32 • Forgive me

411 50 8
                                    

Seminggu kemudian, selepas saja Jungkook mendapat rawatan dengan teliti, dia boleh pulang hari ini. Haera masih tertanya apa yang Jungkook itu lihat sehingga dia sanggup bunuh diri pula.

Soalan itu diketepikan. Pintu wad dibuka. Langkah Jungkook berhenti dan memandang Haera. Haera agak hairan dengan kelakuan Jungkook.

" Kenapa? " Soal Haera.

" Jungkook takut. Hari tu Jungkook terdengar hyung benci aku. Kalau dia bunuh aku macam mana? " Jungkook memandang Haera, pandangan Haera berubah tetapi dia tetap tersenyum.

" Tak ada apalah yang jadi. Aku dah cakap, dia masih sayangkan kau. " Dia cuba untuk menenangkan lelaki yang berada di hadapannya ini. Tangannya diraih lembut dan berjalan masuk ke dalam wad Seokjin.

Seokjin bersandar di kepala katil dengan matanya memandang ke arah tingkap. Cuaca yang cerah dan langit yang cantik dipandang tanpa dia tak sedar kehadiran Jungkook dan Haera.

" Hyung... " Jungkook memeluk erat lengan Haera dan berada di belakang Haera. Dia agak takut jika Seokjin itu memarahinya. Seokjin tersentak lalu menoleh ke hadapan.

" Jungkook... " Tanpa suara, Seokjin memanggil namanya. Jungkook hanya berdiri di situ tanpa mengahmpirinya kerana ketakutan walaupun dia rindu dengan abangnya sendiri.

" Jungkook, abang kau panggil. Kau kata kau rindukan dia, pergilah pada dia. " Sampuk Haera. Jungkook hanya akur lalu perlahan-lahan dia pergi ke arah Seokjin.

Tangan Jungkook ditarik lembut lalu masuk ke dalam dakapannya. Dia mengusap lembut rambutnya. Seokjin tersenyum nipis apabila kedengaran esakan kecil Jungkook.

" Hyung, jangan marahkan aku lagi. Aku minta maaf selama ni aku banyak buat salah. Aku takut... kalau perkara sama berulang lagi. Aku rindu kau. " Ujar Jungkook sambil menangis.

" Aku pun nak minta maaf juga. " Balas Seokjin dengan suara yang agak lemah. Sudah beberapa minggu, tidak makan mahupun tidur. Kesakitan diri semakin lama semakin tidak dapat dibendung.

" Hyung, nak buat permintaan? " Soal Jungkook. Seokjin hanya tunggu sahaja permintaan adiknya walaupun dia tahu, dia tidak akan tunaikannya. Jungkook menoleh ke arah Haera lalu tersenyum nipis.

" Kook nak kahwin. " Ujarnya lagi. Haera dan Seokjin tersentak dan juga tertanya. Jungkook tergelak kecil lalu memegang erat tangan Seokjin.

" Kau dah ada calon? " Soal Seokjin.

" Ada, dia cantik then dia tolong aku selama seminggu. Kook macam jumpa dia sebelum ni tapi tak ingat. " Seokjin cuba menghadam kata-kata Jungkook. Dia seperti tahu siapa yang dia kata.

" Siapa? " Soal Seokjin.

" Itu, Jung Haera. " Balas Jungkook.

-

" Selama ni, apa saja Haera bantu dia sampai dia jatuh hati pada Haera? " Soal Seokjin. Haera tersenyum kecil geli hati dengan keletah Jungkook itu. Dia menoleh ke arah Seokjin.

" Tak adalah banyak sangat Haera bantu dia. Haera cuma tolong dia dari sembuhkan penyakit kemurungan dia saja. Dia banyak puji masakan Haera sama macam abang masak. " Balasnya itu.

Jungkook sudah tertidur di sisinya. Hanya tinggal Haera dan Seokjin yang masih berjaga. Dia mengusap lembut rambutnya. Perasaan sebak muncul di dalam hatinya secara tiba-tiba.

" Jungkook masih depress sampai sekarang ke? " Soal Seokjin.

" Tak sangat, dia mula sihat tapi apa yang Haera takutkanㅡ "

" Bila abang dah pergi dalam hidup dia dan Haera? " Soal Seokjin. Haera tak mampu untuk bercakap perkara yang akan menyedihkan hatinya. Dia mengangguk kecil. Seokjin tersenyum.

" Haera, kalau Haera sayangkan dia, sembuhkan dia dan buat dia lupakan abang. Haera, abang sayangkan Haera dan juga Jungkook. Kalau abang pergi nanti, jaga diri dan jaga Jungkook ya. " Balas Seokjin.

Tidak semena-mena air mata Haera tumpah. Dia memeluk Seokjin dengan erat seeratnya. Dia membalas pelukan Haera dan cuba menenangkan wanita kesayangannya itu.

" Abang tahu, Jungkook pun dapat bahagiakan sayang macam mana saya buat pada awak. Pertunangan antara kita berdua dah terputus Haera. Maaf. " Ujar Seokjin lalu pelukan dilepaskan

" Cincin yang ada pada jari manis awak adalah saya. Kalau awak rindu saya, awak tataplah cincin ni. " Ujar Seokjin lagi. Haera tak mampu untuk ungkapkan kata-katanya. Seokjin itu mengelap air mata Haera.

" Saranghae. "

To Be Continued

Cubalah komen apa-apa.

Rasa macam sana adalah orang yang paling sendu bila update hm :(

[√] Pregnant.Where stories live. Discover now