2 0 1 7 | tujuh

11.6K 250 15
                                    

Elok aku tekan punat mengunci kereta, ada suara menegur dari belakangku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Elok aku tekan punat mengunci kereta, ada suara menegur dari belakangku. "Errr... Miss Naida?"

Aku terperanjat hingga terlepas beg runcit di tangan kananku. Remaja lelaki yang berdiri tak jauh daripadaku itu — aku andaikan budak sekolah menengah berdasarkan susuk tubuhnya yang kecil — terus mendekati untuk mengambil begku dari lantai. Spontan aku menjarakkan sedikit diri daripadanya apabila dia melutut di depan kakiku.

"Maaf, saya tak berniat nak terkejutkan Miss Naida..." katanya dengan suara kecil sambil menghulurkan begku kembali. Aku sambut dan hanya mampu memberi senyuman kecil. "Saya cuma nak minta Miss Naida sign buku saya," tambahnya lalu mengeluarkan senaskhah novel pertamaku dari dalam beg sandangnya.

Aku letakkan beg runcitku dan mengambil sebatang pen dan buku yang dihulurnya. "Nama?" pintaku sambil membuka helaian pertama.

"Emm... just tulis situ 'to my future husband', boleh?" pintanya.

Dengan keadaan ruangan tempat letak kereta bawah tanah yang gelap itu, ditambah dengan hoodie baju sejuk yang dipakai atas kepalanya, ditambah lagi dengan sepasang kaca mata yang melitupi wajahnya, aku tak dapat mengecam muka remaja lelaki ini. Tapi aku cuba berfikiran positif dan menurutkan saja permintaannya.

"Here..." Aku pulangkan semula pen dan buku yang sudah aku tandatangan. "May I just ask if you live here? Adik buat apa kat basement ni sorang-sorang? Tunggu parents ke?" tanyaku sambil mencapai semula beg runcitku.

Remaja lelaki itu tidak terus menjawab. Dia sekadar memandangku dan entah kenapa suasana itu membuatkan aku merasa tak sedap hati. Tiada orang lain di tingkat bawah tanah itu kecuali aku dan remaja lelaki ini.

"Be careful. Kakak beransur dulu..." ucapku perlahan lalu cepat-cepat melangkah ke arah lif. Di dalam hati aku berdoa dia tidak mengikutku. Sebaik menekan butang lif, aku pandang ke arah di mana aku letakkan keretaku tadi. Remaja lelaki itu sudah tiada.

Laju jantungku mengharapkan lif tiba segera. Sebaik pintunya terbuka, aku terus masuk dan menekan tingkat 25, iaitu aras paling atas kompleks apartmen ini. Sebelum pintu lif tertutup, sempat remaja lelaki tadi muncul di ruangan masuk kawasan lif dan memandangku. Nasib baik dia tidak menahan pintu lif untuk naik bersama.

Tanganku sudah menggeletar. Tak sabar mahu tiba di tingkat paling atas. Terbuka saja lif, aku terus melangkah laju ke pintu apartmenku. Cepat-cepat kunci dijolok dan aku masuk, menguncinya semula, menghempas beg runcit di tepi meja makan dan berlari ke sofa.

Sumpah, aku takut sejarah diserang pengintip seperti beberapa bulan lepas berulang.

Satu kenangan buruk di apartmen lamaku sebelum aku pindah ke sini lima bulan lepas kembali bermain di fikiran. Kawasan apartmen lamaku memang tiada ciri keselamatan langsung, jadi tak hairanlah jika aku selalu diganggu. Tapi kompleks apartmen baru ini lebih selamat. Ruangan tempat meletak kereta bawah tanah sepatutnya boleh diakses oleh penduduk apartmen saja.

Aku ambil telefon bimbit dan menelefon pejabat pengurusan yang bakal tutup sepuluh minit lagi. Setelah beberapa deringan, suara yang aku cam mengangkat talian.

"Encik Khairi? Ni Naida. Boleh Naida minta tolong sekejap?" kataku tanpa membuang masa.

"Oh, Naida! Ya, nak minta tolong apa daripada abang ya?" tanya Encik Khairi yang beberapa tahun lebih tua daripadaku. Dia memang membahasakan dirinya sebagai abang sejak dia membantu proses pemindahanku ke apartmen ini dulu.

"Err... Naida nak tanya. Ada orang luar masuk ke kawasan basement ke petang tadi? Maybe around 5.30 p.m. camtu?"

"Eh, orang luar mana boleh masuk ke basement. Kalau nak masuk, kena register kat guard dulu. Kenapa eh?" tanya Encik Khairi, mula bersuara risau. "Ada apa-apa yang terjadi ke?"

Encik Khairi sedia maklum apa yang berlaku padaku di apartmen lama dulu. Dialah yang mencadangkan aku pindah ke sini atas dasar keselamatan yang lebih baik, memandangkan dia turut bekerja di pejabat pengurusan sini sambil menjadi ejen hartanah separuh masa.

"Oh..." Aku menghela nafas. "Takde apa-apa. Cuma Naida terserempak dengan seorang remaja lelaki tadi, tiba-tiba minta autograf. Tapi... Naida rasa tak sedap hati sikit."

"Laa... ada peminat Naida ke duduk kat apartmen ni? Takpe, nanti abang check kalau ada orang luar register untuk masuk ke basement. Naida okay ke ni? Nak abang teman Naida kat rumah sampai Naida okay ke? Abang pun dah nak tutup pejabat ni," tawarnya.

"Eh, it's okay!" Cepat-cepat aku tolak. Lain pula jadinya nanti. "Naida cuma nak confirm pasal outside guest tu je. Naida okay je ni. Kalau betul ada remaja lelaki register, bagitahu Naida ya? Thanks!"

Encik Khairi menawar sekali lagi untuk menemankanku tapi aku tolak lebih keras sebelum mematikan panggilan telefon. Aku cuba tolak bermacam prasangka buruk yang bermain di otak apabila teringatkan cara remaja itu merenungku tadi.

Tapi sepanjang malam aku gelisah. Apatah lagi keesokan harinya, aku tak sangka bakal bertentang mata dengan sepasang tenungan itu lagi.

PREVIU || Pemuja HerogaWhere stories live. Discover now