2 0 1 7 | tiga puluh

3.3K 51 6
                                    

(Previu)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Previu)

Aku berjalan ke arah yang diberikan staf lobi tadi dan tiba di surau wanita. Cuma ada beberapa pasang kasut, maknanya tak ramai orang.

Aku sebenarnya masih tak biasa singgah di surau luar. Aku rasa kerdil dan tak layak. Dan sejujurnya, imanku masih berbolak-balik. Solatku masih jauh daripada lengkap, tapi sekurang-kurangnya apabila aku teringat untuk solat, aku akan usahakan untuk mencari sejadah dan sujud pada yang Esa.

Seperti saat ini.

Seperti yang dijangka, ada tiga orang wanita lain di dalam surau itu. Mereka sedang duduk di tepi dan berbual. Mungkin mereka sudah selesai solat dan sedang duduk berehat. Itu satu perkara biasa. Selain tempat beribadah, ramai juga yang menggunakan surau untuk merehatkan tubuh sejenak.

Mereka bertiga memandangku sewaktu aku masuk. Perbualan mereka terhenti seketika, lalu aku ukirkan saja senyuman kecil untuk mereka sebelum berlalu ke ruangan untuk mengambil wuduk. Apabila aku buka pili air itu, aku dengar salah seorang daripada mereka berbisik kepada rakan yang lain, "Itu bukan penulis buku lucah tu ke?"

Hatiku berderau. Tak perlu jadi genius untuk teka siapa yang mereka maksudkan.

"Ye la, siapa lagi. Dia ada talk tu kat west wing level 1. Kat Hall Ruby. Aku nampak bunting kat luar pintu hall tu Samad pasang pagi tadi," jawab seorang rakan lain.

"Tulis buku lucah tapi pandai sembahyang jugak ya?" sambut seorang lagi sebelum mereka bertiga tertawa kecil sesama mereka. Aku hanya menarik nafas dan memekakkan telinga, mencuba untuk tidak mengambil hati apa saja yang mereka bualkan tentangku selepas itu.

Sewaktu aku sedang mencari sepasang telekung yang bersih dan panjang — sebab kebanyakan yang aku jumpa sepertinya senteng — salah seorang daripada wanita tadi menegurku. "Cik, telekung kat situ banyak yang tak bersih dah. Lepas pakai, orang ponyok je basah-basah. Bau kepam, busuk. Ni, saya pinjamkan telekung saya. Bersih dan labuh untuk cik. Pakailah."

Aku menoleh ke arahnya dengan senyum kesyukuran. Aku sambut beg telekung yang dihulurkannya sambil mengucapkan terima kasih berulang kali. Terus aku sarungkan dan cuba fokuskan solatku. Tapi perbualan mereka mengganggu emosiku.

"Dah tahu nak sembahyang kat luar, bukan nak bawak telekung sendiri. Kau pun baik sangat pergi pinjamkan telekung kau?" tanya wanita satu.

"Tu la, entah-entah acah je tu sembahyang. Kumat-kamit apa entah tu. Jaga reputasi kot, sebab lepas ni dia ada meet-and-greet pulak tu dengan peminat. Kenalah tunjuk baik," balas wanita dua.

"Rileks lah, aku pinjamkan telekung je. Kesian tengok dia belek telekung busuk semua tu. Kang dia pakai telekung kotor tu makin kena reject pulak solat dia tu. Tengoklah rambut color macam tu. Entah sah ke tak solat tu," balas wanita tiga; aku kira dia yang meminjamkan telekung untukku tadi.

Rambutku? Aku tak pernah mewarnakan rambutku. Ia memang semula jadi berwarna coklat perang dari keturunan belah bapaku yang punya darah penjajah. Bagaimana semudah itu mereka menghakimiku tanpa kenal siapa aku?

Dalam tak sedar, mataku bergenang. Aku cuba tahankan air mataku daripada mengalir, pejamkan mata dan cuba fokuskan pembacaan solatku. Aku ulang-ulang di dalam hati, perihal solatku ini — sama ada diterima atau tidak — terpulang pada Tuhan. Mereka tak layak untuk tentukan.

Habis saja solat, aku terus tanggalkan telekung dan lipatkan semula ia ke dalam beg. Kemudian, aku pulangkan kepada wanita yang meminjamkanku tadi. "Terima kasih pinjamkan telekung. Semoga tuhan balas jasa cik tolong saya hari ni."

Kemudian, aku terus berlalu ke pintu. Sebelum aku buka untuk keluar, sempat wanita itu menjerit kepadaku, "Lain kali pakai tudung, cik. Masuk rumah Allah biar beradab sikit."

Aku tak membalas apa-apa, tak menoleh ke belakang pun. Aku terus menyarungkan kasut dan cepat-cepat berlalu dari situ sebelum air mataku tumpah dek penghinaan tiga manusia di dalam surau itu. Aku masuk ke tandas untuk menenangkan fikiran sebentar sebelum aku tampalkan senyuman di sesi bertemu peminat sekejap lagi.

Aku cuba untuk tidak memikirkan langsung tentang tiga wanita tadi. Ya, aku tahu aku bersalah. Aku masuk ke dalam surau itu dengan pakaian yang tidak sopan. Aku tidak membawa telekung sendiri. Tapi itu tidak bermakna mereka layak untuk menghinaku.

"Miss? Miss Naida?" tanya seorang gadis yang berdiri di depanku. Dia menantikan salinan bukunya untuk aku tandatangan. Aku terus terkebil-kebil memandangnya sebelum tertawa kecil menutup gemuruh.

"Sorry! Mengelamun pulak! Siapa nama awak?" Aku teruskan sesi autograf yang berlangsung selama sejam selepas sesi beramah mesra tadi bersama mereka. Barisan masih panjang, jadi aku alihkan semula fokus pada mereka.

Pejam celik, habis sudah barisan. Selepas sesi fotografi bersama-sama, mereka bersalaman denganku sebelum mengundur diri. Aku ucapkan terima kasih pada setiap seorang daripada mereka yang datang membawa salinan novel mereka tersendiri, malah ada yang sengaja mendapatkan salinan tambahan daripada buku yang dibuka untuk jualan petang itu. Aku bersyukur kerana dalam pada ada yang tak suka dengan karierku, masih ramai lagi yang memberi sokongan tak berbelah bahagi seperti mereka ini.

Pintu utama dewan itu sudah dibuka untuk peserta keluar dan masuk. Tak lama selepas bersalaman dengan mereka, dari ekor mata aku terperasankan seseorang yang berdiri di pintu utama itu tak berganjak. Awalnya aku sangka itu mungkin pengawal keselamatan yang bertugas untuk sesi petang ini tapi hatiku rasa tak sedap, seperti sedang diperhati. Hatiku meronta agar aku periksa.

Jadi aku curi-curi pandang ke arah pintu itu. Manusia yang berjalan keluar masuk buatkan pandanganku terhalang beberapa saat, sebelum akhirnya mataku tertancap satu wajah yang paling aku tak jangka akan berani munculkan diri di majlis tertutupku begini.

Apa dia buat kat sini!?

A/N: Pemuja Heroga e-book is available for purchase now! Link to purchase a copy is available at my Shopee and Google Play. Authorized links are at my bio, thank you! :)

 Authorized links are at my bio, thank you! :)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
PREVIU || Pemuja HerogaWhere stories live. Discover now