42 • Welcome

509 50 13
                                    

A/N : Author hanya skip bahagian Haera sakit sebab pregnant. Kita terus pergi bayi dah sampai ksksk (amende aku cakap ni aduh)

+++

Uwek! Uwek!

Suara tangisan bayi yang baru saja dilahirkan bergema di dalam wad itu. Jungkook mengeluh lega dan bibirnya mengukirkan senyuman apabila bayi itu selamat dilahirkan. Kemudian, dia menoleh ke arah Haera.

" Terima kasih. " Bisik Jungkook itu membuatkan Haera tersenyum lebar. Dia bersyukur apabila Haera selamat dan bayi itu juga selamat. Jungkook di situ tidak sabar berjumpa dengannya.

" Encik, kami akan rawat cik Haera dan akan dihantar di wad biasa. Anak encik pula akan kami bersihkan juga. " Doktor Hwang bertutur dengan agak lembut membuatkan Jungkook hanya mengangguk dan tersenyum.

" Saya tunggu di luar ya. " Jungkook melepaskan tangan sebaik saja Haera mengangguk. Dia keluar dari wad itu dan melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Telefon pintarnya dikeluarkan. Aplikasi kakao talk dibuka.

Baru saja dia ingin membuka peti mesej dari Taehyung, Namjoon sudah menelefon dahulu. Panggilan telefon diangkat. Namjoon memulakan dulu perbualan.

" Jungkook, mana kau? Aku nak beri kau makanan, kau tak ada. " Namjoon mengeluh di hadapan rumahnya. Dia terkejut apabila Namjoon datang ke rumahnya tanpa diberitahu. Namjoon masih tidak tahu tentang hari ini.

" Jungkook ada di hospital daripada subuh tadi. Haera dah bersalin pun. " Balas Jungkook. Membulat mata sang abang yang paling tua darinya dengan kata-kata Jungkook. Haera sudah pun bersalin tanpa pengetahuan dia.

" Kenapa kau tak bagitahu? Aku nak tengok anak sulung kau juga? Tae dah tahu? Kalau yang lain? " Pelbagai lagi soalan yang diterima. Jungkook hanya mampu tabah dengan Namjoon yang sememangnya perangai seperti hyung Jungkook dulu.

" Hyung je yang tahu dulu. Aku baru nak beritahu Taehyung hyung, hyung dah call dulu jadi dia tak tahu. " Ujar Jungkook. Namjoon mengangguk lalu masuk ke dalam kereta.

" Tak apa, kau beritahu yang lain. Aku on the way nak pergi hospital ni. " Ujar Namjoon. Jungkook hanya akur lalu memberitahu yang lain. Jungkook masih berharap yang Seokjin juga ada bersamanya dan Haera.

-

" Weh, comelnya! " Jimin tak habis bermain dengan pipi anaknya.

" Kalau macam ni, aku tak sabarlah nak kahwin. Aku nak dapat anak juga. " Taehyung masih berangan.

" Jungkook, apa nama anak kau? " Soal Yoongi, malas nak melayan Jimin dan Taehyung yang memang jakun di situ. Haera hanya melihat teletah dua orang lelaki di hadapannya ini sedang bermain dengan anaknya.

" Kalau anak Jungkook perempuan, boleh ke nak letak nama Jeon Saera? " Soal Jungkook pada Haera. Namjoon, Hoseok dan Yoongi hanya memerhati. Jeon Saera, cantik juga nama itu.

" Kalau itu yang awak nak, Haera ikut. " Balas Haera.

" Aku suka nama tu. " Sampuk Jung Hoseok. Jungkook tersenyum apabila semua setuju dengan cadangan nama anak sulungnya. Nama itu cantik dan dekat dengan nama Haera. Anaknya juga cantik dan comel.

" kalau Saera dah besar, uncle akan jodohkan kamu dengan anak uncle. " Haera menggeleng, Jungkook sudah sedia untuk mengangkat tangan dan yang lain, I'm so done with Park Jimin.

" Jimin-shi! Jangan memandai kau nak jodohkan anak aku dengan anak kau. Sekali dapat cucu perangai kau, aku sepak punggung kau. " Jungkook memandang tajam Jimin.

" Silalah, bukan dapat pun. " Balas Jimin sambil menjelir lidah.

" Oh, kau mencabar. Meh sini kau! " Jungkook mengejar Jimin yang cuba melarikan diri. Kadang-kadang, yang lain terhibur dengan gelagat jungkook dan Jimin.

" Woi, aku nak join sepak juga. " Si Taehyung mula mengejar si Jungkook dan Jimin dan doakan Jimin baik saja selepas dihempap, dipukul dan juga ditumbuk.

Rest in peace, Jimin.

To Be Continued

Mengarut apa yang aku tulis 😂

By the way, happy 7K readers! ❤️

Satu chapter lagi dan yeah, buku ni akan tamat! >3

Stay tuned, today!

[√] Pregnant.Where stories live. Discover now