14 • Discharge

489 71 1
                                    

" Memandangkan keadaan dia telah pun stabil selepas pembedahan tu, dia dah boleh discharge hari ni. Saya pun perlu nasihatkan, jangan beri tekanan kepada dia dan pemakanan sentiasa dijaga. " Ujar Doktor Park.

" Baiklah, doktor Park. Apapun saya nak berterima kasih sebab selamatkn nyawa dia. " Ujar Seokjin. Automatik, Haera memandang Seokjin lalu bibir Haera mengukirkan senyuman agak manis.

" Itu memang dah tanggungjawab kami dalam selamatkan pesakit kami. " Ujar doktor Park lalu menepuk bahu Seokjin sebelum pergi meninggalkan Haera dan Seokjin. Seokjin menatap pintu wad dan mengeluh kecil.

" Seokjin, saya sebagai tunang awak hormat keputusan awak. Saya tak nak paksa awak nak berjumpa dengan dia ataupun tak. " Ujar Haera kepadanya. Seokjin mengemam bibirnya sebelum pintu wad Jungkook dibuka.

Kelihatan mata Jungkook terbuka dan pembalut di kepalanya yang dah dibotakkan untuk pembedahan. Dia menahan rasa sakit apabila melihat keadaan Jungkook yang masih sakit.

" H-hyung, " Suara serak basah itu memanggil Seokjin dan perlahan dia bangkit dari katil. Seokjin melangkah kebelakang dengan satu langkah. Dia teragak-agak untuk berjumpa dengan adiknya sendiri.

" Tolong j-jangan tinggalkan Kook, hyung. Jungkook hari-hari sakit sebab nak jumpa hyung. Tolonglah Kook nak peluk hyung untuk sekali. " Jungkook cuba untuk menjatuhkan dirinya dari atas katil sekali lagi.

Dia tidak kisah sakit ataupun tidak tetapi dia mahu berjumpa dengannya dan memeluknya. Dengan serta merta Jungkook hilang imbangan tetapi ada seseorang menangkapnya dan peluk Jungkook.

" Hyung, maafkan Jungkook sebab banyak buat salah. " Ujarnya lalu dia terus membalas pelukan Seokjin erat. Seokjin memeluk erat dan biarkan dia menangis di dalam dakapan Seokjin. Haera hanya memandang tindakan dua beradik itu.

-

Seokjin membawa dulang berisi air dan juga bubur untuk adiknya. Pintu bilik dibuka dan terlihat tunangnya itu bersama Jungkook sedang gelak tawa. Dia tersenyum sendirian.

" Hyung!! " Dengan gembiranya, dia memanggil Seokjin. " Wah, Jungkook rasa dah lama tak rasa air tangan kau, hyung. " Puji Jungkook. Seokjin hanya menyuapkan bubur tersebut ke dalam mulut Jungkook.

Haera dan Jungkook memandang antara satu sama lain dan dia berfikir tentang perkara yang sama. Tentang Haera mengandungkan anaknya itu. Seokjin tidak bersuara.

" Hyung, Haera dan Jungkook ada sesuatu nak beritahu. " Ujar Jungkook. Haera memegang tangan Seokjin lalu memandang ke dalam mata Seokjin. Jungkook hanya memandang mereka berdua.

" Sebenarnya, Haera mengandung anak Jungkook secara tidak sengaja. " Ujar Haera. Seokjin memandangnya dengan riak wajah selamba. Tangan Haera ditepis perlahan lalu menoleh ke arah Jungkook.

" Hm, baguslah buat perkara buruk bila abang tak ada. " Ujar Seokjin agak dingin. Jungkook memandang Seokjin lalu menarik tangannya. " Kenapa nak kena bagitahu sekarang? " Soalnya.

" Biar Jungkook jelaskan. " Ujarnya tetapi tangannya ditepis kuat dan tak sengaja terpukul kepalanya di mana di situ adalah tempat yang dibedah. Seokjin agak terkejut dengan apa yang dia lakukan.

" Seokjin, kepala dia dah berdarah. " Ujar Haera. Jungkook tidak sedarkan diri dan berlaku pendarahan yang agak teruk. Seokjin mengambil telefon bimbitnya dan mendail nombor seseorang.

To Be Continued

Maaf tak best :(

[√] Pregnant.Where stories live. Discover now