09 • Gold Chain

505 79 6
                                    

Ding! Dong!

Haera dan Jungkook terkaku tanpa sebarang suara keluar memandang ke arah pintu. Haera menoleh, memberi isyarat kepada Jungkook untuk diam. Jungkook menelan air liur perit.

Haera menghampiri pintu dan dia melihat seorang lelaki yang dia tidak mengenalinya. Dia dengan perlahan membuka pintu dan lelaki di depan Haera tersenyum manis.

" Annyeong, saya nak hantar barang yang dikirim oleh Encik Seokjin. Jung Haera, tunang kepada Encik Seokjin? " Soalnya. Haera tersenyum dan terus mengangguk. Lelaki itu memberikan kotak kecil itu kepadanya.

Jungkook memandang Haera yang sedang menutup pintu dan mendekati Jungkook bersama sebuah kotak kecil pemberian seseorang. Kotak itu terus diletakkan di atas meja.

" Mesti Seokjin hyung yang beri? " Soal Jungkook. Haera menganggukan kepalanya dan tersenyum. Dia sendiri pun tidak ingat sudah berapa minggu Seokjin tidak pulang jadi, Haera agak rindu dengannya.

Jungkook mengangguk kecil. Haera membuka kotak tersebut dan punyai satu kotak merah segi empat tepat di dalamnya. Haera agak terkejut. Satu hadiah yang bermakna padanya.

Rantai emas dan di sekelilingnya itu dihiasi dengan permata putih. Dengan gembiranya Haera memakai rantai itu pada lehernya. Haera terkejut apabila sepasang tangan sentuh tangannya.

Jungkook memakaikan rantai itu di leher Haera. Nafas Jungkook terasa di belakang badannya membuatkan dia terkaku. Jungkook memandang Haera daripada tepi dan tersenyum.

" Kau tahu... kau terlalu cantik dan layak untuk jadi bakal isteri pada dia. " Ujar Jungkook dengan perlahan lalu tersenyum.

-

" Seokjin, appa dah kata handlekan syarikat betul-betul dan sekarang kita dah menurun. Imej kita dah buruk! " Dengan nada marah, Tuan Kim, ayah kepada Seokjin memarahi anaknya.

Seokjin yang duduk di atas sofa itu hanya menunduk manakala Namjoon memerhati Tuan Kim dan Seokjin itu. Seokjin menggigit rahangnya, sudah muak dengan ayahnya.

" Appa beri syarikat untuk Seokjin dan juga Namjoon handle tapi kenapa imej syarikat kita menurun? Macam mana kamu berdua kamu buat kerja? " Kali ini dengan suaranya lebih pada menengking.

" Tuan, Seokjin hyung sakit berapa hari ni jadi dia tak dapat nak handle. Saya pun masih belajar jadi susah nak handle kerja ni dalam satu masa. Saya mencuba, Tuan. " Sampuk Namjoon.

" Walaupun dia sakit, tapi semua ni perlu dijaga. Habislah reputasi turun sebab kamu dan kamu! " Kertas kerja dibuang pada Seokjin. Namjoon agak tercabar dengan perilakunya tapi dia mendiamkan diri.

" Apapun, appa nak kamu berdua ni betulkan semula apa yang jadi. Salah kamu jadi appa tak masuk campur. " Ujar Tuan Kim lalu dia keluar dari pejabat meninggalkan Namjoon dan Seokjin.

" Hyung, gwenchana? " Namjoon di atas sofa menghampiri Seokjin yang seperti memegang kepalanya sakit itu. Seokjin tidak menjawab. Wajah tidak kelihatan jadi sukar untuknya melihat keadaan Seokjin.

" Hyung. " Lengan Seokjin ditarik dan Seokjin terjatuh di atas bahunya. Namjoon tersedar Seokjin sudah tidak sedarkan diri.

To Be Continued

Malam ni siapa overnight?

Ayu update masa tu ya hehe 😂❤️

[√] Pregnant.Where stories live. Discover now