20 • New Life

459 66 3
                                    

" Ini adalah rumah baru Jungkook. Kau, aku dan juga Haera akan tinggal bersama di sini. " Ujar Seokjin sambil meletakkan beg berisi baju-baju adik Seokjin di atas lantai. Dia mendengar Jungkook berdecit halus.

" Hm, baguslah ini rumah baru aku dan kau jadilah kuli aku. Disebabkan kau orang asing jadi, aku jadikan kau orang gaji. " Ujar Jungkook sinis. Dia menjeling Seokjin lalu berbaring atas sofa tersebut.

" Kalau macam tu, kerja kau untuk aku adalah buat kopi. " Ujar Jungkook. Seokjin berdiam diri dan hanya akur tetapi lengannya sempat ditahan oleh Haera. Haera memandang Jungkook lalu menoleh ke arah Seokjin.

" Tak apalah, biar saya yang buatㅡ "

" Eh, sayang tak payahlah. Biarkan orang gaji kita yang buat. Dia pernah kata Haera ni tunang Jungkook, kan? Mehlah sini. " Arah Jungkook dengan nada berubah. Seokjin mengarahnya untuk menghampiri Jungkook.

Haera hanya akur lalu menuju ke arah Jungkook. Seokjin memandang lantai, tidak sanggup melihat adegan Haera bersama Jungkook.

" Kau tercegat apa lagi, orang gaji? Aku suruh kau pergi buat kopi untuk aku. " Suara Jungkook memyentakkan Seokjin. Seokjin mengangguk lalu dia masuk ke dalam dapur dengan segera.

" Menyusahkan betul orang macam ni. " Haera memandang Jungkook dan pandangannya seakan tidak puas hati dengan kelakukan kurang ajarnya itu kepada abangnya. Amnesia tapi juga kurang ajar.

-

" Bangun, " Suara Jungkook serak basah itu membuatkan Seokjin terus terjaga dari tidurnya pada malam itu. Jungkook sibuk menaip mesej dalam telefonnya. " Aku nak kau masak aku maggi sekarang juga. "

" Ini dah malam sangat. Esok saja aku masakkan kau makanan. " Mata digosok akibat kantuk tambahan lagi dia baru sahaja memakan ubat tahan sakit memandangkan dia barah otak agak lama. Jungkook berdecit halus.

" Kau kena ingat yang kau bibik je di rumah ni. Aku nak masakkan juga! " Tanpa memikirkan Haera yang lena di sebelahnya, menengking abangnya membuatkan Seokjin agak terpana di situ. Haera menggeliat kecil.

" Baiklah, aku masakkan juga, " Dia menarik tangan Jungkook keluar dari bilik. " Aku tak nak arahkan tapi kena juga. Jangan kacau Haera tidur. Pergi duduk ruang tamu sana. " Arahnya.

Jungkook menjeling Seokjin sambil menepis tangannya. " Jangan arahkan aku buat apa yang kau nak. " Ujarnya lalu berjalan meninggalkan Seokjin di situ. Seokjin mengetap rahangnya dan terasa hati mula bertandang di dalam hati.

Tidak banyak fikir, dia turun untuk ke dapur.

To Be Continued

Siapa yang appreciate ayu kembali semula dan published fanfiction ni semula, thank you for your purple heart. I love you so much, buddies.

❤️

[√] Pregnant.Where stories live. Discover now