28 • You

415 52 4
                                    

Author's note :

Ada kata-kata harapan untuk Jeon Jungkook kesayangan anda selepas sahaja membaca tajuk bab ini? Sila berikan kepadanya.

+++

Selepas sebulan Jungkook terlibat dalam kemalangan, tiada perubahan yang ketara dilihat olehnya. Keadaan Seokjin pula semakin hari tersangat membimbangkan. Haera masih setia berada di sebelah Jungkook.

Setiap hari, Haera akan ke hospital melawat orang yang paling disayangi iaitu Seokjin dan Jungkook. Dia amat berharap keadaan Jungkook dan juga Seokjin semakin baik dari hari ke hari tapi doanya seperti diendahkan.

Namjoon membuka pintu wad itu dan masuk ke dalam bersama bekal makanan yang dibawa dari rumah. Dia terlihat Haera berada di sebelah senang termenung jauh memandang Jungkook yang masih tertidur.

" Cik Haera, " Sapa Namjoon. Haera tersentak dan serta merta lamunanya terhenti. Dia menoleh ke arahnya dan tersenyum. " Saya ada bawa makanan untuk Cik Haera. Kita makan bersama dulu. " Pelawa Namjoon.

Haera mengangguk dan tersenyum. Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi berhadapan dengan Haera lalu mengambil makanan di dalam plastik. Ianya adalah dua bekas nasi goreng.

" Ini saja makanan yang saya boleh masakkan. Ini pun Seokjin hyung ajar pada saya sebelum saya tahu dia sakit dulu. " Ujar Namjoon. Haera terhenti perbuatannya lalu memandnag arah Namjoon.

" Awak cepat sangat belajar. Saya pasti awak kenal macam mana hyung awak. Dia pandai memasak pelbagai jenis makanan. Saya pun belajar dari dia. " Balas Haera. Dia cuba hiburkan Namjoon.

" Alah, jangan puji. Nanti saya malu kalau macam tu. " Dengan riak manja ditunjukkan, dia menunduk. Haera di situ tergelak dengan Namjoon. Ini kali pertama melihat sisinya yang lain. Dia terlalu comel bahkan kacak.

" Manja. " Balas Haera. Namjoon di situ tersipu malu seperti kucing yang inginkan makanan dari tuannya. Dia tersenyum pada Haera sebelum mata menoleh ke arah Jungkook secara tak sengaja.

" H-hyung, o-omma, o-omma, hyung, " Seperti tidak cukup nafas, Jungkook memanggil ibunya dan Seokjin. Suara Jungkook menyentakkan Haera, serta merta dia menekan butang merah di sebelah katil Jungkook.

-

" Jungkook? " Seokjin masuk dalam wad Jungkook setelah mendapat tahu Jungkook sudah sedar daripada koma yang panjang. Malangnya, kondisi dia terlalu lemah akibat barah otak yang dialaminya.

Dia terpaksa memakai kerusi roda. Dengan keadaan tergesa-gesa, Seokjin masuk di dalam wadnya. Haera ada di sebelah Jungkook seperti dia berada dalam keadaan terkejut. Seokjin terus mendekatinya.

Jungkook menoleh ke arah Seokjin. Dia menyebut perkataan hyung tanpa suara. Dia mendekati Seokjin lalu dia memeluknya dengan erat. Haera kaku memandang lantai. Seokjin agak risau melihat Haera.

" Hyung, rindunya. Jungkook rasa dah lama kita tak jumpa. " Jungkook tersenyum manis. Seokjin terus kaku apabila Jungkook mengingat tentang Seokjin setelah sekian lama memori hilang.

" Kenapa hyung pakai kerusi roda? Jangan kata yang hyung sakit. Cakap, hyung! " Seokjin hilang kata-katanya. Suasana di dalam wad ini janggal tak mampu diungkapkan. Seokjin terasa ada yang tidak kena.

" Jungkook, hyung sakit sikit saja. Kau janganlah risau tentang aku ya. " Pujuk Seokjin. Jungkook mengangguk dengan kata-katanya. Dia menoleh ke arah Haera sebelum mulutnya dibuka untuk bersuara.

" Hyung, kau kenal siapa dia? Nama dia Haera dan dia kata Jungkook ialah kawan dia. Betul ke, hyung? " Soalnya dengan wajah kosong. Haera berdiam diri dan hatinya hancur. Hancur dan susah untuk terima kenyataan ini.

Seokjin dan Namjoon tidak sangka semua ini akan terjadi. Jungkook pula seperti kanak-kanak kecil yang ingin membesar. Apa lagi yang cuba untuk ditunjukkan dalam drama ini. Haera sudah letih.

To Be Continued

Maaf, lambat pula update.

Harap kamu semua enjoy dengan chapter ini. I will publish next pula untuk hari ini. 🖤

[√] Pregnant.Donde viven las historias. Descúbrelo ahora