayuku, cuba menjarakkan sikit diriku dan menolaknya di dada tapi Haden bertindak mengeratkan pelukannya. Dadaku mula turun naik.

"Don't what?" soalnya sebelum berterusan mengucup bawah pipiku pula. Terpejam-pejam mataku, terbuai dengan kelembutan bibirnya di serata wajahku.

"This is wrong..." Aku menghela perlahan tapi tindakannya tidak lagi aku halang seperti tadi.

"Nothing's wrong with what you want, Dian, whatever it is. Because you deserve to be happy too." Aku tak pasti jika konteks kenyataan itu berkaitan dengan pertengkaran kami tadi, tapi dia buat hatiku rasa terharu. Tangannya yang mengelus dan berterusan membelai kepalaku buat aku rasa disayangi. Tapi kewarasanku masih tersisa. Aku masih ingat status diri dan pekerjaannya.

"You're just sweet-talking me to get in my pants," kataku dengan suara tegas walaupun aku tahu redup mata dan ekspresi tubuhku bertentangan dengan apa yang aku ucapkan. Tangannya yang di belakangku mula mengusap dan meramas tepi pinggang. 

"Maybe I am," akuinya ringkas sebelum membenamkan bibirnya di mulutku. Sekali, dua kali, dan semua kewarasanku hilang. Aku terus merangkul leher Haden dan baru saja aku mahu balas ciumannya, Haden menjarakkan wajahnya sedikit. "Or maybe I really just want to kiss you." Haden mengucup bibirku sekilas. "But will you let me do more than that?" Diciumnya lagi sekali tepi bibirku, buat aku makin tak senang duduk apabila diacah begitu. "Can we do more than that?"

PREVIU || Pemuja HerogaWhere stories live. Discover now