06 • Not feeling well

724 93 7
                                    

Hai, Jungkook nak beri sweet moments pada korang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Hai, Jungkook nak beri sweet moments pada korang.

Enjoy, do support with comments and votes. ❤️

+++

" Kau tak nak balik lagi? " Soalnya apabila melihat Jungkook yang duduk di atas sofa sambil mengelap rambut yang basah. Haera meletakkan semua jenis makanan yang dimasak ke atas meja. Jungkook menoleh ke arahnya.

" Aku nak ajak kau keluar bersama aku hari ni. Kau nak tak? " Jungkook tidak kisah jika Haera tak terimanya kerana dia tahu Haera akan menjadi milik orang bukannya milik Jungkook. Dia mahu mencari ketenangan.

Sejak semalam, apabila Jungkook sendiri mengetahui tentang suara itu, moodnya mula merudum. Jungkook mula teringat persatu memori pahit. Sayangnya pada abangnya tidak akan pernah hancur.

Pap! Haera menepuk tangannya dan serta merta lamunannya terhenti. Air matanya yang turun setitis segera dilap walaupun dia cuba sorokkannya tapi Haera masih sedar apa yang dia cuba lakukan.

' Aku lihat kau menangis, Jungkook. Apa masalah dia yang sebenarnya ni? ' Ujar Haera di dalam hati. Lelaki yang ada di hadapan ini memandang Haera lalu tersenyim nipis - perasaannya itu cuba ditutup.

" Hm? " Jungkook membuat bunyi.

" Aku tanya, kita nak pergi mana? " Soal Haera.

" Oh, aku tak akan jawab sebab itu adalah rahsia. " Jawab Jungkook terus dia tersengih melihat Haera menatap Jungkook dengan tajam - terasa lelaki ini mahu bermain dengannya. Haera hanya menggeleng kecil dengan sikap Jungkook.

" Alah, ini yang tak suka ni. Rahsia, rahsia, rahsia. Aku rasa duduk dengan kau atau Seokjin, tak ada beza. Semua sama. " Balas Haera lalu tergelak kecil. Jungkook tersentak tetapi dia tergelak sahaja.

" Kita makan tengahari dulu. Jom! " Arah Jungkook lalu menolak belakang badan Haera untuk ke meja makan di dapur. Haera tergelak bila terasa yang Jungkook sebenarnya comel.

-

Uwek! Uwek!

Seokjin mengenggam sinki dan dia mengeluh letih. Ini sudah masuk kali yang kelima dia muntahkan isi perut. Seokjin tidak tahan kerana sudah dua hari berturut-turut dia begini. Jika dia makan pun, termuntah juga.

Dadanya menjadi semakin sakit apabila batuk dan memuntahkan isi perutnya. Matanya mula berpinar dan cuba untuk menahan. Sekali lagi, dia memuntahkan isi perutnya yang telah kosong.

Dia membasuh mukanya lalu terus dia keluar daripada bilik air. Dia juga terlihat pintu utama dibuka dari luar dan ianya Namjoon, baru pulang dari kerja gamaknya. Namjoon sahaja dia harapkan kerana dia tidak sihat.

Tuan Kim, ayahnya selalu memaksa dirinya untul mengendalikan syarikat agar tidak jatuh merudum dan jangan sekesali memberi sesiapa yang handle syarikat ayahnya tetapi dia tidak sihat bagaimana nak beri full attention.

" Namjoon, macam mana dengan syarikat? " Soal Seokjin.

" Semuanya baik sahaja dan jangan risaulah. Kalau aku handle, semuanya baik-baik sahaja. " Balas Namjoon lalu membuka kotnya. Seokjin yang duduk di atas sofa, dipandang. Namjoon agak perasan wajah Seokjin semakin pucat.

" Hyung, kau okay? Muka kau pucat sangatlah. " Ujar Namjoon.

" Aku tak tahulah. Dua hari muntah dan tak ada selera makan. Macam dah nak mati aku rasa. " Balas Seokjin lalu memandang Namjoon. Dia tahu lelaki itu akan terkejut apabila dia bercakap sebegitu. Namjoon menghampirinya.

" Ish, janganlah cakap bukan-bukan hyung. Kita pergi hospital. " Namjoon cuba untuk memujuk Seokjin.

" Tak perlu, esok atau lusa semua akan baik-baik. " Ujar Seokjin.

" Okay, kalau macam tu. Kalau kau rasa tak sihat bagitahulah aku. Jangan gerak banyak sangat. " Namjoon terus naik ke atas. Seokjin mengangguk dan membaringkan dirinya di atas sofa.

To Be Continued

Maaf buat korang menunggu lama?

Fanfiction ni akan diteruskan agak laju.

Do support with vote and comment. Thank you, yeorobun! ❤️

[√] Pregnant.Where stories live. Discover now