2 0 1 7 | lapan belas

4.3K 84 2
                                    

Encik Khairi mengikutku turun sampai ke kereta. Sepanjang masa di dalam lif, dia diam tapi aku tahu otaknya ligat berfikir, sama seperti fikiranku yang serabut. Apabila dia mengikutiku ke kereta, aku tahu ada perkara yang ingin diperkatakannya.

"Naida nak terus balik ke? Abang Khai dah nak habis waktu bekerja dah ni, tapi boleh je kalau abang keluar office awal sikit. Kita pergi minum-minum dulu jom? Dinner sama-sama?"

Aku melepaskan keluhan. "Sorry, Naida nak balik."

"Kejaplah..." Ditekan pintu pemandu apabila penggera kereta berbunyi tanda kuncinya dibuka. "Abang ada banyak benda nak tanya juga ni. Kita boleh bincang dan abang boleh tolong Naida keluar dari kemelut ni."

Mungkin Encik Khairi berniat baik, apatah lagi setelah melihat bagaimana Kak Izzah melayanku. Selepas disuakan beberapa kepingan gambar itu, tiada sepatah perkataan pun keluar dari mulutku. Melihat aku terkunci sebegitu, bermacam-macam pertuduhan dibuat oleh wanita tersebut walaupun berkali-kali Encik Khairi cuba meleraikan suasana.

"Sorry tapi Naida betul-betul nak balik..." Suaraku perlahan.

Sebenarnya dari dalam rumah Kak Izzah lagi aku cuba menahan emosi. Aku tak mahu menitiskan air mata di depan wanita itu kerana aku tak mahu nampak lemah atau kalah di depannya. Pelbagai tohmahan dilemparkannya untuk memprovok tapi aku ketapkan rahangku rapat-rapat, tak mahu sepatah bicara pun terkeluar dari anak tekakku.

"Okey tapi bagitahu abang dulu, siapa lelaki dalam gambar tu? Teman lelaki Naida ke?? Setahu abang, Naida belum kahwin." Akhirnya soalan yang paling kerap berlegar di minda Encik Khairi terluah juga.

"Naida tak nak komen apa-apa. Naida minta Encik Khairi hormat permintaan Naida," jelasku dan cuba membuka pintu kereta tapi ditahan lelaki berkumis tipis itu sekali lagi.

"Kejaplah..." pujuknya lalu berdiri di depan pintu kereta, menghalangku. "Sebenarnya Naida terkejut sangat ni sebab apa? Lepas tengok gambar-gambar tu, Naida terus diam je tak melawan apa dah. Sama ada Naida kenal lelaki tu, mungkin boyfriend Naida, jadi Naida terkejut dapat tahu dia curang... ke ada kait macam apa yang Cik Izzah cakapkan tadi??"

Aku terus memandang Encik Khairi tajam. "First of all, I don't need to explain myself to anyone. But seriously, memang ada dua kemungkinan tu je ke? Sama ada Naida dapat tahu boyfriend Naida curang, ataupun Naida selalu bawa keluar masuk lelaki dan bermaksiat macam yang Kak Izzah cakap? What if he's a family? Or a close friend? Tak ada possibility lain??"

Encik Khairi muncung tapi tersenyum. Buruk betul rupa. "Haa, macam ni baru betul Naida yang abang kenal. Bukan yang diam je macam tadi. Abang tahu Naida budak baik. Patutnya tadi Naida pertahankan diri macam ni. Bagitahu Cik Izzah tu siapa lelaki dalam gambar tu yang sebenarnya. Jadi, dia ahli keluarga Naida ke?"

Aku tahu itu soalan perangkap. Encik Khairi pandai memutar kerana mahukan maklumat daripadaku. Tapi sudah aku baca fikirannya. "Tolong ke tepi. Naida nak balik."

"Jawablah dulu soalan abang. Siapa lelaki dalam gambar tu?? Biar abang tolong Naida selesaikan masalah ni. Abang care pasal Naida..." Tangan Encik Khairi mula memegang lembut pergelangan tanganku. "Tentang masa depan Naida. Bagitahu abang apa sebenarnya yang terjadi. Abang janji abang akan tolong jernihkan semua ni."

Aku tunduk dan memandang tangan Encik Khairi yang selamba menyentuhku. Entah kenapa bukan perasaan marah yang timbul tapi sedih. Adakah aku menerima nasib tidak dihormati sebegini kerana profesion yang aku pilih?

"Lepaskan tangan Naida..." pintaku perlahan, menahan emosi yang bersesak di dada.

"Alah, abang pegang tangan je. Bukan abang raba-raba tempat lain pun..."

"Lepaskan." Suaraku lebih dalam, lebih tegas. Dan mungkin protesku terbias dari intonasi, jadi Encik Khairi lepaskan tanganku perlahan-lahan. Kemudian, dia melangkah ke tepi sikit, memberiku ruang untuk membuka pintu.

"Jangan sombong sangat, Naida. Abang niat dah baik dah ni nak tolong," kata Encik Khairi dengan nada kecewa.

Aku pandang wajahnya sebelum masuk ke dalam kereta. "Ini masalah Naida. Encik Khairi tak perlu masuk campur. Terima kasih sebab ambil berat. Assalamualaikum."

Aku tutup pintu, hidupkan enjin dan terus meluncur keluar dari kawasan meletak kereta bawah tanah itu. Buat kali pertamanya, aku mempersoalkan jika pilihan karierku ini tepat.

 Buat kali pertamanya, aku mempersoalkan jika pilihan karierku ini tepat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
PREVIU || Pemuja HerogaWhere stories live. Discover now