31 • Fear

397 49 7
                                    

" Apa sebenarnya dah jadi pada dia, doktor? " Soal Haera.

" Sebenarnya, Jungkook dah lama mengalami kemurungan yang tahap teruk akibat perkara silam sehingga dia takut untuk hidup dan berdepan dengan orang sekeliling dia.

Jadi, apa yang berlaku pada dirinya tadi adalag punca daripada Jungkook sendiri. Dia cuba membunuh dirinya sendiri. Mungkin ada sebab sebelum dia buat macam tu. " Balasnya.

Doktor Hwang adalah doktor pakar psychologist. Haera mengangguk dan tersenyum nipis. Dia menoleh ke arah Jungkook yang masih tertidur akibat disuntik ubat penenang tadi.

" Jadi, apa kesannya nanti jika dia teruskan ketakutannya? " Soal Haera lagi.

" Ini bergantung pada mentalnya. Selalunya, kalau dia sudah takut dan akan sembunyikan diri, takut sahaja kalau mentalnya menjadi teruk dari sekarang. Dia sekarang perlu diberi perhatian cukup.

Jangan biarkan orang kesayangan Jungkook diingat selalu. Itu juga akan memerangkap dirinta terus menjadi seperti ini. Caranya, awak perlu beri kehidupan baru pada dia. Walaupun apa sahaja cabaranya. " Ujar Doktor Hwang.

Haera mengangguk faham. Doktor Hwang keluar daripada wad pesakit meninggalkan Haera dan Jungkook di dalam. Haera menghampiri Jungkook lalu tangannya diraih lembut.

" Awak, saya rindukan Jungkook yang dulu. Jangan biarkan kesedihan memerangkap diri awak sehingga jadi macam ni. Saya tak sanggup. " Tangan Jungkook digenggam dengan erat. Dia memandang Jungkook tenang sahaja melihat lelaki itu tidur.

Ini hanyalah untuk sementara tapi bagaimana selepas dia bangun. Haera pun tidak tahu apa yang akan berlaku selepas ini. Apapun, dia perlulah juga membantu Jungkook dan Seokjin.

-

Jungkook terjaga dengan keadaan mengejut. Seokjin berada di hadapan sedang memandangnya dengan bibir mengukir senyuman manis. Dia terus bangkit lalu menghadap Seokjin.

" Hyung, Kook rindukan hyung. Kau tak rindukan adik kau ke? " Jungkook meraih tangan Seokjin lembut lalu dia mengenggamnya dengan erat. Seokjin tersenyum sebelum membuka mulut.

" Hyung rindukan Kook. Kenapa? " Soal Seokjin.

" Janganlah marah Jungkook lagi, hyung. Jungkook janji tak akan buat hal lagi. Kook rindukan hyung sangat dari dulu sampailah sekarang. Jangan marah lagi, hyung. " Tanpa sebarang izin, Jungkook memeluknya erat.

Jungkook menangis teresak-esak di dalam dakapannya sehinggalah sedar dia terdengar suara ganjil perempuan yang dia tidak kenali. Haera menoleh ke arahnya dengan hairan bercampur simpati.

" Gwenchana? " Soal Haera.

Dengan serta merta, pelukan terus dilepaskan. Jungkook menunduk lalu mencebik. Dia memeluk lutut dengan tangisan yang masih tak berhenti. Dia cuma inginkan abangnya seorang.

" Jungkookㅡ "

" Jangan sentuh! " Jerit Jungkook.

" Saya cuma nak bantu kau. Kalau Jungkook ada masalah, bagitahu. Kau mesti rindukan abang kau, kan? " Soal Haera. Dia berharap agar taktik yang ini akan menjadi.

" Rindu, tapi dia marah. Kenapa dia marah sangat? Aku bukan adik yang baik ke? " Soal Jungkook dengan suara yang tidak jelas kerana mukanya itu disorokkan. Haera tersenyum nipis.

" Tak adalah, dia tak marah kau. Dia perlukan masa untuk bercakap dengan kau. Kau sakit dan dia sedih. Jadi, bukan masa sekarang sebab kau sakit. " Balas Haera. Jungkook dengan serta merta mengangkat kepalanya.

" Eh, aku tak sakit. Kau cakap pada dia yang aku tak sakit. Aku dah sihat. Kau bawalah dia jumpa aku. Aku tau dia pun rindukan aku. Jebal! " Haera tak sangka ini yang akan berlaku.

Jungkook mengenggam erat tangan Haera dan wajahnya berharap semua yang dipinta akan ditunaikan. Dia tau Haera dah membantunya.

" Ya, boleh. " Balas Haera.

To Be Continued

Well, tak adalah berat sangat plot chapter 31, kan? Sana memang nak letak tentang mental disorders ni.

Jungkook kemurungan sehingga dia takut untuk hidup dan berhadapan dengan orang sekeliling.

Readers, fikir saja sebelum dia amnesia, dia memang dah depress sejak hubungannya dengan Seokjin renggang. Harap jelas ya 👀❤️

Btw THANK YOU FOR 1K VOTERS BUDDIES! ❤️

[√] Pregnant.Where stories live. Discover now