24 • Hit

407 62 3
                                    

Authors's notes :

Don't forget to vote and comment below. I will reply it when I have a free times ❤️

+++

" Dia mengandung dah dua bulan. Tak sangka, kau nak juga dekat Haera sedangkan dia dah jadi tunang aku. " Ujar Jungkook sambil membuka satu persatu butang bajunya kemeja. Dia memandang Seokjin dengan riaksi biasa.

Haera hanya menunduk, sedikit pun tidak memandang Jungkook dan Seokjin. Hatinya telah dirobek keras oleh Jungkook. Semuanya janji dulu, satu pun Jungkook tidak ingat. Haera agak menyesal mengenali Jungkook.

" Dia bukan anak aku. Kau tau tak anak yang ada dalam kandungan kau adalah anak kau. Kau yang dah buat dia mengandung. Kau tak ingat pasal tu? " Soal Seokjin selamba. Dia malas untuk berlembut dengannya.

" Kau cuba nak cover kesalahan kau sebab itu kau gunakan aku. Aku naik muaklah dengan alasan aku ni amnesia. " Balasnya dengan nada tak semenggah. Kakinya menapak naik di atas tangga untuk berehat ke biliknya.

" Kau tak ingat, " Langkahnya serta merta terhenti. Seokjin memandang setiap gerak geri Jungkook. " Kau ada nampak lelaki serba hitam di depan rumah kau. Sebelum tu, kau mabuk di rumah. Esoknya, Haera ada di dalam bilik kau tak berpakaian. " Balasnya.

Kata-kata Seokjin sedikit sebanyak membuatkan memori lama Jungkook muncul. Jungkook memegang kepala yang berdenyut sakit. Memori dalam fikirannya agak kabur tetapi dirinya dan Haera berada di atas katil dilihat.

Dialog yang samar juga dia ingati. Semua itu membuatkan kepalanya itu berdenyut hebat dan jatuh daripada tangga itu. Haera terkejut lalu dengan pantas dia menghampirinya. Seokjin juga berlari ke arahnya.

" Kau memang cari nahas, Seokjin. Kau siapa nak bercakap benda bodoh macam tu? Kau mengaku saja dengan salah kau ugh! " Teriak Jungkook yang masih dalam kesakitan. Kemudiannya dia bangkit lalu naik ke tingkat atas.

Seokjin memandang Jungkook lalu menoleh ke arah Haera. Dia hulurkan tangannya untuk membantu wanita yang dia sayangi berdiri. Haera hanya terima lalu menyambut tangannya.

Seokjin menarik Haera masuk ke dalam dakapannya. Dagunya ditarik lalu bibirnya didekatkan pada bibir Haera lalu bercantum menjadi satu. Ciuman yang bercampur satu persatu perasaan dalam diri mereka.

-

" Yow Jimin! " Sapa Taehyung. Gaya yang biasa remaja lelaki akan lakukan apabila berjumpa. Jungkook yang ada di belakang hanya memerhati sahaja gerak geri Taehyung dan rakan baik. Dia masih tidak mengenali mereka.

" Oh, ini siapa? " Soal Jimin.

" Inilah kawan aku yang aku selalu ceritakan. Nama dia Jeon Jungkook. " Balas Taehyung.

" Hai, nama aku Park Jimin. By the way, masuklah daripada tercegat saja di depan pintu. " Jemput Jimin kepada Taehyung dan Jungkook masuk dalam rumah. Bukan mereka bertiga sahaja tetapi ada dua orang lagi lelaki.

Jungkook agak tidak biasa dengan persekitaran begini. Tambahan, geng Taehyung berada di sana. Dia tak lagi mengenali mereka. Jungkook duduk di atas sofa dan memandang kesemua ahli dalam geng rakannya.

" Eh, maaf. Aku baru keluar dari tandas. Taehyung, mana rakan baru kau? " Soal seseorang. Dia juga adalah salah seorang dari geng Taehyung dan berkawan sudah lama dengannya.

" Oh Namjoon hyung, inilah kawan aku yang kenal dari kelab malam. Ini dia Jeon Jungkook. " Ujarnya dengan nada mesra. Namjoon terhenti sebaik sahaja dia memandang wajahnya itu. Jungkook mengingatkan dirinya pasal Seokjin.

Seokjin sudah lama tidak hadir ke tempat kerja dan semua tugasan yang patut dihandle olenya diberikan pada Namjoon. Jungkook hanya tersenyum padanya tanpa rasa bersalah ataupun tahu tentangnya.

" Namjoon, gwenchana? " Yoongi menyoalnya. Lamunanya terhenti lalu menoleh ke arahnya. Dia mengangguk lalu melabuhkan punggung sebelah Hoseok. Sekilas dia memandangnya tanpa Jungkook perasan.

" Boleh aku nak pinjam tandas? " Soal Jungkook.

" Boleh. Tandas ada di dapur. Kau masuk dapur terus nampak. " Balas Jimin. Jungkook mengangguk lalu dia berdiri untuk ke tandas. Dia berjalan di hadapan Namjoon dan dengan tak sengaja dia tersepak tikar berbulu.

Kepalanya terhentak pada meja dengan agak kuat sehingga satu cecair likat mula mengalir. Padangan mula kabur dan memori lama menerja ke dalam fikirannya. Haera dan dirinya sedang masak Enoki Kimchi bersama.

Jungkook mengerang kesakitan lalu memegang kuat kepalanya yang telah berdenyut. Tidak lama kemudian, dia tidak sedar dan pengsan. Namjoon di situ mencempung badannya lalu dia berbaring di atas sofa.

" Biarkan dia di sini sampai bangun sepenuhnya. " Arah Namjoon.

To Be Continued

Maaf, semalam sibuk jadi tak dapat nak update dengan banyak. Hari ni inshaAllah ada update lagi ❤️

[√] Pregnant.Onde histórias criam vida. Descubra agora