2 0 1 7 | dua puluh lima

3.2K 87 3
                                    

"Can I ask you something?" Haden bersuara selepas ruang itu senyap seketika

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Can I ask you something?" Haden bersuara selepas ruang itu senyap seketika. Aku jadi gemuruh pulak bila dia minta izin begini. Selalu main terjah je.

"I'm not angry at either of you, if that's what you're gonna ask about," jawabku separa gurau untuk mengurangkan debar.

Haden ketawa. "Good to know that but my concern is elsewhere," jawabnya dan memandangku sekilas. Aku berikan sedikit anggukan lalu dia menyambung, "Are you close with that man Encik Khairi?"

"Why?" Aku tak dapat menghalang diri daripada terus bertanya kenapa dia mengungkit semula tentang Encik Khairi.

"Well..." Haden mengambil jeda. "He was with you when you received my pictures. And I also accidentally heard about you being alone with him before? At your previous apartment?" Haden menoleh sekilas. "He must have been one trustworthy man before. What changed?"

Oh... Untuk sesaat tadi, aku terperasan kalau-kalau heroga ini cemburu. Tapi telahan bodoh apa namanya tu?

"I don't know... He's still the same old him, I guess? It's just that I recently discovered colors of him that I just can't vibe with anymore. He can be too pushy at times, not considerate of my feeling. And there was one time, he jokingly blamed me for the harassment that I received. It was the last thing I wanted to hear as a victim." Habis meluahkan, baru aku perasan moodku sudah berubah 180 darjah gara-gara mengungkit tentang Encik Khairi.

"Sounds like an obnoxious bastard to me," kata Haden, tak pasti jika dia bergurau? Aku pandang ke tepi, menunggu dia menoleh ke arahku. Apabila dia perasankanku, Haden menoleh dengan satu sengihan tak bersalah. "Well, I know you associated me with being an obnoxious myself. I'm perfectly aware. But at least I'm the... kinder type, right?"

Hilang sudah marahku pada Encik Khairi tadi. "Of course. Or else I won't be friends with you."

Kalau kita boleh bekukan beberapa momen dalam hidup, detik ini adalah salah satu saat yang akan aku pilih untuk abadikan. Aku dan Haden, memandang mata satu sama lain selama beberapa saat, tiada agenda tersembunyi, tiada motif lain — selain untuk wujud pada saat itu — bersama, hanya aku dan dia. Saat aku sedar, aku sebenarnya sudah jatuh cinta pada heroga ini dan akhirnya mengakui kebenaran itu di dalam hati, tidak lagi menafikan atau bersembunyi.

"Should I get you a Happy Meal?" tanya Haden tiba-tiba, seraya membelok masuk ke pandu lalu McDonald's.

Aku keluar dari buih khayalan dan menggeleng. "Thanks but I'm not hungry."

Tapi apabila tiba di mesin pesanan, lain pula jadinya. "Hi, can I please get a set of Happy Meal? Also, what toy is it and what color?"

Aik? Dah kenapa pulak heroga ni? Dia bukan beli untuk aku, kan? Aku dah cakap tak nak tadi.

"It's fine, I'll take it. Also, one large set of the new burger? Yes, the spicy Korean please, double beef, and please change the drink to Sprite? Yes, perfect. And also, Oreo McFlurry and apple pie, one each? Yes, thank you."

Mungkinkah sebab aku baru sedar yang aku sudah jatuh cinta, maka aku rasakan cara dia memesan makanan tadi sangat... urgh, aku tak jumpa adjektif untuk jelaskan. Tapi pertuturannya sopan dan penuh karisma? Selembut mentega? 

Aku abaikan Haden dan pandang ke luar tingkap, mendiamkan diri dan terus berfikir, daripada dia membayar sehinggalah tiba-tiba Haden hulurkan dulang minuman kertas untuk aku pegang.

Ada beberapa helai tisu berlipat yang diselitkan di situ dan salah satunya ada diconteng nombor telefon. "Err... there's a..."

"Phone number?" sampuk Haden dan aku mengangguk sambil menunjukkan tisu itu kepadanya. Haden hanya ketawa.

"So, what are you gonna do?" Soalanku berbaur cemburu tapi aku harap Haden tak perasan.

"With what? The tissue? Use it to hold the cold cup maybe," jawab Haden sambil mencapai tisu bertulisan itu dan mengambil minuman Sprite dari dulang kertas di ribaku. Dihirup sikit air sejuk itu membasahi kerongkongnya sebelum selamba dia pandu keluar meninggalkan kawasan McDonald's itu seperti tiada apa-apa yang terjadi.

Tiada perbualan yang menemani kami sepanjang perjalanan pulang. Tapi tiba di depan pintu rumah masing-masing, Haden mempelawa sesuatu yang tak aku jangka.

"Wanna come inside and eat with me? I could use some company. Besides, I bought you a Happy Meal."

Pelawaannya sebelum ini pernah aku tolak dan hina. Tapi saat ini, tanpa aku sedar, sebelum aku sempat berfikir apa-apa, kepalaku sudah mengangguk memberikan persetujuan.

"Great! After you?" Haden menolak pintu rumahnya, menjemputku masuk. Perlahan-lahan, aku menapak mendekatinya.

PREVIU || Pemuja HerogaWhere stories live. Discover now