2 0 1 7 | dua puluh satu

5.3K 88 8
                                    

"Kakak! You won't believe it!" Rania menjerit kecil sebaik masuk dan meletakkan bungkusan makanannya di atas meja

Deze afbeelding leeft onze inhoudsrichtlijnen niet na. Verwijder de afbeelding of upload een andere om verder te gaan met publiceren.

"Kakak! You won't believe it!" Rania menjerit kecil sebaik masuk dan meletakkan bungkusan makanannya di atas meja. "I went breakfast dengan Haden!"

Ah, bagus juga dapat adik yang becok ni. Tak perlu tunggu aku tanya, dia dah bagi jawapan dulu. "Hm, I've kinda... got the idea already," balasku, terus ke dapur untuk menyambung membuat kopi. Ingat; kopi ialah pencelik akalku. Tanpa kopi, aku hanya sekujur tubuh yang wangi selepas mandi dan mencuci rambut.

"Well it wasn't intentional, but it didn't change the fact that the accidental breakfast date went well," tambah Rania yang kini di rak pinggan mangkuk. "Actually Rania sampai awal tadi, ingat nak ajak kakak keluar breakfast. Tapi masa Rania sampai tadi, terserempak pulak dengan Haden when he was in his car, on his way out for breakfast. Kakak, he drives a freaking Porsche!" kata Rania dengan suara teruja. "Ah, but you're his neighbour. Mestilah kakak dah lama tahu."

Aku hanya senyum sambil mengacau kopiku yang berwasap. 

"So he invited me to join him sarapan kat restoran kegemaran dia and offered that we tapau something for you instead. Rania rasa it was a good invitation; Rania dapat naik kereta mahal dia, dapat breakfast date dengan dia, bungkuskan kakak brunch, and dapat naik ke rumah together dengan Haden tanpa perlu deal dengan guard to surprise kakak! What a beautiful morning!" Rania masih berceloteh sambil mengeluarkan makanan dari polisterin ke dalam pinggan.

"Oh! And we finally exchanged phone numbers," bisik Rania apabila aku datang duduk di meja itu.

Wow. Sedangkan aku sendiri tak pernah bertukar nombor telefon dengan Haden. Bagaimana Rania dengan begitu mudah dapat menjalinkan hubungan yang normal dengan lelaki itu?

Melihatkan wajah aku yang tiba-tiba berubah kelat, Rania terus duduk berhadapan denganku. "Emm... kakak tak kisah kan kalau Rania nak berkawan dengan jiran kakak? I know you're very protective of me. My exes masa zaman sekolah dulu semua kena dapat approval kakak dulu but I'm not a kid anymore. I know he is a stranger to you; you made it clear last week. But I don't want to be strangers with him. I think... I got a crush on him."

Sejak kecil lagi, Rania selalu bercita-cita mahu berkahwin dengan lelaki kaya. Tak segak, tak mengapa. Jauh lebih tua, tak kisah. Yang penting ekonominya stabil, pekerjaannya bagus dan lelaki itu menyayanginya. Logik Rania; sekiranya dia berkahwin dengan lelaki kaya, aku sebagai kakaknya tak perlu risaukan kebajikan hidupnya lagi.

"Did you decide that this morning because he drives a fancy Porsche?" soalku.

Rania tunduk. "No. Since last week actually. I couldn't stop thinking about him... Lepas kita lunch and spent time here and he walked me down to my car like a gentleman. I kept replaying every second spent with him, talking to him, laughing with him. He's actually a wise man despite his young age. Can't help it that he's very good-looking too."

Ah, jadi Rania juga sudah kenal pasti terlebih dahulu berbandingku, bahawa heroga itu juga punya bicaranya tersendiri dan mampu menjinakkan apa juga jenis jiwa wanita. Sayangnya, aku baru sedar sisi berbeza Haden itu malam tadi. Tapi bagaimana untuk aku proses luahan perasaan Rania ini? Rania tak tahu siapa Haden di sebalik karakternya yang mempesona itu.

"But remember what I said about good-looking men?" Aku cuba menjentik rasa keraguan dalam hati Rania.

Dia mengangkat wajah dengan senyum kecil. "I know. We must be careful with them, especially when they're such a sweet talker. Tapi kakak, sekali pun Haden tak ada cuba nak pancing-pancing Rania dengan kata-kata manis ataupun pujian. Never! He just treats me so nicely, so kindly, so respectfully... I can't help it but fall for his chivalry."

Aku menghirup kopi. Cuba mencari kata sambil menenangkan jiwa. Mencantum setiap kepingan kejadian untuk mencari asbab. Mengenal pasti jika aku sebenarnya cemburu, atau aku hanya mahu melindungi hati naif adikku. Rania tahu aku sedang memproses semuanya, lalu dia sambung semula mengeluarkan satu lagi makanan dari dalam polisterin ke pinggan.

Aku pandang mi goreng itu. Seperti setiap untaian mi yang berselirat itu, otakku perlahan-lahan menghubung kait. Hatiku terpempan dengan konklusi yang aku dapat, sekali gus memberikan jawapan kepada soalanku pagi tadi. Haden yang selama ini menyakitkan hati dan menjengkelkan, seminggu kebelakangan ini mula berubah dan melayanku lebih baik bukan kerana dia sukakan aku.

Tapi kerana dia mula menyimpan perasaan terhadap adikku, Rania.

PREVIU || Pemuja HerogaWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu